Race : Strava Races 10K Pt 2

Hari ini saya check Strava saya tengok saya berada di kedudukan yang sangat genting. Hari tu #49, sekarang #50 dalam Malaysia.

Kenapa genting? Kalau ada seorang lagi mamat atau minah yang lari laju satu saat saja dari saya setiap KM, maka ranking saya akan jatuh pada page 2. Bila jatuh page no 2, agak tak ausam manalah.

Screen Shot 2014-09-25 at 12.55.43 PM

So saya mesti buat something. Tinggal lagi 5 hari nak habis race ini. Saya rasa mesti ramai runner yang nak improve rekod pada hujung minggu ini dan bila depa improve, memang for sure ada peluang besar saya masuk 2nd page.

Sabtu ini saya kena lari laju sikit. Kalau satu KM saya cepat 6 saat, so pace saya akan berubah kepada 6:15 per KM. So total larian saya akan jadi 1:02:30. So boleh la dapat no 48 gitu. Tapi kalau saya target lari bawah 60 minit, boleh jadi pace saya 6:00. Kalau achieve ni boleh dapat no 36. Yang ini muka ada sinyum…

Kalau saya berjaya maintain first page pada akhir race ini saya akan hadiahkan diri saya sehelai baju Strava. Kalau tak, tanaklah. :p

55_0002_Front_L1_a2c7d63c-1bcf-420b-82dd-c3a6390ed205_large

Related Post
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4




Kongsi di :