Race : Standard Chartered KL Marathon 2016 Pt 8 – The Rise

13988280_612950392199795_2185952748939854912_o
“Mungkin bila kita terlalu sangat fokus dan terlalu mahukan sesuatu, tuhan tak beri apa yang kita mahu itu lalu Dia RAMPAS dari kita dengan KEJAM. Kita sebenarnya LUPA. Yang kita mahukan sangat itu adalah cuma SIFATnya, yang patut kita kejar adalah Dia yang sebenar Dia. KataNya – AKU, YANG MUTLAK”

Sejurus mengambil tote bag hijau itu yang mana lorong yang saya masuk adalah yang paling kiri sekali. Yang paling jauh dari runner lain, dan yang paling tak ramai runner langsung. Saya diberikan tote bag, satu tin air iso sejuk, sebotol air mineral dan medal. Saya mengucapkan terima kasih, hampir 3 kali setiap pada semua volunteer yang memberikan saya barang-barang tadi. Apabila mahu keluar dari khemah pemberian barang after race itu, seorang lagi volunteer menghampiri saya dan menconteng sesuatu di Bib di baju saya. Saya lalu senyum dan ucapkan lagi, “Terima Kasih”.

“Terima Kasih” saya pada hari itu bukan setakat pada volunteer sahaja. Malah, menjangkau lebih segala kesyukuran yang ada. Saya kemudian berjalan ke depan sambil mata mencari En. Remin. Namun, tidak ada. Pada masa yang sama juga saya membuka air tin iso itu dan saya rasa cuma beberapa teguk, tin itu kosong terus. Saya kemudian membuka air mineral yang tidak sejuk itu, dan minum sikit sahaja.

Saya kemudiannya meletakkan tote bag hijau di atas lantai lalu membuka tali pinggang botol air Nathan. Saya campakkan sahaja atas tote bag. Kemudian, saya baru teringat. Saya tunduk, tidak duduk, mengeluarkan iPhone. Lalu terus membuat panggilan kepada isteri saya.

Dia di rumah, rupanya melihat setia, tracking GPS larian saya melalui apps SCKLM yang saya suruh dia download semalam.

“Kita kat rumah menjerit-jerit tengok kotak anda lari kejar kotak Armin (En.Remin)” katanya teruja.

Kami berbual seketika. Dan saya kemudian duduk menarik nafas sambil membuat warming down. Seperti biasa, seperti dalam race-race lain yang selepasnya, saya mula ambil gambar jam saya, yang didalamnya, ada catatan masa.

Berbanding dengan race Nike yang lepas, dan race Great Ocean Marathon, nampaknya race ini saya berjaya memperbaiki rekod sendiri. HM, 2 jam 15 minit 27 saat. Itu yang buat saya tersenyum sejurus habis lari tadi.

Saya kemudian mengambil gambar kaki saya yang masih berkasut. Mungkin faktor “kasut baru” sedikit sebanyak menjadi pendorong untuk rekod PB hari ini.

***
Berikut adalah catatan dari Strava.

Screen Shot 2016-08-13 at 2.07.02 AM
Split Time
5K – 29:23, Nike dulu 29:01
10K – 1:00:27, Nike dulu 1:01:08
15K – 1:32:00, Nike dulu 1:33:55
20K – 2:06:04, Nike dulu 2:14:08

Ini pula Pace distribution :
Screen Shot 2016-08-13 at 2.09.07 AM

Apa yang boleh saya simpulkan adalah larian ini majoriti Tempo Run dengan kurang struggle dan level pulun tak seberapa sebab Z5 dan Z6 tu less than 4 minutes. Average Pace lebih baik dari Nike, 6:17 vs 6:43, elevation race ini lebih tinggi dari Nike, 140 vs 132 dan race ini lebih banyak makan kalori 1,332 vs 1,315.

Ini pula adalah result official dari web SCKLM. Ranking 402 dari entah berapa ribu.

Screen Shot 2016-08-13 at 2.14.30 AM

Ini medal dia. Boleh tahan kacak juga medal dia berbanding dengan yang tahun lepas. Ada jagung 2 ketul + Mahatma Gandhi tengah jogging.

unnamed

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *