Race : Standard Chartered KL Marathon 2016 Pt 9 – Geng Kedah dan LL

Tak berapa lama kendian, En. Remin pun muncul. Sebenarnya dia sampai lebih awal dari saya. Catatan masa dia 2:13:17. Tapi mungkin dia pi mana ntah. Runners ramai kut. So nak jumpa atau terjumpa kalau tadak handphone harapkan telepati, agak sulit. Dia nampaknya bermuka lebih rileks dan tenang dan saya rasa nampak sangat tak berusaha lebih untuk run scklm ini. Mesti bajet simpan tenaga untuk FM Bali nanti.

Kami duduk sambil masing-masing menceritakan apa yang baru berlaku sebentar tadi, sama ada manis, pahit atau masin kerana peluh.

13923870_1281988701820253_6973526910520525306_o
En. Remin pelari muda dari Sungai Petani Pic Credit Running Malaysia

“Hang tau dak… aku tadi masa dekat finishing… lagi seratus dua ratus meter nak habih, tiba-tiba ada pakcik tua tumbuk lengan aku tu, terkejut aku” kata En. Remin dalam loghat Kedah Tu Dia.

“Awat pasai apa hang kena tumbuk? Hang usha marka dia ka?”

“Aku pandang tepi. Pakcik tu rupanya ajak lumba”

“Dah tu hang lumba dak?”

“Aku apa lagi, aku pecut no… aku tak kira tua ka muda ka”

“Bih tu sapa sampai dulu, hang ka dia?”

“Aku tak jumpa lepas tu… tatau sapa sampai dulu, puas aku cari pakcik tu ilang teruih”

“Aku ingat pakcik tu dia nak cabaq diri dia so dia cabaq hang… kakkakkaka”

Seketika kemudian En. Udey Pengurus Kelab sampai dengan Amrud Rockstar dari Kajang. Depa dua ni buat FM. Catatan masa depa dua agak menjurus Team Kenya jugak. En. Udey Pengurus Kelab buat 4:07:52 dengan average pace 05:52 manakala Amrud Rockstar dari Kajang 04:09:40 dengan average pace 05:55. Kalau depa dua ni bergabung macam Dragon Ball Z Super Saiya, saya ingat boleh menang no 1 kategori pelari asia.

13909161_10155141793813712_6421823254104724827_o
Dari kiri Amrud Rockstar dari kajang, En. Udey Pengurus Kelab dan En. Remin Pelari Muda dari Sungai Petani. Pic Credit FB Amrud

Oleh kerana catatan masa dua orang ini sangat power bagi saya, terlintas dua kata dalam hati untuk mengkaji dan menyelidik lebih lanjut lagi bagaimana mereka boleh hebat sangat. Sebagai contoh, nasihat Amrud kepada saya lepas NIKE race hari tu adalah jangan minum air banyak. Cukup sekadar satu sip untuk membasahkan tekak sahaja. Means, berenti kat semua water station ok tapi jangan minum sampai satu cawan.

Kali ini Amrud memberikan tips lagi dimana, boleh alternate antara iso dan air kosong kalau di water station cuma make sure satu sip sahaja. Baik Coach!

Manakala En. Udey Pengurus Kelab masih berwatakan mistirius seperti biasa. Ini gambar En. Udey yang saya jumpa di FB. Tengok tu, sayur orang belakang dia tinggalkan. Ohsem.

13887012_10154465570322139_4252856367693914489_n

Agak lama lepak dan berbual berlawak jenaka tiba En. Udey Pengurus Kelab meminta diri untuk ke toilet. Sambil saya melepak-lepak tiba-tiba datang susuk tubuh yang macam familiar datang bersalam dengan En. Remin. Di belakangnya ada seorang kaiza kecil yang juga familiar.

Dari Kedah, ke Cyberjaya

Rupanya Megat (yang berlakon dalam filem Terbaik dari Langit) dengan Nana. Semua mereka ini adalah ex MMU dulu. Bezanya saya dah tua bangka depa muda lagi so ini bermaksud depa semua junior saya. Tak silap saya juga depa ni semua geng teater masa kat MMU dulu.

Megat rupanya baru jatuh ditimpa motor beberapa hari lepas tapi atas semangat runner yang tinggi, beliau lari jugak hari ini. Dasyat. Manakala Nana, dulu saya rasa satu batch dengan isteri saya dan bila balik rumah rupanya isteri saya dan Nana pernah classmate. Selepas bergambar saya pun send pic kepada phone En. Remin dan Nana.

Saya lalu ternampak LJ, kawan sekolah lama shahpekan duduk di belakang seorang diri, lalu saya kata kepada Armin untuk pergi lepak sebelah belakang pulak dan contact semula kendian. 

Dari Cyberjaya, ke Pekan

LJ dulu di sekolah pun kuat lari juga. In fact, kalau alumni shahpekan96 yang kaiza (awek), dia seorang sahaja yang meneruskan larian yang tak kunjung tamat. Kami berbual dari hal kerja, keluarga, lari hinggalah kemudiannya Ikhwan sampai dengan wajah gembira berjaya menghabiskan first 21 K beliau yang pertama. Kami kendian bergambar kenangan. Team #per shahpekan96. Last time jumpa LJ di Kuala Kangsar last year.

Team Per shahpekan96. Bruce, abiang, L.J #scklm2016 #lariansebuahkitab

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Bila hari dah nak panas gila, kami pun pi lepak kedai mamak depan Bank Muamalat dekat stesen Masjid Jamek dan sambung borak. En. Remin kemudian datang join lepas setel semua dengan Geng Kedah @ Conquer Running Team.

Actually race ini ada seorang lagi member saya join tapi tak sempat jumpa hari tu. Irfan. Yelah, ada 35 ribu runners kut hari tu. Mana nak jumpa. Lagipun masa tu Irfan duduk dalam khemah. Kami semua duduk kat luar je berkhemahkan matahari…..  kan Remin? T_T

***

Lepas minum kami pun bersurai. En. Remin balik hotel sebelum meneruskan perjalanan balik Sungai Petani. Saya dan Ikhwan balik naik tren, amik keta di Bandar Tasik Selatan manakala LJ balik ke Melawati.

Di dalam kereta saya terfikir. SCKLM dah tamat. So now next untuk ujian yang lebih besar bakal tiba. FM Bali.

Screen Shot 2016-08-13 at 3.33.31 PM

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *