Race : Tokyo Marathon 2017 Pt 13 – Surat Cinta dari Tokyo

IMG_4125

Semalam masa tengah meeting di Lensa Film, tiba-tiba isteri saya hantar whatsapp. Saya tengok-tengok, wah!!! Surat Cinta dari Tokyo sudah sampai!!! Yahooooo!!!

So rasa macam nak lari balik rumah dan tinggalkan meeting. Tapi kalau tinggalkan meeting, sapa pulak nak bayar gaji bebudak nanti? Well itu adalah dilema saya sekarang. Tengah doa tiap-tiap hari agar jackpot 5M untuk meneruskan hidup sebagai atlit dan penulis. So staff semua dapat pampasan sorang RM200K simpan dalam ASB. Sila doakan ya. AMIN.

Anyway, habis meeting saya rempit pace Mo Farah balik rumah (naik keta la tapi) dan terus sahaja  dapatkan surat tokyo marathon tersebut. Entah macam mana, timbul idea nak buat unboxing (walhal bukan box pun). Mungkin term yang lebih tepat, adalah “unenvelope”?

So inilah video dia, boleh layan dulu. Next post nanti saya tulis detail kandungan dia apa. Oh ya. Harap maaf video ada makhluk kecil dok kacau. So abaikan saja.

Kongsi di :

Comment 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *