Bulan june ini Strava ada launch satu acara yang dinamakan The Strava Mile. Kalau anda familiar dengan Mile Speed Test, ini adalah benda yang lebih kurang sama. Saya pernah tulis pasa Mile Test ni dan saya jumpa masa sebelum nak buat first FM saya.
Race : Bali Marathon 2016 Pt 5 – Running Fit test 1.6 KM / 1 miles
So berikut adalah details tentang The Strava Mile :
Apa yang kena buat?
Lari 1 mile / 1.6 KM dan cuba pecah rekod 1 batu anda.
Bila tempoh kejohanan?
1 June 2017 hingga 30 June 2017.
Ada hadiah tak?
Ada. Hadiah dia kasut dari wiggle.com. Strava akan bagi voucher £100 untuk shopping kasut.
Macam mana nak menang?
First make sure anda join Strava. Nombor dua, lari tu ke PB / PR. Lepas lari, tag #MyMile pada activity title. Lari kena atas jalan maksudnya atas treadmill tak kira. Lepas tu pulak kena sync dari jam / alat GPS lain. Manual entry pun tak kira.
Macam mana Strava pilih pemenang?
Random. So semua orang yang buat PB ada peluang secara global. Strava akan pilih random 10 runner yang buat PB. So tak kira sapa yang paling laju. Yang dikira adalah anda buat PB.
Apa yang best lagi pasal race ni?
In term of hadiah, Strava akan pilih 10 runner. Dan 10 dari follower setiap runner ni pun akan dapat hadiah sengan syarat depa ada at least satu aktiviti dalam bulan June. Maksudnya kalau anda menang, anda dan 10 follower anda dalam Strava akan dapat kasut. Cam MLM pun ada.
Berapa fee kejohanan ini yang nak kena bayar?
Dari segi harga percuma. FOC. Tapi dari segi titik peluh, tu anda kena kira sendiri.
Bila dapat tahu result untuk pemenang?
Strava akan email pada 14 July 2017 pada pemenang.
Boleh tahu detail undang-undang kejohanan?
Boleh. Klik sini untuk undang-undang.
Boleh tahu lebih lanjut pasal kejohanan ni?
Boleh. Klik sini.
Good Luck!