Race : Standard Chartered KL Marathon 2016 Pt 7 – The Race

Rupanya, ada beza. Berlari dengan pressure, dan berlari dengan santai. Berlari dengan tekanan perasaan, result dia memang barai. Sebaliknya berlari dengan tenang, result dia, OK. Cam gini rupanya.

Boleh saya katakan yang saya langsung tidak ada tekanan dalam larian scklm ini. Berbeza gila dengan race NIKE yang saya rasa sangat pressure untuk dapatkan SUB 2. Saya mula larian dengan tenang. Jaga pace. Tak gelojoh. Lantaklah orang nak potong aku ke, orang tua potong pun takpe. Yang penting, aku jaga pace aku.

So pace saya hari itu, target saya adalah 6:00. Actually sebelum race saya ada buat kira-kira. Ini kira-kira saya. Boleh click sini untuk calculator yang sama.
Screen Shot 2016-08-13 at 12.29.38 AM

Ini split dia.

Screen Shot 2016-08-13 at 12.29.28 AM

Saya ingat saya cuba je lah Pace 6. Mana tau untung-untuk boleh buat PB. Tapi kalau tak mampu takpelah. Take it easy. Cuba je. Tak dapat takpe. Saya fikir, setkan target, tapi jangan berharap gila babeng. Kalau dapat, ok. Kalau tak dapat, just Enjoy The Show. Tak payah I want my money back. Last race dah mengajar saya erti kekecewaan bila apa yang kita sangat harapkan kita tak dapat. Fakerrrrr….

This race pulak saya baru training seminggu…. paling busuk pun kalau timing lagi barai dari last race kira apa ada hal.

Makanya ini adalah route larian.

Screen Shot 2016-08-13 at 12.33.58 AM

Sepanjang saya lari tu saya ingat suasana dia macam biasa race lain. Mula-mula gelap. The first 5 K tu cam berlalu begitu sahaja. Masih fokus dengan pernafasan dan larian. Suasana sunyi Kuala Lumpur tu sekali sekala diriuhkan dengan sorak beberapa orang Arab yang mabuk duduk tepi jalan saya rasa.

13923279_10153798525583008_4725337549515855875_o13937788_10153798525668008_6091877959798941438_o
Credit : Jeffrey Teo

Lari punya lari saya terperasan masuk Jalan Tun Razak lalu sebelah Prince Court. Masa ni dah lebih 6 K. Sampai kat traffic light tersibuk di KL tu (Subuh tak lah), then masuk kanan ke Jalan Ampang. Tetiba naik bukit masuk Highway Akleh. Kat sini barai jugak. Saya ingat kat sini dah dekat 10 K kut. Saya terperasan yang saya tak SUB 1 rasanya.

Kira route SCKLM ni memang saja je dekat nak 10K tu lah dia bagi hill. Ujian tu. Sebab 10K kira half untuk half, so 10K ni dia punya time check. Kalau 10K dah tak SUB 1, agak mimpilah dapat SUB 2. Ramai yang berjalan makan angin naik Highway Akleh ni. Saya salah seroang daripada pemakan angin. Tapi masa jalan tu saya amik peluang untuk mengatur pernafasan balik. Alah, macam Pedang Setiawan tu, bila Tanpa Nama dah lawan lawan then dia lepak jap mengatur tenaga dalam. Lebih kurang cenggitu le. (Poyo).

Masa tu jugak saya keluarkan iPhone. On kan Spotify. So 10 K saya biasa memang saya dengan alam dan suasana sebab gelap dan sejuk sunyi sepi. Tapi bila lepas 10 K, biasanya saya memang akan start dengar lagu, sebab badan dan stamina biasa dah menurun. Dengan lagu ni nak kasi moment sikit dan biasa dengan lagu – lagu tertentu akan boost up balik mood larian saya. Kalau manjang dengar lagu nanti kita tak segmentizekan mood larian kita. 

Bila Sepanjang Highway Akleh tu saya pelan-pelan build up balik stamina. Sampai kat tol masih gelap. Sebabkan saya ada bawa kad touch n go, saya elakkan dari lari bawah smart tag punya lane dan lari masuk lane touch n go. Mana la tau tiba dia detect ke tak ke naya. Then depan sikit kena buat u-turn, masa tu saya dah nampak runners belah kanan punya ramai dah u- turn jalan AKLEH sebelah sana.

Then masa u-turn tu ada orang jerit nama saya rupanya En. Remin. Rupanya HM u-turn dia dan-dan tu jugak dan runners yang ramai-ramai u turn kat Akleh tu tadi rupanya adalah FM. Masa tu KM 13++ rasanya. Elok lepas u turn ada orang bagi pisang. Tapi saya tak amik. Lepas pisang ni hari dah nak cerah rasanya.

Lari punya lari dah sampai kat Bank Negara. Saya tak ingat tapi area-area sini baru ada span air. Punya la lega dapat span. First time tu saya amik 1 span. Second time kat checkpoint mana ntah saya amik 2 span. Fehhhh best gila basah kepala dengan span air. NIKMAT GILA.

13938079_10208074804881278_716478713629434141_o
Credit : Rany Tan

Then macam ada naik bukit lagi kali ni agak panjiang juga bukit dia. Sebelah Lake Garden rasanya. Lari-lari lagi then saya nampak ada volunteer dok spray kaki. Apa lagi. Sebelum kaki saya cramp ada baiknya saya pergi dapatkan spray. Dari jauh lagi saya dah angkat seluar saya bagi pre-amp dekat awek volunteer tu untuk standby spray kaki lutut saya. ( Angkat seluar ya bukan buka seluar ) Kena spray tu cam sejuk je… tengok muka awek volunteer tu 2 kali sejuk #pijumpaakakmintarestu.

Then sampai kat mana ntah ada Shower air. Saya ingat ni first time saya lari bawah shower air. Tapi kecik je la. Muat-muat sorang lalu. Ada 3 batang kedepan, satu batang ada 2 lubang. So alltogether 6 pancuran air. Tapi masa lalu tu tak mandi sangat pun dibanding dengan Span air lagi heaven. Rasa cam lari bawah orang kencing pun ada.

Lepas tu masuk kiri sedar-sedar sampai kat Stesen Keretapi. Kat sini ada cam roundabout kecik dan teruskan lari sampai nampak pintu gerbang merah. Mulanya saya ingat dah finishing so saya pun mula nak pecut. Tapi macam pelik sebab tak ramai orang pun duduk kiri kanan rupanya pintu gerbang lagi 500 meter. First time saya lari ada Pre- Pintu Gerbang. Ohsem!

13975261_1675213462701183_7324121882707070176_o
Credit : Duta Foto

Oleh kerana Pre-Pintu gerbang, saya pun berhenti jap jalan laju sambil control breathing. Dalam masa yang sama saya keluarkan iPhone saya dan cari lagu semangat saya kat Spotify (kali ni Go Pro Hero 3 punya lagu). Bila dah jumpa, tukar lagu tu kat dan saya mula lari balik.

Bila jin Go Pro dah masuk, setting baik dengan body, rasa cam nak helikopter, saya pun mula buat pecutan saat- saat terakhir. Tengok bawah ni. Kulit kalau gelap sikit dah sama ngan Mo dah tapi bila tengok gambar ni kali kedua macam tengah jalan pun ada.

13912814_10154275091273820_1040158971020551375_n
Credit : Jack Ah Beh

Tengah saya konon pecut tu rasa dah laju gila dah sekali rupanya ada satu awek potong saya baik punya. Saya macam perasan tak perasan awek ni tapi nak kejar dah tak larat dah. So saya fokus balik saya dengan diri saya. Saya cuba habiskan race sebaik mungkin….. finishing line dah makin lama makin dekat……. orang bersorak dah makin lama makin kuat.

Saat saya melepasi garisan penamat itu, saya memicit jam Suunto saya dan melihat timing. Angka-angka kat dalam jam tu macam tak familiar sangat tapi yang saya pasti, saya secara spontan tersenyum …… dah segala letih bagai hilang serta merta.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *