Race : Smart Tunnel Run 2017 Pt 3 – Lari dalam terowong

IMG_0582

Setiap kejadian, ada hikmahnya. Macam dalam posting sebelum ni yang saya tulis LRT patut pukul 5 tapi bukan di Malaysia, kerana itu, Grab driver ada duit untuk anak bini makan nasi. Begitu juga dengan keadaan larian saya dalam terowong ini.

Walaupun demam, tapi ada hikmahnya yang tersendiri.

***

Sebenarnya sebelum decide nak pergi lari juga walaupun demam, saya ada baca kat web. Boleh ke kita pi lari time kita demam. Since ini first time saya nak lari dalam race masa demam, ada baiknya saya google dulu. Buatnya bahaya, lega. Saya ni orang tua. Bukan muda lagi.

Melalui bacaan saya, dapat saya simpulkan begini. Undang-undang tubuh dia mudah saja. Ia dipanggil, “neck rule” atau undang-undang tengkuk.

Ada 2 benda nak kena ingat. Pertama, atas tengkuk. Kedua, bawah tengkuk. Kalau demam dan kesakitan banyak bawah tengkuk, misalnya sakit dada, badan sakit, JANGAN MENGADA NAK LARI. Manakala kalau sakit demam tu berkait dengan atas tengkuk, misalnya batuk, selesama, hingus, tak bahaya sangat dan boleh lari tapi jangan pulun.

Bila saya check diri saya sendiri, saya sebenarnya hingus dan selsema serta sakit kepala lebih majoriti dari sakit badan walaupun dah demam beberapa hari, so saya decide untuk terus juga lari dengan harapan, cukup untuk habiskan race sudah.

Maka race pun bermula.

IMG_0583

Saya berlari mengikut pace yang perlahan, walaupun kedudukan saya agak di depan. Dari kiri dan kanan, runner-runner lain berlumba-lumba potong memotong dengan gagahnya. Waktu ini saya rasa sangat lemah. Sebagai orang yang demam, saya menerima dengan pasrah.

Tidak lama kemudian, sampai masuk pintu ke arah, terowong smart tunnel. Ada susunan pagar kayu berjurai, feel rasa macam nak masuk gua tengok akar dan daun melintang dari atas ke bawah bagaikan langsir yang menghias pintu gua. Bila sampai bawa ni, terfikir juga kalau ada runner yang super-tinggi, sure kena bongkokkan sikit badan kalau tak tersangkut gigi.

a01

Larian diteruskan turun bukit menuju terowong.

IMG_0586

Dan elok sampai pintu masuk terowong, saya berenti lagi sekali untuk ambil gambar.

IMG_0588

Sebaik melangkah kaki masuk ke dalam terowong, ada satu perasaan yang tatau nak describe macam mana. Mungkin sebab kita dalam keadaan pergerakan laju, suasana luas menuju suasana sempit, angin di keliling tiba-tiba macam berhenti dengan spontan. Macam, dari keadaan yang hingar bingar bising bagai, tiba-tiba diam.

Saya rasa macam melangkah masuk satu alam lain pun ya padahal masuk smart tunnel je. Entahlah. Tapi saya teruskan larian juga dengan pace kura-kura.

IMG_0589

Awal-awal lari lighting dia cerah kuning gila. Sampai satu spot, tiba-tiba angin kuat gila hembus kat kita. Saya pandang atas, rupanya ada kipas besar 3 set. Macam ala-ala kipas kapal terbang pun ya, dia punya kuat tiup…. fuh. Kalau pasang kipas ni kat rumah, memang paling alaskalah kat rumah tu.

a02

Lari punya lari, dari suasana kuning, bertukar menjadi putih. Lampu terowong belah dalam ni lagi cerah dari belah awal tadi. Agaknya mentol kuning tadi tu kira cam welcome light la, manakala mentol putih adalah ok, you are now inside my perut, kata terowong tersebut kepada saya.

Saya teruskan larian.

***

Lari dalam keadaan demam sebenarnya bukan senang. Masa kita demam, memanglah kita rasa lemah, sakitlah itulah inilah. So sekarang, kita demam, dan kita lari. Agak-agak rasa sakit lagi tak? Cite dia memang taklah. Sebab minda kita tengah fokus benda lain. Kesakitan tu, kita lupakan. So kita boleh lari macam biasa.

Tapi tu cita awal dia la. Mungkin applicable untuk lari bawah 3 KM. Bila lebih dari 3 KM, lain pulak cite dia.

Saya mula rasa letih semacam. Letih dia yang luar biasa. Penat betul. Rasa macam tak boleh pergi dah. Rasa cam nak berhenti, jalan kaki je. Nak patah balik malu. So nak tanak kena terus juga. Rupanya badan boleh cuma bertahan beberapa KM sahaja. Macam saya kata tadi. Lepas beberapa KM, dia punya “mari” semua serentak.

Waktu tu la nak bernafas macam susah. Mengah. Nak melangkah rasa makin berat. Kaki sakit. Tangan lenguh. Dada macam semput. Semua complete lah. Oleh kerana teruk sangat, saya makin perlahankan larian saya.

Tak lama lepas tu, tiba-tiba ada water station. Saya gembira.

a03

Mai secawan. Minum. Pastu buang dalam kotak kecik. Then sambung balik lari.

Tiba-tiba dari belakang saya dengar bunyi motor. Ada uncle naik motor. Saya fikir kata terowong ni tutup tapi apahal ada uncle. Uncle ni bawak speed jugak. Elok sampai depan, dia berhenti. Di tangan dia ada pen dan kertas yang clip pada file. Lepas tu dia duduk kat tengah-tengah, tulis-tulis.

Oh, organiser rupanya. Ada la tu. Buat kira-kira ke apa ke. Actually, benda ni memang selalu ada dalam race. Orang tunggu dok tanda-tanda.

Saya selalu fikir. Apa yang dia tanda. Dia tanda berapa ramai lalu ke. Dia salin nombor bib orang yang lalu ke. Dia lukis muka runner yang lalu ke. Saya taktau. Sebab saya tak pernah terlibat dengan organising race, so saya tak ada clue. Ini adalah misteri kehidupan larian saya. Apa agaknya yang orang macam ni buat.

Saya lari lagi.

Tiba-tiba, dari belakang, ada samaran cahaya merah pula. Saya toleh. Mula-mula ingatkan ambulance. Sekali pajero. Tapi mungkin ambulance berbentuk pajero. Tak sempat tengok lambang sebab laju gila. Siren tak bunyi.

IMG_0600

Waktu ni baru saya perasan. Alangkah bagusnya kalau organiser ni peka sikit. Bukan apa, memula motor lalu. Ok la. Asap tak banyak mana. Boleh terima. Bila pajero yang disyaki diesel lalu, fehhhh dia punya asap…. memang terbaiklah. Kita ni semua runner tengah lari ni dalam terowong. Engine badan kita ni tengah sedut udara kaw-kaw ni sebab nak lari jauh kononnya. So bila tiba-tiba sekali pajero diesel hembus asap depan muka…. Hmmmmmmm…… sendiri mau ingatlah. So harapan saya next time kalau nak buat race terowong ni #harapgunakenderaanhybrid. Uncle yang melukis dengan pen tadi tu sila tunggang e bike ya.

Saya meneruskan larian lagi.

Demam.
Bau diesel.
Rasa macam nak stop dan baring tengah jalan.

Semua ada.

Saya memandang ke lantai jalan. Kasar. Saya menoleh semula ke depan. Nafas saya semakin lemah. Mata macam kabur-kabur. Saya tengok tapak tangan saya. Warna pucat gila. Saya memperlahankan larian, sambil melencong ke tepi dekat dengan dinding. Kaki terasa macam tukul besi dah. Kepala pening dan pusing-pusing.

Tiba-tiba…..

(esoklah saya sambung sebab ngantuk lak. Pagi esok ada meeting kul 10 pagi. Kul 9 nak kena ada kat tempat client. Kul 8 nak kena gerak sebab jem. Kul 7 nak kena bangun)

***

 

 

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *