Race : Tokyo Marathon 2017 Pt 14 – Injured

Januari telah berlalu. Sedar tak sedar, saya sudah berlari sejauh 129 KM. Agak jarang sebenarnya saya lari lebih dari 100 KM sebulan. Kalau saya check dan semak di training calendar strava saya, setakat hari ini selama 3 tahun lebih berlari, saya cuma pernah lari lebih dari 100 KM sebulan baru 3 kali sahaja.

Ini membuatkan saya terfikir. Jika ingin menjadi seorang long distance runner yang berjaya, kalau jumlah jarak sebulan tak long mana, agak sukar sebenarnya untuk mencapai kejayaan tersebut.

Screen Shot 2017-02-12 at 1.19.51 PM

Namun lari banyak KM selama sebulan secara mendadak dangdut, ada keburukannya. Misalnya, keburukan pertama yang saya belajar dan terkena, adalah ke-injured-an kaki. Ya, kaki saya sudah memberontak dan sakit sekali menyebabkan saya tidak upaya untuk meneruskan larian, malah saya telah ponteng training, hampir 2 minggu!

Ceritanya begini, hari selasa 31 Januari lepas, patutnya kalau ikut training plan Tokyo saya, saya kena lari 10K easy. Easy je pun. Bukan Timing apa. Tapi bila samai 4 KM lebih, kaki kiri saya rasa macam sakit sangat.

Lebih tepat, pada pergelangan kaki tu rasa sangat sakit bila nak pijak jalan. Ini termasuk bawah tapak kaki rasa mencucuk. Saya pernah dengar orang kata, “listen to your body”, tapi saya jenis lebih kepada “listen to your heart” punya manusia. Dan pada hari itu, hati saya suruh berhenti. Lalu saya balik rumah dengan keadaan yang suspen dan seram.

Screen Shot 2017-02-12 at 1.26.33 PM

Keesokan harinya patutnya saya lari 10K timing, tapi saya pilih untuk cross training berenang dengan harapan kaki saya akan sembuh. Malangnya satu hari tidak cukup untuk self-healing. Hari khamis, saya pergi ke rumah Pak Wan, untuk minta bantuan agar kaki saya yang cedera itu diurut.

Saya sebenarnya memang rasi dengan Pak Wan. Sebelum jumpa Pak Wan, saya dah pergi urut dengan macam-macam orang tak kira cina atau melayu. Akhirnya dengan Pak Wan, saya serasi.

Bila Pak Wan urut tu memang saya menjerit juga. Dia tekan sikit saja kaki rasa sakit macam nak mati. Keistimewaan Pak Wan adalah boleh detect apa masalah sebenar kaki itu dan kalau ikut kes saya, urat kaki saya bengkak. Saya rasa sebab saya dah lari “terlebih” maka inilah padanhnya.

Saya tanya Pak Wan, bahaya atau tidak? Pak Wan suruh rehat 2 – 3 hari. Lepas tu boleh sambung balik. Saya lega.
Saya rehat 2 hari dan pada hari ketiga (sunday) saya keluar berenang. Esoknya saya rehat lagi 2 hari dan mula lari semula pada hari Rabu. Saya cuba lari 5K dan ternyata masih lagi sakit tetapi alhamdulliah, kurang sikit berbanding sebelum ini.

Makanya pada hari khamis cuti Thaipusam itu, saya pergi jumpa Pak Wan semula untuk urut kali kedua. Esoknya saya rest sehari dan semalam, hari sabtu, saya mula lari balik 5K dan alhamdulillah, kaki dah tak sakit lagi. Namun begitu, saya ingat untuk sedapkan hati, saya akan pergi jumpa Pak Wan untuk urut kali ke 3 sebelum ke Tokyo kelak.

h

Anyway, saya ingat nak ubah training plan saya sikit sebab cuma tinggal 15 hari lagi ke Race. Saya risau kalau-kalau kecederaan ini berulang kembali. So next adalah untuk ubah suai Training Plan.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *