Race : Strava Races 10K Pt 4

strava-races-sep-10k-v1

Sekarang challenge 10K bulan september Strava sudah pun tamat. Lalu final leaderboard telah keluar, maka itulah final ranking bagi semua setakat ini.

Screen Shot 2014-10-04 at 10.28.44 PM

Daripada 52,737 runners seluruh dunia, saya hanya mampu mendapat #24,609. Namun, jika ikut kategori Malaysia, saya berjaya mengekalkan kedudukan dalam page pertama iaitu pada #30 daripada 143 pelari yang bertanding. Dengan catatan masa Pace saya 5:46/km, saya rasa ini adalah rekod terbaik saya untuk race 10K.

Screen Shot 2014-10-04 at 10.27.14 PM

Screen Shot 2014-10-04 at 10.29.54 PM

Lalu, seperti yang saya telah janjikan pada diri saya pada beberapa posting yang lalu, saya telah pun membeli baju Strava limited edition ini sebagai hadiah untuk diri saya. Melalui email yang saya terima, baju ini akan sampai dalam pertengahan bulan november. So kita tunggu kelak tengok ada siyum atau tidak bila dapat ini baju.

Oh ya. Isteri saya pun ada masuk race ini last minute. Dan buat pertama kalinya dia mampu habiskan 10K sekali lari. Saya sangat kagum dan bangga kerana isteri saya boleh hadapai cabaran ini dengan tekad memandangkan kesihatan isteri saya tak seperti orang biasa lain. At least dalam ranking, isteri saya tak jadi yang last sekali, maka bukan setakat kira ok, tapi malah, sangat luar biasa.

Anyway, bukankah seronok kalau satu hari nanti kita semua dapat lari bersama-sama?

Related Post
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4




Kongsi di :