Race : Smart Tunnel Run 2017 Pt 2 – Menuju Starting Line

Saya bangun pagi tadi dalam pukul 4:52 pagi. Mandi 3 minit, bersiap 3 minit dan tunggu grab 4 minit. Bila grab sampai, dia tanya saya, abang marathon mana pagi-pagi buta ni? Saya kata bukan marathon pun, ni cuma 12 KM. Race dalam Smart Tunnel. Pukul 5:30 boleh sampai tak? Dia kata itu roket. Saya ketawa. Dan mula tak ketawa bila dia bawa kereta macam roket.

***
Sekarang saya fikir kalau pergi race yang tempat ada public transport saya malas nak drive. Sebabnya masa balik nanti saya nak naik train je dan sampai LRT depan rumah, saya akan naik grab lagi ke rumah. Tapi nak naik LRT pagi-pagi buta macam tak logik sebab LRT paling awal start pun pukul 6.

Screen Shot 2017-07-30 at 8.40.38 PM
Carian waktu gerak dari station depan rumah ke station

Unless event race besar, LRT start awal, itupun station terpilih. Bila difikir logik akal, patutnya LRT memang kena mula lagi awal macam pukul 5 pagi tak kira race atau tidak. Sebab lagi awal dia mula, lagi ramai orang akan pergi kerja awal. Mungkin sebab dia mula lambat, so orang pun keluar lambat sikit. Dan kalau dia mula awal pukul 5, bandar tak akan sesak dengan kereta esp. kalau ada race event. Semua runner akan naik LRT sebab lagi mudah dan cepat. Rasanya hampir tiap-tiap minggu ada race kat KL dan Selangor ni so apalah salahnya mula LRT tu awal sikit. Dah buat LRT belanja billion-billion tapi tak fully utilize, ibarat dah ada kasut power dan stamina kuda, tapi tak pergi 100 K ultra marathon.

Screen Shot 2017-07-30 at 8.37.52 PM
Jadual LRT Jepun start 5 pagi dah ada, dulu saya duduk kat IKEBUKUKURUS tu. Depa tak semayang subuh pun tapi bangun pergi keja lagi awal. Patut la maju. Erti dia apa? Erti dia semayang je belum tentu maju …..

But anyway, setiap kelemahan tu ada kelebihan pula. Sebagai contoh, adalah jugak pendapatan tambahan untuk Grab driver. Pagi-pagi lagi bangun bawak kereta sebab zaman sekarang kerja susah. Saya tanya Grab tu, ko ni bawak kereta sejak semalam ke. Dia kata tak, abang customer pertama saya.

Jam 5:37 kami sampai depan Times Square. RM23 bertukar tangan. 5 Star saya bagi.

Screen Shot 2017-07-30 at 8.45.56 PM

***

Orang tak berapa nak ramai pun. Saya agak, confirm tak ramai runner kalau macam ni. Sebab kata assemble pukul 6. 5:30 masing-masing macam baru bangun nak pergi gosok gigi alamat race memang sunyilah.

a1

a2

Oleh kerana saya ni masih lagi demam-demam, maka preparation untuk race ni pun tak berapa nak sempurna. Time nilah baru nak pergi cari 7-11 nak pi beli Snikers. Lately kalau race saya tibai snickers sepeket dah cukup untuk cover energy dipagi hari.

Lepas beli, saya cross jalan menuju Times Square dan buat-buat macam nak buat regangan badan sambil tunggu event bila nak start.  Sebabkan macam lama juga tunggu, tatau nak buat apa saya pun cuba nak selfie. Lama jugak saya tak selfie, bila tengok muka saya, misai tu macam tak terurus. Patutlah adik pompuan saya kata saya macam memerang masa balik Raub baru ni. Kuangajaq.

IMG_0576

Tetiba saya terperasan yang runner sebelah saya tu nombor Bib dia champion. Saya tegur dia, sorry bro, nak tanya camna bro dapat no 1? Dia macam terkejut saya tegur tapi dengan cool dia kata bro pun tatau. Bro sign up macam biasa sekali dapat no 1. Saya tanya lagi, bro sign up awal ke? Dia kata dia tak perasan sangat. Rasanya macam biasa je tak awal tak lewat. Saya pun minta izin selfie bib nombor pulak. Bib saya mesti bangga sebab dapat selfie dengan Bib podium.

a0Belum start race dah jumpa pemenang no 1

***
Dekat pukul 6 tu saya pun bergerak masuk ke Starting Line. Kategori A dan F kalau saya tak silap yang masuk dulu. Semuanya jantan tidak ada betina pun yang masuk sekali. Terasa seperti larian di Kelantan pulak (assume je) sebab dulu pernah pergi kenduri kat Kelantan time makan jantan meja lain betina meja lain.

a5

DJ memberikan kata-kata aluan dan peringatan apa ntah. Tapi ada mengingatkan yang race ni bukan macam race biasa yang pernah manusia lari. Sebab dia kali ni lari dalam terowong dan saya yang macam nak tertidur tu iyakan saja.

Sejujurnya badan saya memang tak sedap pun. Batuk-batuk selang seli dengan terbersin. Stok hingus memang saya simpan macam karta karun dalam hidung ni.

Bila dah 6:30 race masih lagi tak start sebab VVIP tak sampai lagi. So kita semua pun tunggu sambil gerak-gerak badan apa yang patut. Pemandangan race semuanya sengal belaka yelah sebab semua jantan, apa yang menarik nak diperhatikan tiadalah gunanya.

Seketika VVIP datang terhegeh-hegeh sambil muka senyum tidak bersalah. Waktu tu saya terfikir. Menteri ada driver pun datang lambat. Mungkin driver dia tak pernah jadi Grab driver sebab tu rating mungkin 2 star. Tak cekap. Tapi mujur tak buang masa. Ambil pistol, press tangkap gambar cepat-cepat dan elok DJ cakap 1-2-3, tembakan dilepaskan.

Tanpa niat, tanpa apa fokus, tanpa apa mentera, saya mula lari pagi tadi dengan lemahnya. Bukan kaki je rasa berat, badan pun rasa macam nak terbang balik rumah, baring semula atas katil.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *