Race : Standard Chartered KL Marathon 2016 Pt 6 – Starting Pen, Starting Point

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on


Pagi, sebelum keluar rumah. Ambil bau syurga

Dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka tak jauh mana pun. Subuh tu, ramai runners berpusu-pusu turun dari LRT bergerak macam lebah menuju ke padang. Sesampai di padang, first sekali yang saya nampak adalah kotak-kotak tandas yang terdiri dari warna biru, pink dan kelabu, tersusun panjang, begitu juga que runners yang ingin masuk ke dalamnya. Saya turut tidak melepaskan peluang!

Selesai urusan alam, saya mencari Ikhwan. Rupanya Ikhwan pun berurusan dengan alam. Kami kemudian selfie dan Ikhwan menghantar gambar tersebut ke whatsapp alumni shahpekan96. Muka masing-masing bajet cemerlang. Tak ramai dari shahpekan96 yang meneruskan kerjaya sebagai pelari selepas sekolah. Tapi ada seorang yang main basikal, selain dari seorang main motor besar. Yang lain banyak main cinta.Kami kemudian terus berjalan lagi dan sampai tempat nak masuk pen masing-masing, Ikhwan mintak tolong abang askar rela untuk snap picture #braderhudtilljannah.

unnamed-2
All the best untuk Ikhwan yang first time masuk HM dengan kadar training Chow Sing Chi

Actually shahpekan ni adalah sebuah sekolah asrama penuh di Pekan Pahang. Masa saya form 1,  tahun tu 1991 tak silap saya, kami semua adalah batch yang keempat baru masuk. Maksudnya sekolah baru buka 3 tahun, dan sekolah masih lagi baru. Shahpekan ni sekolah dia agak besar juga kawasan. Seingat saya, kami ada 2 astaka (stadium mini), beberapa buah padang, satu bangunan gym untuk budak-budak training kung-fu, dan sebuah bangunan untuk main squash. Itu tak termasuk court tennis, court basketball, court bola tampar, court bola jaring dan lain-lain yang saya tak ingat. Kira kalau kena jalan itik dari asrama ke sekolah memang berpeluh anjinglah!

Ini google map sekolah saya dulu tu. Padang yang kat belakang tu lagilah langsung tak luak.

Screen Shot 2016-08-12 at 11.36.28 PM

Untuk comparison, ni saya letak google map sekolah Seri Puteri Cyberjaya pada skala yang sama. Saya letak ni bukan nak bangga sekolah saya sebab sekolah besar ke kecik kalau malas belajar end up bodoh juga. Sekadar nak beri bayangan.

Screen Shot 2016-08-12 at 11.38.32 PM

Oh, ini satu lagi. Sekolah Jenan. Sekolah isteri saya. Kecik ati dia kang sekolah dia takda. Kang bising pulak ni ada girlfriend ke kat Seri Puteri?

Screen Shot 2016-08-12 at 11.44.34 PM

So masa kami kecik dulu kami ni agak kaki bangku nak main bola tak reti. Nak main ragbi ganas sangat. Nak main hoki cam takut dah besar nanti bongkok. So tak main apa pun. End up, saya masuk merentas desa dan dari situ mungkin minat ke arah lari saya terpupuk. Di sinilah Starting Point dia. Masa form 4 form 5 rasanya saya lari untuk rumah sukan saya rumah Hijau manakala Ikhwan lari untuk rumah sukan dia rumah Biru. Kami lari pun tak lah laju mana pun sebab duduk dalam Team B. Kira team tambahan la. Team A semua All Star. Kaki lagi panjang dada lagi bidang. Team B ni kira nak cukupkan korum la. Satu team ada 4 orang. Saya ingat itulah first time saya naik pentas amik hadiah untuk sukan sepanjang 5 tahun kat sekolah.

shahpekan

OK. Sambung semula. Sorry ternostalgia pulak. 5 tahun duduk sekali membesar dalam asrama, macam-macam cerita. Itu pasal-la tercipta #braderhudtilljannah.

Kami kemudian bergerak masuk Pen masing-masing. So apa kejadahnya Pen ni?

Dulu masa sign up ingat tak ada masukkan catatan masa? So catatan masa ini ada kena mengena dengan Pen. Biasanya race besar memang ada divide runners ikut catatan masa. First row elite runner maksudnya runner kenya, professional bagai. Belakang Elite runner, Pen 2. Biasanya yang buat Sub 2 atau nak menghampiri Sub 2. Then Pen 3, Sub 3 dan seterusnya. Ini adalah pembahagian Pen untuk SCKLM dan jalan masuk dia.

Screen Shot 2016-08-12 at 11.59.48 PM

Nak masuk ke Pen masing-masing ni ada orang jaga. So Pen kita tu dia tulis kat Bib kita. Kalau tulis Pen 2 kena masuk ke Pen 2 punya entrance. Begitulah seterusnya. Ini contoh Bib scklm yang ada tulis Pen 1.

Screen Shot 2016-08-13 at 12.04.30 AM

Mungkin ada persoalan, kalau kita punya timing SUB 4 untuk HM, boleh tak kita tipu nak masuk PEN 2? Boleh. Takdak sapa nak melarang aih… tapi biasanya kalau duduk kat starting Pen yang sikit angka dia ni boleh jadi pressure dia kuat. Bayangkan kalau kita HM Sub 4, gatai duduk kat Pen 2, jawabnya masa start lari tu memang ramailah yang potong kita. Pace depa mana sama dengan kita. Malu aiih.

Satu lagi kebaikan duduk kat Pen sendiri ni adalah kita boleh tengok official pacer untuk race tu. Tapi untuk scklm ni saya tak pasti ada tak Pacer untuk HM. Sebab rasa macam takda je. Rasa cam pacer yang kat buku guide tu untuk FM je. Macam mana nak kenal pacer? Biasanya pacer lari pakai belon helium. So follow runner yang ada belon besaq.

Screen Shot 2016-08-13 at 12.11.20 AM

Saya kemudian masuk ke Pen saya dan sambil baru nak terhegeh-hegeh stretching lompat setempat joget robotik bagai, saya nampak En. Remin pelari muda dari Sungai Petani. Kami kemudian berbual dan saling concern pace berapa masing-masing nak lari.

Saya katakan pada En.Remin, saya anggap scklm ni adalah Long Run saya sebab takut kalau pulun nanti cedera pulak nak ke FM hujung bulan. En. Remin pun rupanya sama juga. Silap juga sebenarnya amik 2 race besar dalam satu bulan tapi dah takdirnya begitu nak buat apa.

Beberapa ketika kemudian MC memulakan countdown, saya seperti biasa duduk diam sejenak dan bertafakur meminta doa pada tuhan yang 1, semoga race ini dipermudahkan dan dibebaskan dari belenggu kecederaan dan cramp bagai.

Hati bertanya pada diri, kau nak catatan masa berapa?

“Asal lebih baik dari race NIKE sudah bossss…..”

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *