Race : Tokyo Marathon 2017 Pt 17 – Strava Race Event

Satu hal yang saya dah lama nak tulis tapi tak tulis-tulis adalah tentang Strava Race Event. Kebetulan masa persiapan ke race jepun ini saya ada banyak luangkan masa main Strava. Satu benda yang saya notice adalah ada satu part dalam Strava di mana listing race seluruh dunia.

Screen Shot 2017-03-20 at 2.53.35 AM

Listing ini bukanlah mengandungi semua race dalam dunia tapi kebanyakkan race besar dalam dunia. Tokyo Marathon adalah salah satu daripadanya.

1. Kat mana listing ini?

Strava > Menu > Explore > Running Races

Screen Shot 2017-03-20 at 2.30.33 AM

2. Apa yang boleh didapati bila join salah satu race dalam listing ini?

Pertama, bila dah join tu, kita boleh tengok kengkawan kita yang join race yang sama. Selain daripada kengkawan kita, ada juga runner yang boleh dibuat kawan. Dalam kes saya, saya tengok runners Malaysia yang lain yang bakal turut serta. So bila dia join race dalam listing ni, saya add dia sebagai Strava friends.

Kedua, kita boleh letak target catatan masa kita berapa. Melalui catatan masa tu, dia akan keluar berapa Pace yang kita kena lari. Benda ni standard tak yah join sini pun boleh tahu sebab boleh check pakai pace calculator.

Screen Shot 2017-03-20 at 2.38.56 AM
Next, berapa ramai runner yang target sama dengan kita? So kalau kita dah ada contact depa, boleh follow dan tanya la apa yang patut misalnya ko lari nanti nak makan energy gel apa atau sebagainya (since target timing sama, so maybe preparation pun sama?). Basically sebenarnya soalan yang betul adalah ko subscribe training plan mana?

Screen Shot 2017-03-20 at 2.40.43 AM

Seterusnya kita boleh tengok overall summary target runner lain dalam race ni. Misalnya berapa ramai target Sub3, Sub4 dan sebagainya. Ni mungkin sebagai reference atau sekadar general knowledge. Tapi amaran jangan rasa rendah diri bila tengok target orang lain power2. Lilek la blader.

Screen Shot 2017-03-20 at 2.43.15 AM

Kalau kita lari dan tanda larian kita sebagai Long Runs, larian kita akan muncul dalam jurnal larian weekly. Apa kesan dia? Saya ingat selain daripada display larian kita secara global, saya mula menerima Like dari runner yang tak dikenali entah dari mana.

Screen Shot 2017-03-20 at 2.44.15 AM

Ada juga message board atau tempat runner nak talk-talk. Perbincangan biasanya menjurus kepada event larian ataupun hello saya dari Malaysia, sapa sini dari Malaysia angkat kaki? Bagus juga ada tempat nak discuss ni so kalau nak tanya benda-benda boleh shout out.

Screen Shot 2017-03-20 at 2.46.14 AM

3. Apa pula info tentang race?

So untuk race dia ada display route dan elevation chart, selain daripada info basic seperti distance, lowest & highest elevation dan total elevation gain.

Screen Shot 2017-03-20 at 2.47.35 AM

4. Ada result tak?

Of course, last sekali, dia akan display result semua runner strava yang join listing race ini (bukan semua runner yang join race Tokyo Marathon). So boleh tingok la anda no berapa.

Screen Shot 2017-03-20 at 2.50.46 AM

5. Race Malaysia ada tak?

Setakat yang saya tengok, haram…………..

6. Kalau race kita masuk takda dalam ni canne?

Anda boleh submit race anda ke Strava tapi possibility untuk dia display tu tak pastilah. Macam En. Remin lari di Kyoto tapi race Kyoto tak dilisted. En. Remin ada try hantar tapi saya rasa macam tak ada listing pun. Maybe kena hantar lagi awal ke wallahualam.

Untuk tengok listing Tokyo Marathon di Strava, klik sini.

Kongsi di :

Comment 1

  1. remin March 20, 2017

    Aku memang ada pasang niat nak submit ke Strava, tp requirements dia nak kena plot route map. Sengal.

    Aku buat sehari ja plotting ikut dari route yang official organizer bagi.Haramm.. sebab mmg payah plotting route tu pakai Strava…Last² jadi projek gajah putih…
    Weak betui lah…

Leave a Reply to remin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *