Race : Standard Chartered KL Marathon 2017 Pt 1 – Registration

Semalam 16 haribulan merupakan hari pembukaan untuk registration SCKLM 2017 kepada public. Sepatutnya saya boleh register lagi awal macam team Conquer yang lain sebab last year dah masuk, namun sebab saya lupa (akhir-akhir ni sibuk betul) so saya kena tunggu registration public.

Sehingga hari ini (baru satu hari buka), registration sudah full untuk kategori 21KM individu, kids dash, dan group registration untuk semua kategori. Maksudnya, untuk individu, hanya masih tinggal slot 5K, 10K dan 42K. Kalau nak lari juga 21K kena jadi charity runner atau run for a reason. Boleh juga hantar resume kepada Standard Chartered dan apply jadi staff agar dapat register bawah kuota staff.

Screen Shot 2017-01-17 at 11.16.17 PM

Untuk SCKLM 2017, saya register 21K. Matlamat saya adalah untuk perbaik PB 21K saya yang saya buat pada SCKLM 2016. Team Conquer yang lain mostly masuk 42K rasanya.

BTW, saya juga telah meracun adik perempuan saya Yana untuk masuk SCKLM. Beliau telah dihipnotik secara atas talian lalu telah membuat pendaftaran untuk race 10K. Agak dah lama Yana tak lari. Last sekali rasanya masa Bukit Jalil Marathon tahun 2015 kut. Tak pun masa larian merdeka di Cyberjaya. Ntah. Lupa lagi. Mana-manalah. Janji Yana buat come back.

So kalau anda berminat untuk turut serta dalam SCKLM, sila buat pendaftaran segera. SCKLM adalah race paling besar di Malaysia, dan paling ditunggu ramai runners.

Ada 123 hari lagi ke race, ketika artikel ini ditulis.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *