Race : Standard Chartered KL Marathon 2017 Pt 8 – Aftermath

Screen Shot 2017-05-28 at 10.51.38 PM

OK. Mengikut unofficial Suunto saya, 10K kali ini catatan masanya adalah 54:34. Masa sampai tu saya semak balik dengan apps SCKLM, ini screenshot dia. 54:33. Lambat satu saat picit jam.

IMG_8074 2

Beberapa hari lepas race, official result keluar, lagi detail, 00:54:33.13. Ada 13 saat lebih. Overall daripada 4845 runner yang lari 10K speed, saya no 158. Yang ni memang muka ada sinyumlah sebab kalau ikut %, saya dalam golongan 3% yang paling awal.

Screen Shot 2017-05-26 at 10.50.23 AM

Makanya, melalui result ini dengan training plan #10hariabiangcuba, dapatlah saya simpulkan bahawa, training 10 hari tidak boleh memberi PB kepada kita. Kalau kita berada dalam keadaan fit average, catatan masa cuma lebih baik dari catatan masa Average. So antara 3 persoalan yang saya tulis sebelum ini, jawapan dia adalah A.

a. Lebih baik dari catatan masa Average ATAU
b. Lebih baik dari catatan masa PB ATAU
c. Lebih buruk dari catatan masa first time 10K.

So kalau nak buat PB, kena training lebih lagi. Jangan nak mengada buat PB kalau training pun 10 hari. Tapi average saya adalah 00:57:38, manakala PB adalah 00:53:51, so dapat 00:54:33 kira alhamdulilah sangat lah. 42 saat lewat. Kalau tak berenti minum air mungkin………… (dah habis race mula nak menyesal. Ni memang perangai biasa semua runner yang tanak terima hakikat :D)

***

Itu catatan masa official event. Ini pula yang Strava record berdasarkan Suunto saya. Kalau tengok distance lebih dari 10 K, dan pada kilometer ke 10, catatan masa adalah 53:29 which is dah PB. Saya suspect jam Suunto saya ni dah tua. Mungkin GPS record dia tak berapa tepat sebab takkan lah event besar SCKLM ukuran 10 K dia lebih. Kita mesti letak keimanan kita pada event organiser sebab route depa ni AIMS certified kut.

Nampaknya keperluan kepada jam baru ni dah macam jatuh taraf wajib. Bukan lagi harus ataupun sunat. Hmmmmmmm…… kalaulah bapak saya billionaire kan best. Petik je so mesti dapat. Tapi, kalau bapak saya billionaire pun belum tentu dia bagi duit kat saya dengan mudah. Tukar2. Kalaulah saya ini billionaire kan best……..

Screen Shot 2017-05-29 at 2.06.14 AM

***

Masa sampai tu orang tak ramai lagi so saya lepak kat tengah padang tempat yang saya lepak macam last year. Geng Conquer tak sampai lagi sebab depan masuk 42K belaka. Tak lama lepas tu Udiey sampai dan kemudian diikuti dengan En. Remin.

Screen Shot 2017-05-28 at 11.00.51 PM
Hat tengah En. Remin, hat tepi singlet tu En. Udiey

Kami berbual-bual buat analisis bagai itu ini. Tiba-tiba hari hujan. Lari turun bawah En. Remin pi collect bag. Kemudian naik atas semula dan jumpa kawan-kawan MMU, Nana dan Megat. Last year pun ada amik gambar sama gak tengok next year hatrick ke tidak kat SCKLM.

Screen Shot 2017-05-28 at 11.00.16 PM

Settle semua saya pun balik naik tren. Masa nak naik tren tu sebenarnya saya hampir salah naik tren. Punya la bangang. Nasib baik ada jumpa En. Fahmi @photokedek. Beliau yang tunjuk arah kat mana nak naik tren balik Bandar Kinrara. God bless u bro.

Akhir kata, tahniah kepada semua runner yang join SCKLM. Next year kita cuba lagi bagi yang tak berjaya PB.

 

 

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *