Race : Standard Chartered KL Marathon 2017 Pt 9 – Sampai dulu tapi timing belakang

Ini ada satu hal yang saya nak kongsi. Benda ni terjadi pada En. Remin pelari muda dari Sungai Petani itu dan juga Syazrah. Syazrah ni runner yang saya jumpa di Tokyo dulu tapi masa SCKLM ni tak sempat jumpa.

Anyway, depa dua ni masuk 42K, Full Marathon.

So nak dijadikan cerita, masa finishing tu En. Remin depan sikit dari Syazrah. Kira kalau ikut nombor tu En. Remin mesti lagi depan dari Syazrah sebab sampai dulu. Tapi bila keluar result, didapati bahawa timing Syazrah lebih cepat dari timing En. Remin.

Pelikkan?

Secara logiknya, kalau En. Remin sampai dulu, mestilah timing dia lagi laju dari Syazrah, sebab syazrah kat belakang.

Timbul speko yang macam-macam seperti adakah timing chip pada bib salah seorang depa ni rosak ke atau mungkin ada dimensi lain terbuka pada waktu En. Remin finishing atau Syazrah lari sangat laju sampai back to the future errrr….

Saya katakan pada En. Remin tunggu official result dulu sebab takut kalau main tengok kat apps tu belum official lagi. So bila result official dah keluar baru nampak jelas kenapa boleh berlaku sedemikian rupa.

Cite dia gini. Syazrah start lari, lebih belakang dari En. Remin. En. Remin berada di pen yang lebih depan. Tapi overall time yang Syazrah ambil untuk habiskan 42KM, lebih singkat dari En. Remin. Tak silap saya beza pun berapa minit je.

Syazrah lari lewat dari gun time manakala En. Remin lari sebaik sahaja gun time. So nett time depa berbeza.

Itu pasallah walaupun En. Remin habis atau finish depan Syazrah, kalau ikut net time, Syazrah mengambil masa yang lebih pendek dari En. Remin.

Kesimpulan dia, kalau dalam race event tetiba kita tengok kawan kita kat belakang tapi bila result keluar dia depan dari kita, maksudnya sebab dia mula lambat dari kita tapi dia lari lagi laju dari kita. Nanti next post saya tulis pasal Gun Time vs Net Time.

Apapun ini adalah ilmu baru yang jarang-jarang berlaku sebab biasanya kita tak kenal runner kat depan kita atau kat belakang kita. Tapi bila kita kenal, baru kita discover… ohhhhh… macam ni pun ada.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *