Race : Standard Chartered KL Marathon 2017 Pt 7 – Waktu yang cepat

Awal-awal lari 10K dulu matlamat saya nak SUB 1. Tapi bila pernah dapat SUB 1, matlamat tu dah berubah. Seperti juga runner lain, matlamat saya kalau boleh nak PB untuk catatan masa yang lebih baik.

SCKLM 2017 bagi kategori 10K, saya rasa macam tak banyak yang saya boleh tulis kalau nak specific pada race tersebut. Ini kerana suasana dalam race tu saya rasa macam terlalu singkat. Bila saya semak balik kenapa boleh jadi begini, saya membuat andaian bahawa jika pernah lari lebih panjang jaraknya, maka bila lari jarak yang singkat, perasaan dia sudah berubah.

Masa saya lari tu mula-mula saya perasan setiap KM pada jam saya. Tapi lepas KM 3, saya sedar-sedar dah sampai KM 8. Lagi 2 KM nak habis. Seperti ada gap yang hilang antara KM 3 hingga KM 8. Ada moment yang lost in translation.

Bila balik rumah, adik saya Yana cerita. Masa dia lari tu, dia ada dengar perbualan sekumpulan akaks berbual. “Laaaa…. baru 2 KM. Aku rasa macam dah setahun lari hari ni”

Agaknya kalau macam runner yang lebih berpengalaman yang lain macam Deo atau Udiey Pengurus Kelab tu kalau depa lari 10K mesti rasa macam lari 10 minit sahaja. Mungkin. Bayangkan kalau pernah lari 100K Ultra, lari 10K ni baru 10% sahaja.

Dulu kat sekolah ustadz ada cerita. Wali tuhan, antara karamah (magic) yang dia ada contohnya boleh melipat masa. Masa tu saya tak faham sangat apa maksud ustadz tu atau ustadz tu pun sebenarnya tak faham apa yang dia cakap, menyebabkan anak murid semua pun tak paham. Sebenarnya melipat masa ni bukan macam sekarang pukul 8 pagi so sebabkan nak tunggu kereta siap so aku fast forward jadi pukul 12 tengahhari. Bukan macam tu.

Itu tentang melipat masa which is yang lebih detail. Surfacenya, tentang wali tuhan itu sendiri pun kita masih ragu-ragu dan blur. Sepanjang hidup saya dekat nak 40 tahun ini, tak pernah saya jumpa wali tuhan lagi kat masjid. Mungkin saya ini banyak dosa dan noda, mungkin itu sebab saya tak pernah jumpa wali tuhan.

Tapi kalau fikir angle yang lain, orang yang banyak dosa dan noda macam sayalah yang paling patut jumpa wali tuhan. Sebab dia, orang yang baik, dah tak payah ditarbiahkan. Orang yang tak berapa nak baik ni yang kena ditarbiahkan. So wali tuhan takkan duduk di masjid kalau anda beria nak cari. Depa ni saya suspect, mesti duduk kat night club atau karaoke lounge. Kedatangan mereka ke situ mungkin untuk membawa rahmat, agar jika, ada yang lost di situ, boleh dibawa pulang ke pangkal jalan.

So tentang melipat masa, saya agak macam gini.

Kalau kita tengah susah… hidup kita cam gila barai… cibai punya cibai hatta cibai pun tak macam ni, tapi…. dengan keimanan dan percaya kita pada tuhan itu tinggi, so masa kesusahan kita tu rasa sangat singkat. Macam tak ada apa pun sebenarnya. Aleh-aleh, semua problem settle dan semua benda kembali pulih sediakala. Saya rasa, itu maksud lipat masa yang lebih praktikal. Masa yang panjang dalam keadaan yang tak best, menjadi singkat.

Itu kalau masa tu tak best. Tapi kalau masa tu best, kan bagus kalau boleh dipanjangkan?

Well, saya rasa pun boleh jugak dan saya pernah rasa begitu. Esp. masa travel. Biasanya bila kita travel, kita keluar dari rutin. Bila kita tidak berada dalam sequence yang biasa kita lalui, masa akan terasa lebih panjang. Ini memang betul. Kalau kita bercuti dan travel, hari pertama hingga ke hari ketiga tu kita akan rasa sangat panjang. Orang lain mungkin rasa 24 jam satu hari tapi kita akan rasa 36 jam sehari. Kalau tak caya, pergi travel.

Berbalik pada race tadi, bila dah tinggal lagi 2 KM nak habis, sedar-sedar tinggal lagi 1 KM nak habis. Masa tu saya ada selisih dengan seorang pakcik tua ni. Dia lari 10K jugak. Dari baju dia, tak silap saya dia dari Pahang. Sebab ada macam text Tok Gajah ke apa.

Pakcik ni sangat steady. Nak kejar dia pun agak berjurai air peluh. Masa kat hujung tu ada seorang runner muda ni macam dah give up. Dia cuma berjalan kaki walhal tinggal lagi 1 KM nak tamat. Pakcik ni tegur runner muda ni, apa ntah dia cakap dan seketika runner muda ni sambung lari semula. Mungkin dia bagi semangat ke apa saya pun tak berapa nak dengar.

Saya cuba pintas pakcik yang rambut dia dah majoriti putih ini. Saya ingat lagi 500 meter baru berjaya dan nyata pakcik ni walaupun dah veteran tapi masih power. Saya kata dalam hati, kalau tak dapat potong pakcik ni memang sia-sia dan malu. Kita patutnya lagi muda mesti tenaga lagi kuat. Namun pada hari itu apa yang saya belajar adalah kekuatan mental, lebih utama dari kekuatan tenaga. Tenaga boleh habis dengan cepat, tapi mental, tak semestinya boleh pecah, kalau mental dah biasa dengan cabaran-cabaran lebih-lebih lagi kalau dah pernah kena cabaran level dunia macam nak kiamat.

500 meter terakhir saya baru nak buat pecutan. Rasa macam menyesal sebab kalau saya mula pecut dari 2 KM tadi mesti catatan masa saya lebih baik.

10K saya tamat dengan catatan masa hampir PB. Saya lewat 42 saat daripada kegembiraan yang ultimate.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *