Race : Standard Chartered KL Marathon 2016 Pt 5 – Otw Dataran Merdeka

Saya tidur awal. Kenyang gila. Dalam pukul 9 gitu. Bajet bangun kul 3 pagi. Kul 9,10,11,12,1,2,3 ada la 6 jam. Tapi siang tadi pun saya dah tidur dalam 3 jam lepas tengok movie. So pukul 3 saya bangun. Saya pergi bilik sebelah kejutkan Ikhwan. Bila dia dah betul-betul bangun, saya pun masuk bilik saya balik dan mandi.

Sebenarnya saya tak buat Flat lay pun. So dari pukul 3 ke 3:30 patutnya, end up dekat pukul 4 baru keluar rumah. Barang berterabur ntah kemana. Bila dah dalam kereta baru saya teringat, strap lutut saya tertinggal. Nak patah balik memang takdelah.

Kami menuju ke LRT Sri Petaling. Sampai kat situ, gelap gelita. Ada 3-4 orang runners terkial-kial macam blank kenapa stesen tutup. Ikhwan keluar dan pergi jumpa depa. Kemudian Ikhwan masuk balik dan kami terus sahaja ke stesen LRT Bukit Jalil.

Kat sana pun sama. Saya tengok dari jauh stesen tutup. Saya mula nak panic attack tapi saya tahan. Sambil Ikhwan keluar pergi recce tengok betul ke tidak stesen tutup, saya dah siap buka Waze untuk tengok jalan ke Dataran Merdeka. Di belakang kereta saya, bersusun kereta-kereta runners lain. Ikhwan masuk kereta dan bagitau yang runners dia jumpa kat luar bagitau suh pegi LRT Bandar Tasik Selatan. Saya pun tanpa melengah masa, terus tekan minyak challo. Ikhwan bagitau lagi yang runners2 lain nak follow kereta kami.

Saya buat u-turn depan stadium bukit jalil untuk ke sri petaling. Di situ rupanya ada satu traffic light terlama di dunia. Agak menyesal saya tak teruskan langgar lampu kuning waktu saya sampai tu. Lagipun, tertinggal pulak runner2 kereta lain nanti.

Bila agak macam 84 jam lamanya, lampu baru tukar hijau, dan saya terus speed up ke LRT Bandar Tasik. Punyalah laju sampai tertinggal juga runners kat belakang. Waktu itu jam dah pukul 4 lebih. Elok sampai kat atas tu saya terus masuk kanan ke TBS. Pusing bawah cari mana LRT ntah macam mana termasuk kawasan Bas. Pusing-pusing tak jumpa lagi. End up, pusing sekali lagi dan kali ni dah terkeluar dan tengok – tengok lalu sebelah LRT Sungai Besi.

Saya speed lagi. Ntah macam mana dalam kalut tu tergerak hati instead of masuk terus simpang kanan ke BTS, lajak sikit ke depan. Saya pun lajak sikit. Rupanya situ simpang masuk ke LRT Bandar Tasik Selatan. Adoiiiii… inilah dia. Sebabkan tak pernah naik LRT. Asyik naik kereta je. Stesen kat mana pun tak tau.

MAP
Lain kali jangan ikut yang merah tu jauh gila kena tawaf. Lajak depan sikit ikut yang Hijau tu yang betul. Yang merah tu nak pergi Stesten Bas / KLIA Transit. Yang Hijau tu LRT

Bila turun masuk nak ke parking tu ada pulak satu lagi ujian. Kereta beratur punyalah lama nak masuk ke parking belah kanan. Saya tengok kat tempat nak amik tiket tu ada mamat tengah macam picit-picit atau betulkan mesin palang. Agak dah 15 minit, saya keluar dari que, dan turun kedalam. Tiba-tiba belah kanan ada simpang dan banyak kereta kat situ. Kami pun masuk ke dalam dan cari parking.

Bila dah jumpa, saya amik beg sukan saya dan keluarkan apa yang patut. Dalam keadaan kelam kabut tu baru saya teringat saya tertinggal satu benda lagi. HR Belt Suunto saya. Yeslah…. ini dia ubat tak buat Flatlay.

Saya keluarkan barang bukan apa. Sebab macam dah lewat, so kalau saya bawa beg sukan saya nanti nak kena pi hantar lagi tempat beg, so might as well bawak apa yang perlu sahaja.

Kami keluar dan berjalan pantas ke stesen. Naik tangga, turun, dan kami terlepas LRT. Saya pun duduk di kerusi situ. Tak lama kemudian makin ramai runners muncul. LRT kemudian sampai, kami masuk dan perjalanan menuju ke Dataran Merdeka, bermula dengan hati yang lega.

Dalam train saya cuba pakai bib dengan bib button yang saya baru beli. Konon tanak pakai pin sebab nanti rosakkan baju. Tapi bib SCKLM tu lubang dia punyalah besar (kecik), so nak masuk bib button tu macam gampang punya susah. Ketat.

Last-last saya decide pakai pin terus lagi senang. Yes. Itu dia bib button bernilai RM20.

Otw ke Dataran Merdeka, En.Remin pelari muda dari Sungai Petani telefon saya dah sampai ke belum. Saya kata masih dalam train. Banyak gila drama. En.Remin ketawa. Dia masih di hotel.

Tak berapa lama kami sampai di stesen Masjid Jamek. Kami turun dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka.

***

Saya terfikir masa dalam train tu. Apsal Bukit Jalil dan Sri Petaling train takde. Seingat saya, waktu NIKE werunkl dulu, dua-dua stesen ni buka. Rupanya bila dah balik semua dari race saya check kat web, memang telah diberitahu yang hanya stesen tertentu sahaja yang beroperasi.

So pengajaran dia apa di sini? Len kali baca buku guide tu betul-betul. Jangan assume je macam silap saya bukan tak baca. Saya baca. Tapi bila mata saya tengok yang no 4 – LRT LALUAN SRI PETALING tu secara automatik saya ingat stesen Sri Petaling buka. Rupanya bila tengok map, yang buka hanya IOI Puchong Jaya, Awan Besar dan Bandar Tasik Selatan.

HARAM…….. salah sendiri.

Tapi yang buat design ni mangkuk jugak. Lain kali letak semua list stesen. Kat sebelah dia letak icon merah atau hijau menandakan buka atau tutup. Sekian terima kasih. Sebab kalau tengok balik pun confuse jugak. Dia kata yang ada ** tu je macam yang buka. Refer **Monorail line only available. So kalau ikut fahaman saya, yang buka hanya Titiwangsa, Hang Tuah je.

Tapi tu la. Nanti orang kata itu Monorail bukan LRT. Yelah…. korang selalu naik Monorail ngan LRT ngan Komuter korang tau la bentuk dia macam mana. Kalau dah panjang macam lipan tu sama je la keretapi nama dia. Yang aku ni selalu naik helikopter mana aku tau beza stesen dia mana satu.

Jangan marah nanti kena jual.

Screen Shot 2016-08-11 at 8.01.52 PM

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *