Race : Standard Chartered KL Marathon 2017 Pt 5 – Tajul Muluk dan Nombor Bib

Sebelum race saya akan buat kiraan Tajul Muluk. Tak tau dah tulis ke belum tapi masa arwah atok saya meninggal, satu-satunya harta peninggalan arwah yang abah saya cilok adalah Kitab Tajul Muluk. Kitab ini kulit dia warna kuning. Dalam dia tulis bahasa jawi lama.

Masa nak kahwin dengan isteri saya dulu abah saya ada buka kitab ni. Apa matematik yang dia kira saya tak ambil tahu sangat sebab masa nak kahwin tu dah tak fikir benda lain dah. Yang penting selamat.

Tapi memang ada kiraan matematik dalam Kitab Tajul Muluk. Contohnya dari tarikh lahir dan nama. Betul atau tidak saya rasa depends pada kita. Kalau betul adalah sebab kita terima dan kalau tak betul, adalah sebab kita menolak.

Last time saya buat kiraan tajul muluk adalah pada race 2xu. Kesimpulan dia race yang saya harap nak PB SUB 2 akhirnya membuahkan hasil PW (Personal Worst) dalam hidup saya. Saya berkeputusan untuk menyalahkan nombor bib yang sangat suwey. Ada macam badi mayat kat kombinasi nombor bib ini. Boleh ikut catatan race ini bermula dengan posting ini :

Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 1 – Registration

Ada 7 posting semuanya, last sekali dari kiraan tajuk muluk, jadi teori takat sayur.

Screen Shot 2017-05-26 at 10.28.49 AM

So untuk race selepas itu, Tokyo Marathon, saya rasa saya tak kira. Untuk race ini, pun saya tak buat kiraan. Bukan sebab saya tak percaya pada matematik alam ini tapi macam tetiba malas pulak bila saya tengok nombor bib saya. Sekali imbas, macam ada harapan nak ulang PW untuk kali kedua. Masa PW dulu 11387. Kali ni 130701. Sama ke tak? Dulu ada no 8 yang lain sama. Kali ni 8 tu dia gaban z potong 2 jadi 0 dan 0. Visually, 0 + 0 = 8.

Babi. Ni macam nak PW. Takkan 10K pun boleh PW. Malulah penulis blog LSK macam ni. Jilake!

Screen Shot 2017-05-26 at 10.42.40 AM

By the way, kat Netflix sekarang saya tengah layan ada satu cerita ni. Tajuk dia Touch. Cite ni kalau anda suka matematik alam, golden ratio, nombor dan sebagainya, anda boleh layan dan mungkin boleh faham tentang kaitan matematik, takdir dan alam.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *