Race : Tokyo Marathon 2017 Pt 10 – #10mingguabiangcuba Update

Hari ni saya di Raub. Balik kampung CNY. Petang tadi sempat lari sedas. Lari sampai lalu kubur waktu senja lepas tu ada bau kemenyan maka saya patah balik. Melayu betul. But anyway, sekarang saya nak revise training hours saya berdasarkan training plan yang saya buat untuk FM Tokyo ini.

Ok first, ini screenshot update dia.

Screen Shot 2017-01-30 at 12.31.59 AM

So basically, ini rumusan yang saya boleh buat berdasarkan training saya selama err.. 6 minggu, adalah :

1. Jumlah KM dah lari, baru 191.6 KM berbanding sepatutnya 282 KM. Tak cukup 90.4 KM. Kalau bahagi 6 minggu, seminggu tak cukup 15 KM.

2. Daripada 6 minggu, hanya 1 minggu je berjaya complete jumlah distance KM seminggu.

3. Overall percentage completion training baru 42.30%

4. Average estimate time untuk finish FM adalah 5:01:17. Masih belum SUB5 lagi. HEK!

5. Ada 3 – 4 minggu lagi sebelum race, kalau ikut total hari ada 27 hari lagi.

Hmmmm…. Tiba-tiba rasa seram ganda tiga. Bau kemenyan tadi pun tak seram sangat macam ni. Hati berdebar-debar……

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *