Race : Standard Chartered KL Marathon 2016 Pt1 – Save the date

Organiser sudah pun email para peserta yang join last year tapi cancelled. Ada 3 benda baru pada race kali ini.

Pertama, proses registration diadakan secara ansuran harian mengikut tarikh tertentu, bagi kategori tertentu. Logiknya ini untuk beri peluang dan priority kepada runner last year yang dah register tapi kecewa sebab tak dapat lari. Kemudian baru diikuti dengan public registration. Selain itu registration secara ansuran juga membolehkan server tak hang atau jahanam akibat access bertalu-talu dari public.  Boleh check tarikh registration mengikut jadual yang diberikan dibawah ini.

Screen Shot 2016-03-11 at 11.20.28 PM

Kedua, size baju ada sikit ubah dan ini mungkin sebab depa dah tukar tukang jahit yang lebih kingsman. So kena perati betul-betul karang ada yang hip hop sambil lari (baju besar).

unnamed

Dan last sekali, ada sistem checkpoint baru serta cut off time. Dari fahaman saya, FM cut off dia 7 jam manakala HM 3.5 jam. Namun, untuk FM, kalau runner tak sempat sampai pada waktu tertentu runner akan kena angkut balik naik shuttle bus. Dalam erti kata lain, kena sampai pada checkpoint tu pada time sekian-sekian. Ini adalah undang-undang antarabangsa katanya. Dalam erti kata lain, SCKLM dah slowly implement rules international dalam race dia which is becoming more quality and better.

unnamed-3
Lupa. Race date adalah pada 7 Ogos 2016. Hari Ahad. Flag off adalah dari Dataran Merdeka. Returning runner akan dapat 25% diskaun tak kira kategori upgrade ke tidak. Tapi kalau nak confirmation boleh tanya depa sendiri.

Langkah seterusnya
SCKLM FB

Kongsi di :