Race : Tokyo Marathon 2017 Pt 12 – Kata-kata semangat Slamdunk

Oleh kerana saya tahu yang training saya tak berapa nak “in” lagi, tak sampai 50% dia punya score, so saya ingat saya perlukan lebih dari kekuatan fizikal bagi menghadapi cabaran Tokyo Marathon. Salah satu daripadanya adalah membaca semula komik Slamdunk dan mencari kata-kata keramat dan perangsang yang boleh membakar semangat.

Slamdunk ini ada 31 naskah, kalau sehari baca 1 atau 2, menjelang Tokyo Marathon nanti mesti dah habis. Dan sempena itu juga, saya akan menyalin semula kata-kata semangat dan juga kata-kata kelakar yang boleh diingat dan diguna masa Tokyo Marathon esok. Paling tidak, kalau sengsara nanti, boleh cuba ingat dan mengekelakarkan diri yang sedang berlari.

So, posting ini akan diupdate dari masa ke semasa mengikut pembacaan komik Slamdunk tersebut.

No 1 – Sakuragi Hanamichi
Apabila Sakuragi pertama kali tersua dengan Haroko (lalu berkata dalam hati, “gadis impian saya”), Haroko bertanya adakah dia Sakuragi seorang ahli sukan. Ini adalah kerana berdasarkan ciri-ciri badan, tangan dan kaki yang kuat oleh Sakuragi. Lalu Haroko berkata,

“Orang yang boleh bersukan saja boleh dikatakan lelaki yang sebenarnya” – Haroko

Musim bunga bagi Sakuragi, telah muncul.

IMG_4102

No 2 – Generasi Baru Perkasa
Ketika Lelaki Judo cuba merasuah Sakuragi dengan gambar-gambar Haroko semasa kecil untuk masuk kedalam kelab Judo, Sakuragi tetap bertegas tidak mahu turut serta. Apabila Lelaki Judo bertanya kepadanya, kenapa dia masih mahu main bola keranjang, ini jawapannya :

“Sebab saya berbakat bola keranjang”

Dan Akagi, ketua pasukan Shohoku yang sedang mengintip, terkasima dengan jawapan itu.

IMG_4104

No 3 – Pembolos Keranjang Yang Susah

Sakuragi datang awal ke gelanggang basketball pada waktu pagi seorang diri untuk berlatih memasukkan bola dengan gerakan paling asas atau “keranjang orang murahan”. Ini kerana pada semalamnya, dia tidak berjaya buat pada hari latihan walaupun ditunjuk berulang kali oleh Rokawa Kaede. Kebetulan, dia terserempak dengan Haroko dan Haroko mengajarnya sekali lagi bagaimana untuk masukkan bola walaupun Haroko pun barai juga. Setelah banyak kali cuba dan gagal masuk, Haroko berkata kepada Sakuragi, sambil membuat tanda peace dan bermuka senyum,

“Berusahalah”

Dan bola masuk buat kali pertama.

IMG_4109

No 4 – Watak Utama Turun Ke Gelanggang
Pertama kali Sakuragi turun bermain secara rasmi bersama Team Shohoku menentang Sekolah Tinggi Ryonan, Sakuragi tiba-tiba menjadi cemas. Apabila dapat bola, dia bagaikan hilang step dan gabra tidak tahu untuk buat apa. Oleh kerana itu, dari belakang, Rokawa Kaede datang dan menyepak punggung Sakuragi bagi menyedarkan dia. Sakuragi tersungkur jatuh dan Rokawa berkata dengan muka tidak berperasaan,

“Mengapa awak begitu cemas”

IMG_4111

No 5 – Rebound
Orang Tua atau Ketua Jurulatih Shohoku ( Guru Ansai ) memberikan tugas kepada Sakuragi dan Rokawa untuk mengawal Sandou, pemain licik dan handal dari Ryonan, pada saat-saat perlawan hampir tamat. Oleh kerana dikawal ketat, Sandou cuba mencari jalan untuk lolos dari Sakuragi dan Rokawa. Apabila berjaya dummy Sakuragi dan seterusnya menghantar bola kepada Uzomi, ketua pasukan Ryonan untuk memasukkan jaringan, Sandou memerli dan menganjing Sakuragi dan Rokawa dengan berkata,

“Hei! Marilah si hantu tahun pertama”

IMG_4115

No 6 – Nothing to Lose
Walaupun tewas tipis dengan Ryonan, mood Sakuragi sangat tidak baik. Namun bila Haroko memujinya dan memberitahu yang Akagi bangga dengan prestasinya yang sangat cepat maju, Sakuragi sangat gembira. Dia, berjalan seorang diri dan menyanyikan lagu berkeyakinan tinggi memuji diri sendiri,

“Bakat ~ Bakat ~,  Saya ~ ialah Bakat ~, Bakat ~ Bakat ~  Bola keranjang ~ Sakuragi, Ho Ho Ho ~ “

IMG_4117

Bersambung dan akan diupdate pada post ini…

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *