Race : Standard Chartered KL Marathon 2017 Pt 6 – Race Site

Hari ni macam banyak masa nak update blog. Rasa aman. Tenang. Tenteram. Jiwa dah tak kacau. So nak menulis pun macam idea tu ibarat sungai yang mengalir di jannah.

unnamed-1

Sebenarnya saya tengah tunggu kereta saya ni kat Service Centre. Main sensor untuk kereta saya ni rosak. So akibat dia, semua sensor dalam kereta tak function proper. Dashboard saya meriah macam ada lampu raya kelip-kelip. Kejap sensor ABS nyala, kejap sensor Start Stop engine nyala, kejap sensor power ultraman menyala. Kira cam gilir-gilirlah.

Bila saya call service centre untuk appointment bulan lepas, rupanya memang ada call in untuk semua model yang sama. Seluruh main sensor rosak secara berjemaah. Nasib baik tak macam Ransomware. Kalau tak masak nak bayar pakai Bitcoin.

unnamed

Bila saya cerita kat John Zulazri kawan saya, dia kata ini adalah kes yang sangat menghairankan. What is the point of having MAIN UNLTIMATE SENSOR, kalau main sensor yang tukang jaga sensor-sensor kecik yang lain rosak? Tak ke bodo namanya tu.

Make sense.

Ini membuatkan saya terfikir. Kat diri kita ni, kat mana ULTIMATE MAIN SENSOR? Dan kalau main sensor ni rosak, habis jahanam seluruh hidup kita.

unnamed-2
Selain daripada air free flow, nasi lemak free flow, 8 pc untuk surf internet, Service Centre ni ada jual basikal. Basikal??????? Hmmmmmm

Now, back to Race Day.

***

Subuh tu saya dan adik perempuan saya Yana, naik kereta abam dia (adik ipar saya) dan kami merancang untuk parking di Giant dekat dengan Stesen LRT Bandar Kinrara 5. Masa turun kereta tu ada nampak seorang runner masuk balik dalam truck navara dia dan bergegas laju blah ke tempat lain. Masa tu terdetik dalam hati saya, aiii…. ni takkan nak ulang lagi cite tahun lepas train station tutup.

Race : Standard Chartered KL Marathon 2016 Pt 5 – Otw Dataran Merdeka

Naik tangga pi kat atas tu tengok-tengok betul tutup. Harammmmmmmmm….. turun balik, terkejar-kejar masuk kereta dan terus sahaja ke LRT Bandar Tasik Selatan. Gabra punya pasal, tawaf 2 kali nak sampai ke Stesen LRT tu. Bodoh betul sapa yang design route nak kesini. Apa ke mangkuk buatlah sign board besar-besar nak ke LRT tu bagi orang tak salah masuk simpang. Ni memang dah ulang kebangangan tahun lepas.

Screen Shot 2017-05-26 at 11.24.34 AM
Dalam map tu ada Kinrara BK5. Lepas discuss dengan isteri, rupanya nak ke KL kena cross jambatan kat station LRT. Memanglah belah sini tutup. Sebab yang bukanya belah sana.

Lepas parking (nasib baik tahun ni entrance gate tu tak rosak cam tahun lepas), kami pun bergegas ke train station. Elok masuk je turun bawah tren dah nak berlepas. Baru nak sprint lompat masuk, pintu tren tutup dan kami kena tunggu tren seterusnya. Hati rasa macam dah tak sedap bila drama macam ni jadi sebelum race, biasa ni dah bagi petanda awal.

Basically race saya start pukul 6:45. 10K speed. Manakala Yana, race dia start 7:45. 10K Leisure. Anis (adik ipar saya) datang sebagai penyokong setia.

Screen Shot 2017-05-26 at 11.19.48 AM

Dalam tren Yana sibuk whatsapp member dia yang kebetulan mengalami durjana yang sama tren station tutup. Member dia lagilah pulak, masuk 21K. Flag off 5:30. Waktu tu dah dekat pukul 5 dah.

Saya dah agak dah dan perkara cibai macam ni memang selalu berlaku last minute. So untuk datang race dengan hati tenteram, DATANG AWAL. Subuh tu saya bangun pukul 4 pagi. By 4:30 dah otw ke tren station. Last sekali kami sampai area Sogo tu jam 5:45 lebih kurang. Ada masa sejam lagi sebelum flag off.

Masa nak cross turun dari train station tu, daripada atas jambatan, kat bawah runners untuk 21K baru dilepaskan. Ini first time saya datang sebagai runner, dapat tengok runners lain lari dari bird eye view. Punyalah ramai. Macam-macam style ada. Ada yang muka serious. Ada juga yang ketawa-ketawa mungkin membincangkan isu maharaja lawak atau pun prinsip hidup kegembiraan membawa kejayaan.

unnamed-3 unnamed-4

Masa saya sampai race site untuk 10K tu orang tak berapa nak ada. Kalau saya kira dengan jari mungkin kurang dari 20 orang. Tapi sebab saya kira pakai hati, so saya agak je la kurang dari 20 orang.

Ada seorang runner tengah warming up lari ulang alik luar kawasan route, bawah pokok tepi jalan yang banyak tahi burung. Saya tengok muka dia memang ada gaya wajah podium. Sementara saya melilau cari tempat nak drop bag tapi baru saya nak toleh-toleh, saya terdengar suara P.A mengatakan yang 10K site ni tak ada drop bag. Kena pergi ke dataran merdeka drop kat sana dan datang balik. Bagi runner yang last minute, memang menyumpah kalau tak tahu dari awal. Last resort, lari bawa beg.

Nasib saya baik sikit sebab ada adik ipar saya. So Anis hari itu selain daripada penyokong setia, dia jadi tukang bawak beg. Bukan senang beg kita ni nak dibawa oleh Senior Manager Auditor Firm KPMG. Kalau dia boleh jaga audit company besar macam Fujixerox atau Gucci, apalah sangat nak jaga sport beg yang dalam dia cuma ada botol air dan duit sepuluh hinggit.

Screen Shot 2017-05-26 at 11.52.30 AM

Lepas simpan baju sejuk, saya pun warming up lebih kurang. Bila saya nampak macam mula nak ramai runners masuk ke Starting Pen, saya pun mengucapkan good luck dan TQ pada Anis dan Yana.

Sebelum race start, ada warming up. Ada satu team fitness pakai baju hitam. Kat baju dia tulis I’am Reza ke I’m Pizza, lupa. Rupanya depa ni dari fitness club. Depa yang lead warming up pagi tu. Badan memasing sado-sado belaka tapi ada sorang awek tu cam comel juga.

unnamed-5

6:45 race start. Didalam hati saya berdoa, “Tuhan, walaupun training aku kali ini tak berapa nak cukup berbanding training Tokyo hari tu, tapi tolong jangan bagi aku PW lagi”.

Sebabkan training tak berapa nak pulun, so saya penuhkan minda dengan lagu Pejantan Tangguh. Video clip lagu sheila on 7 ni kelakar sebab cerita pasal duta prepare training nak lawan Kung fu siap pakai baju kuning Brucee Lee. Lagu, sememangnya antara faktor yang boleh meningkatkan semangat.

Semboyan perang dibunyikan dan saya pun mula berlari. Agaknya apa la yang EL Lukh buat masa ni, mesti tengah tidur lagi sebelah isteri saya dengan muka yang suci.

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *