Race : Standard Chartered KL Marathon 2017 Pt 2 – 23 Hari lagi

Ketika artikel pertama tentang SCKLM ditulis, waktu itu ada lagi 123 hari menjelang race. Ketika saya menulis artikel kedua ini pula, didapati ada 23 hari lagi nak race. 100 hari telah berlalu dan kita sendiri tahu sama ada 100 hari ini kita telah manfaatkan sebaik mungkin untuk training atau tidak.

Untuk saya, saya sangat tahu. Cita-cita asal memang nak training gila prepare bagai macam saya prepare untuk Tokyo Marathon. Waktu tu saya sign up untuk 21K bagi SCKLM. Bajet nak achieve SUB2 yang dah berkurun saya target tapi gagal. Bajet lagi dengan latihan yang saya dah buat untuk Tokyo Marathon selama 10 minggu, so balik Tokyo Marathon saya mesti at least fitness level tu dah at one par, cuma sambung training lagi at least 10 minggu, saya rasa yakin boleh cemerlang dalam SCKLM kategori diri sendiri.

Tapi entah macam mana, semasa di Tokyo, saya terima satu email dari SCKLM yang membuatkan saya dengan gatalnya mengubah perancangan yang saya dah rancang demi mencapai SUB2.

invite

So saya terima invitation email dari SCKLM untuk masuk dalam kategori Media Challenge. So apakah Media Challenge ini?

Bila saya check tahun lepas punya SCKLM dari web dia, kategori ni macam tak wujud lagi, so tahun ni kira kategori barulah. Kategori ini adalah kategori untuk wartawan-wartawan, pengamal media dan penulis-penulis (kalau anda penulis pantun make sure anda penulis pantun larian) sama-sama berlumba untuk mendapat podium.

Tiba-tiba saya terasa macam sangat runcited…. yelah, kalau kita fikir matematik kebarangkalian, untuk nak dapat jadi top 20 atau top 10 SCKLM kategori Open untuk saya, memang dalam marvel cinematic universe yang lain-lah. Jangan harap nak dapat dalam kehidupan ini. Tapi bila ada media category ni, saya fikir takkanlah total pengamal media tu sampai satu ribu? Ntah-ntah less than 100. Yelah, ada berapa channel tv dalam Malaysia pun? Ada berapa paper? Kalau blogger larian pun ada berapa?

Dan katalah ada 100 atau 200. 200 ni pulak bahagi 6 kategori. Laki pompuan, FM, HM dan 10K. So chances untuk jadi top 20 untuk SCKLM kategori Media tu agak tinggi jugak. Kalau 200 / 6 = 33. Kalau 100 / 6 = 16. Dah tentu-tentu top 20 kalau 100 je yang compete.

So, bincang punya bincang dengan isteri saya, since FM saya baru 2 kali, HM pulak tak pernahnya nak SUB2 lagi, saya pun sign up untuk kategori 10K dimana untuk 10K, saya punya PB setakat ni 53 minit. Manalah tahu, tiba-tiba hari race ada jin angin masuk dalam diri saya dan saya boleh buat PB baru 50 minit ke. Mana lah tau….

Tapi apa pun ini semua adalah cerita masa kat Tokyo masa tengah sedap. Sekarang cerita lagi 23 hari nak race.

Oleh kerana dah tukar kategori dari 21K pergi 10K, dia punya ketenangan lemak-lemak santan berlada tu betul punya tebal dalam diri. Instead of patutnya sambung training macam biasa lepas balik Tokyo tapi kita amik peluang “Kita enjoyyyyy dulu”. Dalam minda, ini top 3 alasan yang Syaitan selalu ingatkan saya :

1. Rilek bro, kategori 10K je, bukan 21K atau 42K so apa nak training?
2. Alah, 10K…. next week sempat lagi start training.
3. (Next weeknya, ) Alah… next week sempat lagi training… boleh punya. I choose to believe in you bro.

So cite dia sedar tak sedar lagi 23 hari nak race, untuk syaitan dalam diri, kau memang babi. Aku benci kau.

Now, past is past. Hari ni saya dah insaf dan bertaubat nasuha. Saya dah pun mula training untuk 10K ni awal minggu hari tu. Harapnya masih sempat untuk meningkatkan fitness level diri ke tahap paling memuaskan dalam masa 23 hari ini.

Kalau ikut pedang setiawan ada satu character ni nama dia Pedang Sakti. Pedang Sakti ni last sekali dia punya hikmat adalah pedang 23. Hikmat ni hampir membunuh Wira Utama namun selepas Pedang Sakti buat hikmat pedang 23 ni dia pun mati. Itu pun sebab Penjejak Awan sekeh kepala jasad dia kat tangga bawah. Kira dengan hikmat pedang 23, roh Pedang Sakti keluar untuk melunaskan dendam pada Wira Utama. Dalam sejarah Pedang Setiawan, scene fight ini antara paling legend yang pernah dipaparkan.

Pedang Sakti ada hikmat Pedang 23. Kita semua yang sign up untuk SCKLM ada 23 hari lagi untuk race. Pedang Sakti lepas Pedang 23 dia arwah. Kita pulak lepas 23 hari ni jangan pulak sampai arwah. Harap habis race dengan senyuman dan mata redup pun jadilah.

Selamat maju jaya!

cover

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *