Race : Standard Chartered KL Marathon 2017 Pt 3 – 10 hari lagi

Hari tu masa tulis pasal posting SCKLM rasa cam ada 23 hari lagi. Pejam celik pejam celik, dah tinggal 10 hari. Mangkuk betul.

Saya minta maaf pada diri saya kerana gagal mula training secara official. Daripada 23 hari ke 10 hari ini banyak betul perkara yang berlaku (siap sedia, dah mula nak bagi alasan tak training….).

Anyway, antaranya saya memang betul-betul sibuk dengan kerja office saya. Kami baru saja siap satu apps baru dan berharap ada Tan Sri Tan Sri atau individu-individu yang duit dia tak tak tau nak buat apa invest dan beli apps ini sekaligus membuatkan company ini boleh run dengan sendirinya dan memberi manfaat kepada manusia seluruh alam. Anda semua para pembaca tolong doakan hal ini menjadi kenyataan. Banyak yang saya belajar dalam tempoh pendek ni biasanya dulu buat job untuk sara hidup sekarang buat company dan jual untuk sara hidup. Kalau semua menjadi kenyataan, saya bersumpah pada tuhan yang menjadikan dua kaki untuk berlari  untuk memberi kalendar #365eye edisi 2018 secara percuma kepada 100 orang pertama yang berminat tahun depan. Kalau ada investor masuk la… kalau takda, haram. Sumpah dibatalkan.

Dan yang kedua pula saya sedang dalam mood gila cryptocurrency dimana sedang membuat kajian asam pedas gila babeng punya untuk crypto Ethereum. Jangan salah faham ingat nak buat skim cepat kaya pulak, tapi lebih kepada mining. Sebab Bitcoin dah terlalu jauh nak kejar tak sanggup dah manakala Ethereum sekarang sedang mendadak dangdut. Bayangkan masa Januari hari tu 1 Ether = USD 8.15 dan hari ni, baru 5 bulan harga Ether dah mencecah USD88.80. Kalau Januari hari tu kita beli 100 Ethereum dengan modal USD815, hari ni kita dah untung 10 kali ganda. WTF punya investment macam ni.

ethereum-bw

So kalau anda minat Ether, kalau terjumpa saya masa jogging ke masa race, boleh la sembang pederas barang seEther dua. Kalau tak beli banyak pun just beli Ether tahun ni, so tahun depan harga naik, jual balik dan buat modal untuk bayar race tiket atau beli kasut running yang baru atau untuk belanja runcation anda. Takda la sakit kepala sangat nak cari duit. Nak harap ASB 8% je bila nak financial freedom.

Dan satu lagi ada berita sedih sikit dimana isteri saya baru-baru ni gugur sehari sebelum wesak day hari tu. Kandungan usia 8 minggu, tapi tak ada rezeki so redha dan terima sahaja. Kalau tak EL LUKH dah ada adik baru. Tapi mungkin tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi. So terpaksalah saya jadi Mr.Mama dalam beberapa jam #nasibbaik mak dan mak mertua saya ada kat rumah.

So dependekkan cerita, semua yang diatas ni berlaku dalam masa 13 hari lepas. Bila isteri saya tanya malam tadi dengan nada yang rasa nak geletek ketiak dia tapi tak boleh sebab dia tengah pantang, terus membuatkan saya keluar lari hari ni.

“Anda, anda. Kita nak tanya ni. Ada benda ni. Nak tanya…”
“Apa dia?”
“Bila anda nak start training scklm?”

***

OK. Ini adalah training plan #10hariabiangcuba. Sebelum saya tulis matlamat training plan ini, ini adalah sedikit analitik untuk larian 10K saya sepanjang menjadi runner.

1. Jumlah race 10K road, sejak 2013 : 7

2. Catatan masa race 10K yang pertama, 10K BSN Putrajaya Night Run 2014, Oct :
01:01:19

3. Catatan race 10K terakhir 10K myBuddies Run 2016, Aug
00:57:05

4. Catatan race 10K paling cemerlang balik kampung sedara mara cium dahi, 10K Angela Taylor Run-Walk ’16 Australia 2016, May
00:53:51

5. Average catatan masa untuk semua 7 race :
00:57:38

So sekarang, saya nak ujikaji sikit dan lihat sama ada dengan training plan 10 hari ini, boleh atau tidak :

a. Lebih baik dari catatan masa Average ATAU
b. Lebih baik dari catatan masa PB ATAU
c. Lebih buruk dari catatan masa first time 10K.

Faktor lain yang perlu diambil kira adalah, sejak Januari hingga terkini, saya baru lari 293 KM, which is kalau ambil average 5 bulan, sebulan saya lari cuma 58 KM. Gila sikit. Demmit. Dasar pemalas betul.

Faktor kedua pula adalah fitness level saya berada dalam keadaan average, maksudnya tak sayur tak best mana. Last saya buat 1 Mile test dua minggu lepas, saya buat 9 minit.

Screen Shot 2017-05-13 at 2.58.31 PM

Race : Bali Marathon 2016 Pt 5 – Running Fit test 1.6 KM / 1 miles

Maka ini adalah training plan dia. Dalam masa 10 hari (termasuk race day), ada 3 kali REST DAY.  Sangat penting untuk recovery. Distance nak kena lari adalah 30KM total. Ada 2 phase. Phase pertama 5K hatrick 3 kali, rehat sehari then Phase kedua 5K hatrick 3 kali lagi, dan rehat 2 hari, kemudian race.

Setiap 5K kena pulun cubaan terbaik. Kena lari macam nak gila. Tujuan dia adalah untuk meningkatkan anaerobik secara mendadak dangdut. Dalam masa yang sama juga kena maintain pernafasan ala mendayung sampan menuju ke puncak kebahagian. Tujuan dia, selain daripada memastikan pernafasan ok semasa lari, juga untuk mententeramkan hati agar jangan risau dan sentiasa berada dalam ketenangan al – jannah.

Screen Shot 2017-05-12 at 11.22.06 PM

Total distance 30KM untuk 9 hari average dia adalah sehari 3.3 KM sahaja. Nampak memula macam over tapi bila diaveragekan rasa macam OK.

Satu hal yang saya nak monitor adalah daripada 6 kali 5K ni, saya nak tengok sama ada saya boleh tak achive pace race nanti dimana pace target saya adalah 00:05:30 untuk dapatkan 55 minit.

So basically ini plan saya untuk SCKLM ni. Harap semua ok dan yang paling penting, bebas cedera.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *