Race : Standard Chartered KL Marathon 2016 Pt 3 – A Fire Will Rise

Last race saya, Nike WerunKL, memang mengundang kekecewaan yang amat sangat. Preparation saya untuk race itu memang gila. Saya bersedia seawal 3 bulan lamanya dan telah berlari sejauh 194.8 KM. Bukan itu sahaja, malah dari segi posting blog pun, saya ingat dekat nak 20 posting saya tulis. At the end of the day, saya gagal capai matlamat SUB 2, malah, catatan masa lagi teruk dari Nike WerunKL 2015. 3 minggu saya depressed.

Lebih kurang sebulan lepas tu saya ke Australia untuk 21K Great Ocean Road. Race itu saya lari main-main dan banyak ambil gambar sebab pemandangan terlalu cantik untuk dibiarkan. Hasilnya, catatan masa lagi sayur dari semua race 21K yang pernah saya masuk.

So untuk race SCKLM kali ini saya tak berapa nak bersedia apa pun. Kalau ikut jumlah jarak larian, saya ingat saya lari tak sampai 40 KM seminggu. Kiranya saya baru mula train balik tapi training saya agak serius sebab ini training untuk make sure saya boleh finish first FM saya nanti. Harapan saya untuk SCKLM mudah. Saya akan jadikan SCKLM ini sebagai salah satu Long Run saya untuk ke FM. Tak kisahlah berapa pun catatan masa, janji enjoy the show dan tamat race tanpa cedera. Itu yang paling penting sebab kalau injured, agak terganggu training plan #30hariabiangcuba saya tu. Punyalah nak santai, saya malah tidak ada hati langsung nak buat Pre Race analysis bagai. Saya kira esok saya pergi dan terus lari sahaja. Segalanya, saya serahkan kepada tuhan.

Maka lepas daripada lari-berenang-lari pagi tadi, elok lepas lunch saya lepak di rumah sambil menonton Netflix. Saya tengok movie Batman : The Dark Night Rises. Ini Batman Christian Bale.

the-dark-knight-rises-01-700x525

Filem ini adalah conclusion terakhir dalam saga Batman oleh tuan pengarah Christopher Nolan. Kalau Batman Begin isu dia Batman sebenarnya memakai topeng Bruce Wayne (bukan Bruce Wayne pakai topeng Batman), The Dark Knight yang kedua itu yang lawan Joker pula adalah tentang Batman bukan setakat seorang yang kuat fizikal, tapi juga kuat mental lawan dengan Joker. Yang kedua ini pun power juga sebab selain main minda, dia tunjuk Batman ni memang selfless level dewa sebab sanggup ambil blame kejahatan Harvey Dent.

Yang last, The Dark Knight Rises, masa saya mula-mula tengok wayang dulu perasaan dia memang, feh, macam mana Batman nak lawan dengan Bane ni? Sorang versus gerila satu bandar. Gila. So basically Batman final ini dia nak tunjukkan bahawa walaupun dah loser gila Batman tu serba serbi (saham kena jual, company orang lain take over, harta benda dirampas, Alfred blah, badan pulak patah riuk kena belasah, dicampak dalam jel lubang tanah) tapi Batman masih lagi akhirnya dapat kalahkan Bane jugak. Memang gred A+++.

Klimaks dia pada saya adalah macam mana Batman nak escape dari jel bawah tanah tu dengan memanjat naik tanpa tali. Kira kalau dia salah lompat, jatuh, memang mati. Secara tersirat, dia nak bagitau yang, untuk berjaya, kena lepaskan segalanya. Terbaik boh. Sanggup ke? Tak ramai yang saya kenal sanggup. Lebih-lebih lagi generasi muda zaman game Pokemon ni. Semua nak senang je. Susah sikit lari. Saya bukan cakap kosong sebab dalil dia dulu saya pernah amik budak kerja dengan saya. Saya baru marah hari ni, esok terus lari berhenti kerja. Apakejadah. Ada yang baru sebulan kerja dengan saya, saya baru tegur sikit dah resign. Lemah betul. Banyak main game ni.

Anyway kalau anda yang sedang baca tulisan saya ini datang dari generasi Pokemon, saya rasa anda berbeza dari staff saya semua tu. Anda, berhati cekal. Yang baca blog saya ini kebanyakkanya runner. Biasanya runner, hati dia cekal. Sebab apa hati cekal? sebab boleh habiskan kilometer yang banyak tanpa quit dan berhenti. Hujan ke, panas ke, kaki cramp ke, kalau dalam race, dia akan teruskan juga sampai finishing.

Anyway satu lagi elemen dalam movie ini yang patut kita amik pengajaran adalah pasal tikam belakang. Mirinda Tate CEO yang take over company Bruce Wayne tu rupanya anak Ras’aghul, Talia nama dia. Sebenarnya dialah yang plan semua benda dan nak sambung legasi bapak dia yang kononnya nak restore balance dalam dunia. Itu pasal masa nak akhir-akhir tu dia tikam Batman dengan pisau. Lega Batman. Baru nak bercinta dengan Talia sekali rupanya awek ni awek con. Kena game Batman. Sudahlah loser, dengan awek pun kena tipu.

***

Dekat nak 3 jam layan movie ni akhirnya lepas tu saya naik tidur kejap. Petang sikit kawan saya Ikhwan Fadzli datang rumah. Basically Ikhwan masuk 21K jugak tapi yang gilanya 1st time. Tak pernah lari tak pernah apa tiba-tiba masuk 21K. Dia join under team Petronas. Saya ingat kawan saya ni memang tak betul tapi saya tetap bagi sokongan jugak. Motto Ikhwan adalah “Nothing is impossible”. Saya setuju tu tapi jangan pengsan esok sudah sebab ada possibility pengsan tu. “Nothing is impossible”.

Bila malam, isteri saya sibuk memasak makanan carbo loading untuk saya dan Ikhwan. So untuk hal ini, saya akan tulis next posting.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *