Race : Standard Chartered KL Marathon 2016 Pt 4 – Carbo Loading

Now, seperti yang saya telah janjikan dalam posting sebelum ini, dan seperti juga ada suggestion dari salah seorang reader blog ini, sekarang saya akan tulis tentang carbo loading. Tapi secara am sahaja. Nanti detail next time khas satu topik.

Umum semua tahu yang Carbo Loading adalah amalan utama untuk setiap runner, satu malam, sebelum nak pi race. Mungkin timbul persoalan, kena carbo loading satu malam sebelum sahaja ke atau seminggu tu dah carbo loading? Yang ni saya pun tak tau nanti saya kaji. Anyway, dibawah ini adalah definition untuk Carbo Loading.Screen Shot 2016-08-11 at 7.20.17 PM

So pagi sehari sebelum race tu lepas saya punya #30hariabiangcuba Day 10, isteri saya minta saya ke Jusco untuk beli beberapa barangan tertentu. Dia cakap dia nak preparekan makanan carbo loading untuk saya, seperti yang saya makan di Australia dulu untuk race Great Ocean.

Saya fikir bagus juga. Tapi, nak keluar pergi drive beli barang tu yang macam gila malas. Bukan apa, letih wok pagi dah training. Namun untuk tidak menghampakan isteri saya, saya keluar juga ke Jusco Equine dan beli barang-barang yang dia minta. Saya minta dia whatsapp kan terus apa yang nak kena beli, siap gambar. Al maklumlah. Hal pasar, biasanya saya bagi duit terus kat isteri saya tiap-tiap bulan so pepandailah nak beli apa yang patut. Biasanya kami akan keluar sebulan sekali tapi bulan ni tak sempat keluar lagi sebab isteri saya kan tak berapa sihat lagi. So dalam erti kata lain, saya ni tak berapa retilah bila sampai bab masak dan beli barang dapur.

unnamed unnamed-1

Sesampai di Jusco Equine, nasib saya baik, terus dapat parking. Saya pun turun level bawah dan terus masuk kawasan market tu dan mula ambil barang apa yang patut. Tak berapa lama saya ingat, saya terus ke kaunter dan buat bayaran. So inlah hasil dia.

Akak suh beli semua ni. Akak nak masak apa ntah tapi abiang tau utk carbo loading #lariansebuahkitab

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Saya kemudian drive balik, lunch, tengok Batman, naik tidur, terjaga bila isteri saya kejut kerana kawan saya Ikhwan Fadzli datang, tok tek tok tek, kami pun makan malam carbo loading.

Ini adalah gambar masakan isteri saya malam tu. Since Ikhwan pun join untuk Half Marathon esok, maka Ikhwan pun tumpang bercarbo loading sekali.

Gaya masakan akak macam nak suruh abiang podium scklm. #lariansebuahkitab #scklm2016

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Isteri saya tanya. Sedap ke tidak. Saya kata jauh beza dengan yang kat Australia dulu. Dia tanya lagi, apa yang jauh beza? Yang dia masak ni lagi sedap gila la. (Chia chia chia chia…..)

Anyway, saya dah minta isteri saya untuk sharekan resipi dia. So ini resipi dia kalau anda nak cuba masak dirumah sebelum race. Enjoy the dinner.

***

NAMA :
Honey Lemon Grilled Salmon with smashed peas & fried potatoes/ Salmon Gril bersama Madu & Lemon serta kacang peas & ubi kentang goreng   (panjang gila nama..)

Bahan-bahan :
A. Salmon grilled
1 keping fillet ikan salmon
1/2 biji jus lemon  *
1 sudu besar madu *
1 sudu kecil kicap manis *
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam *
Sedikit garam & gula *

B. Side dishes
1 tin kacang peas
2 biji ubi kentang
1/2 biji bawang holland

Cara-cara :
A. Salmon grilled
1. Campurkan kesemua bahan yg bertanda * dalam mangkuk.
2. Tuangkan atas ikan salmon dan marinade for a while. Lagi lama lagi bagus so that semua bahan2 betul2 meresap masuk dlm ikan.
3. Bila nak grilled, panaskan grill pan dan tuangkan sedikit olive oil just to make the salmon skin crispy. The salmon itself akan keluarkan minyak dia from its fat.
4. Grill salmon sampai masak.

B. Side dishes
Smashed peas
1. Buka tin kacang peas dan tapiskan keluar air dari dalam tin. Kita cuma pakai kacangnya sahaja.
2. Smashed/ lenyek kacang peas sampai ke texture yg kita suka. Some suka betul2 halus & some suka yg kasar2.

Fried potatoes
1. Potong kentang nipis2. Gaulkan dgn garam.
2. Potong bawang holland nipis2.
3. Panaskan pan dan tuang sedikit olive oil.
4. Bila minyak dah panas, masuk bawang dan tumis sehingga bawang layu.
5. Masukkan kentang dan goreng sampai masak.

To serve:
Assemble semua sekali atas pinggan dan boleh add up some fresh veggies mcm cherry tomatoes, salad and etc.

***

Akan datang saya akan sharekan lagi resipi carbo loading yang isteri saya masak. Bukan nak kata apa la. 10 tahun kahwin ni 3-4 tahun pertama tu dia masak saya pejam mata je makan. Komen dalam hati pun tidak. Tapi bila tahun ke 5 tu skill memasak dia meningkat MasterChef. Kira FYI saya memang balik rumah makan nasilah. Siang kalau free, saya balik lunch. Malam memang tak makan kat kedai. Apa yang power?

Air tangan isteri yang kasihnya tidak berbelah bagi. (sekali lagi 1, 2, Chia chia chia chia…..)

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *