Race : Standard Chartered KL Marathon 2017 Pt 4 – Race Kit Collection

Screen Shot 2017-05-26 at 10.07.40 AM

Biasanya saya memang malas nak pergi collect racekit. Pertama sebab ramai orang. Kedua sebab saya rasa macam time saya nak pergi collect tu tak berbaloi. Maksud saya, kalau saya pergi collect racekit, paling tidak mesti habis 2 jam. Nak keluar rumah, bawak kereta, cari parking, pergi beratur, amik racekit, tengok orang complain baju dia size lain sebab tak muat perut atau kecik sangat, bayar tiket parking, tiket tol, duit minyak, sampai rumah. Dalam masa 2 jam ada banyak lagi benda lain yang saya boleh buat. Misalnya tidur dan berlatih lari dalam mimpi. 😀

Memikirkan semua hal ini, biasanya kalau race tu ada option delivery kerumah, saya akan tanda option tu laju-laju dengan kadar SUB 1.

Tapi sebab SCKLM kali ini saya masuk free tak bayar apa-apa atas sebab media invitation, so option racekit untuk delivery tidak ada. Yelah. Orang dah ajak masuk race free pun dah besar rahmat. Lagi nak mengada nak suh orang hantar race kit pulak. Banyak cantik kau punya muka.

So saya pun planlah, hari apa nak pergi amik. Didapati collection day adalah 3 hari sebelum race. Saya fikir, race ini race besar Malaysia, so ada baiknya saya turun pergi amik hari pertama. Biasanya hari pertama ni tak ramai orang. Hari kedua runners dari Kedah, Perlis, Kelantan dah sampai KL. Hari ketiga mesti lagi jackpot.

Screen Shot 2017-05-26 at 9.49.54 AM

Baca punya baca, SCKLM siap ada keluarkan carta kutipan racekit yang sangat membantu untuk anda membuat keputusan untuk datang bersenang-senang time orang tidak ramai. Hebat!. So anda boleh take part dalam survey ini dengan memberitahu bila anda nak collect. Then anda boleh tengok time bila orang tak ramai. Carta ini juga memberitahu time kutipan tersesak bagi tahun 2016. Ini untuk 2016 punya.

repc_data_2016

Kesimpulan dia, tahun lepas, ramai gila orang kutip time lunch pada hari pertama. Dan time paling sikit orang datang kutip adalah pada pukul 4 hingga 6 pada hari kedua. Satu lagi, benda adalah, hari yang paling sesuai untuk collect racekit sebenarnya adalah hari kedua selepas waktu lunch. So kalau saya nak pergi collect hari pertama sebenarnya silap besar.

Bila kita buat survey bila kita nak pergi amik racekit ni, dia akan projectkan time bila yang tak ramai orang amik racekit untuk tahun 2017. Tapi kena amik kira satu hal dimana bukan semua runner yang take part dalam survey ni so projection dia tu mungkin tak berapa tepat. Ini projection time untuk collection 2017.

Screen Shot 2017-05-26 at 9.58.20 AM

Didapati, hari yang paling sikit orang datang collect adalah hari pertama, jam 4 hingga 5 petang. Next year kalau anda masuk lagi SCKLM, jangan lupa pergi ke web dia dan take part survey collection race kit ini sebab memang berguna bagi yang sedar bahawa demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Anda bukan sahaja boleh tengok bila time tidak sesak, malah, participation anda kepada survey menyebabkan projection graph itu lebih tepat dan jitu. Lagi ramai orang feed data, lagi tepat dia punya outcome. Ini link dari web SCKLM.
Screen Shot 2017-05-26 at 10.02.23 AM

So dipendekkan cerita, ntah macam mana plan nak collect hari Khamis tu pun barai, nak collect hari Jumaat lagilah barai, nak collect hari Sabtu pun super-barai, last sekali saya mintak tolong Yana adik saya untuk pergi collect. Haaaaa…. best tak jadi abang? Bukan mintak tolong pun tapi nada macam mintak tolong tapi sebenarnya bagi arahan.

Senja tu Yana sampai rumah. Dengan muka tersengih-sengih, Yana memberi saya kampit biru SCKLM yang mana didalamnya ada segunung harapan.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *