Race : Tokyo Marathon 2017 Pt 19 – Persalinan Larian, Final

IIOK8709Ok. Rentetan dari posting ini, ini adalah update untuk baju larian ke Tokyo.

Kali ni rasanya persediaan agak beria sikit berbanding race lain sebelum ini. Tak pernah umur nak design baju sendiri dan ini first time.

Baju ini saya sendiri design, manakala tukang finalize dan materialize artwork kepada ai. untuk printing, adalah Alya, designer saya.  Berikut adalah elemen yang ada pada baju tersebut.

IMG_4176

IMG_4180

Baju Untuk Race
1. Depan
Ada logo LSK, dan bendera Malaysia. Mulanya nak letak bendera Malaysia yang beli dari kedai tu tapi bila fikir balik ada baiknya print terus atas bahu. Kenapa letak kat atas bahu tu sebab konon poyo ni tanggungjawab untuk negara.

Masalah dengan letak bendera atas bahu ni pertama nak letak dia tepat-tepat ikut lengkuk collar dan juga mati hujung dia atas lengan. Yang ni memang kena bagitau awal dan terpaksa bergantung pada skill tukang cop baju tu agar ngam-ngam.

Instead of guna warna bendera Malaysia, saya decide untuk sekadar guna warna grey yang sama dengan logo Nike. Selain daripada jimat kos sebab banyak warna banyak la harganya, bila buat semua satu warna ni nampak design dia seamless. Lagi pun tanakla obvious sangat bendera Malaysia sebab kita ni bukan atlit negara pun. Orang kata jangan tak kenang negara sendiri sudah. Semangat patriotik mesti mau ada, hasrat hati untuk tewaskan negara penjajah perang dunia kedua mesti mau kuat. :D. Tapi sebab kena bayar GST so color kenala kurang.

2. Belakang
Belakang tu saya memula nak letak cam kata-kata la tapi pikir punya pikir apa kata-kata nak diletak tu? Ilham tak mai. Last sekali decide letak “lariansebuahkitab”. Guna google translate untuk tukar kepada jepun, dia jadilah perkataan jepun tu. Harap tak salah maksud.
Screen Shot 2017-03-21 at 3.20.32 PM

3. Tepi
Tepi kat bahu tu saya bubuh bendera jepun. Yela dah lari kat Jepun kena la letak bendera jepun, takkan nak letak bendera Bangladesh pulak.

IMG_4400

4. Baju
Baju yang saya pilih adalah baju NIKE Zonal Cooling Relay. Hat ni saya beli kat NIKE Pavi. Harga dia lupa berapa ntah. Tapi masa saya beli tu yang ni paling baru. Dia punya tekstur kain lembut cam sedap. Baju ni ada dua zon. Satu zon atas satu zon bawah. Zon atas tu agaknya serap peluh lebih, entah. Boleh cekidaud baju tu kat sini. Kalau tak jumpa tukar web tu ke UK version.

Screen Shot 2017-03-21 at 3.23.47 PM

5. Kos
So kos baju lain, tapi kos printing dalam berapa ringgit je below RM50. Kalau uolls nak design baju later boleh contact allyia@secretlab.media, kos design jangan lupa bayar kat dia kowtime terus.

Baju Base dalam
Selain baju luar ni saya ada beli compression untuk baju dalam (Cam awek lak sebut baju dalam). Baju ni saya beli kat Under Armour. Dah tulis pasal ni boleh rujuk kat sini.

Screen Shot 2017-02-03 at 1.13.15 AM

Saya decide untuk pakai baju belah dalam ni sebab kat Jepun nanti sejuk. Takut buah dada cramp pulak. Eh, dada. So at least ada base layer tak lah menggigil sangat.

Baju Sejuk
Saya ada bawa spare baju sejuk nipis saya (baju sejuk lari) tapi tak sure nak pakai ke tidak. Saya juga ada aim satu baju sejuk panas. Melalui bacaan saya, biasanya kat Tokyo Marathon ni sebelum nak race tu lama. So depa advice untuk pakai baju sejuk lama atau jeket2 bundle. Baju sejuk ni nanti akan dibuang waktu lepas dari garis mula.

Oleh kerana baju sejuk saya semuanya saya sayang nak buang dan semuanya elok belaka, so saya ada tengok satu baju sejuk kat uniqlo ni. Harga bawah RM50. Baju ni kira cam heat layer dia tinggi, tebal dan memang selesa.

Screen Shot 2017-03-21 at 5.04.48 PM

Screen Shot 2017-03-21 at 5.17.18 PM

Saya beli baju ni kat Uniqlo Jepun. Harga dia 990 yen. Kalau convert jadi dalam RM40 lebih kurang. Memang tak sejuk langsung, ringan dan rasa warm sebelum start race tu. Tapi sayangnya bila race mula baju ni melayang ke tepi kena buang. Sedih oiii. RM40 melayang macam tu je tapi apa nak buat. FYI, masa start race tu baju melayang kat udara ni memang pemandangan biasa.

Kalau tak pakai baju sejuk sebelum start race nanti dikhuatiri cramp. Mengigil boh. Kita ni kulit nipis. Toreh sikit dah luka.

Seluar Race
Untuk seluar, saya ada beli seluar pendek tapi rasanya tak pakai kut sebab sejuk gila nanti. So saya ada beli seluar track dari uniqlo. Seluar ni lembut. Besa saya baca kalau nak FM jangan pakai seluar panjang tapi bila saya pakai seluar ni OK je. Rasa selesa dan tak ada masalah masa lari. Bagus seluar ni dia cam longar-longar gitu dan poket dia ada zip.

black-modern1

Satu lagi saya ingat nak pakai seluar ni nanti nak sen-seng kat lutut. So nak capture feel cam ninja sikit. Ninjakan kalau lari cam laju. Konon la. Boleh checkidaud kat sini untuk seluar track ni.

Screen Shot 2017-03-21 at 4.24.58 PM

Belah dalam pulak saya akan pakai seluar burung saya yang lama tu. Lately jarang pakai seluar burung ni masa race sebab biasa pakai seluar pendek ngan spenda kuat. Tapi untuk Tokyo Marathon ni tak pakai spenda kuat la sebab dah pakai seluar burung. Gila apa nak pakai berlapis-lapis lemas burung.

Kajian : Seluar Burung Pt 2 – 2XU Compression Tight
Spenda Kuat

Serkup Kepala
Untuk buff kepala, saya decide nak pakai buff yang warna merah. Saya lupa beli kat mana rasanya cam beli kat Mall tempat collect racekit 2XU dulu. Buff ni (bukan brand buff pun) warna merah plain. Warna tu yang penting nak melambangkan warna merah jepun. Harga dia murah waktu tu saya ingat RM18.

And then since lari tempat sejuk, saya akan pakai double buff satu lagi warna hitam yang lebih tebal. Alah, kain cam stokin tu cam perompak tu. Yang ni recycle serkup kepala yang saya beli kat Australia dulu. Billabong.

Glove
Lari tempat sejuk mesti mau pakai glove. Malangnya cari glove kat KL ni tak jumpa. So bajet nak beli glove kat Jepun nanti. Tapi kalau tak jumpa, saya bawak je glove lama saya. Masalah glove lama saya ni dia half, tak penuh jari. Dan glove lama ni untuk fitness training bukan glove lari pun. Tapi dari takde, tibai ajelah.

Unknown

Strap Lutut
Oleh kerana saya ni bekas pesakit lutut, so strap lutut jangan dilupakan. Masa isteri saya dok sibuk-sibuk ngan EL saya ada sempat curik2 strap lutut baru. Yang saya tibai ni tak ada lining grey kat tepi, all black.

nike-patella-2
Kasut
Haaaaaa….. bab ni penting jugak nih. Actually plan asal saya ingat nak beli kasut baru. Saya siap ada customkan kasut ni kat Nike ID. Saya custom kasut ni warna merah semua dan ada tulisan Tokyo Marathon belah kanan dan belah kiri 2017 buat kenang-kenangan. Tapak dan tali warna putih melambangkan Jepun.

Screen Shot 2017-01-20 at 2.02.46 AMScreen Shot 2017-01-20 at 2.02.41 AM

Screen Shot 2017-01-20 at 2.02.53 AM

Kasut ni Pegasus 33. Bila dah habis custom tu saya suh isteri saya call Nike Pavi (sebab kat sana ada Custom ID ni). Tanya dia sempat siap tak. Depa kata siap dalam masa 4 – 5minggu. Masa tanya tu rasa macam sempat siap tapi dah sudden death jugak sebab ngam-ngam minggu nak fly nak kena amik.

Tapi bila saya buat semula dan tengok final price, kepala hotak dia kasut jadi RM600 lebih dekat nak RM700. Hilang akal apa. Kalau saya tak pernah pakai Pegasus 33 takpe jugak sebab saya dah ada Pegasus 33 ni warna hitam sebijik.

Fikir punya fikir kira bajet bagai, saya ingat saya bawak je kasut Pegasus 33 saya yang hitam tu dan kalau sempat, saya beli kasut lain kat Tokyo. Sebab saya ada jumpa gambar kasut lari Nike yang ada stripe kat belakang bucu kaki tu tulis Tokyo Racing. Kalau dapat jumpa yang ni agak jackpot dan nostalgia juga. Lumba kat Jepun, kasut kena Jepun jugaklah dia punya poyo.

Stokin
Juga kerana faktor sejuk, saya beli stokin baru yang tebal sikit. Lagipun stokin lama saya yang nipis tu dah koyak.

Baju After Race
Yang ni seperti biasalah, mesti mau pakai baju team. Harimau ni memang kacak. Tak pernah jumpa harimau lain yang sekacak harimau bawah ni. Tanda pangkah kat dahi tu teringat masa zaman sekolah kecik-kecik dulu. Kalau lukis katun, kita kena pangkah kat leher atau kepala dia. Takut nanti kat akhirat esok katun yang kita lukis tu datang kat kita mintak nyawa. Apa kau ingat aku tuhan nak bagi nyawa?

BTW terima kasih kepada Kapten Kelab Mr Udey untuk baju after race nih.

IMG_4421

***

Persiapan nak pergi race kali ni agak melampau. Diri saya sendiri pun macam marah dengan diri saya sendiri sebab belanja agak lebih. Siap isteri saya tanya ni nak pergi lari ke nak pergi fashion show. Tapi mengenangkan yang nak masuk Tokyo Marathon ni bukan senang, saya kata kat isteri saya kalau dulu kita pegi mekah siap beli baju bagai, apa salahnya pergi Tokyo kita berbelanja sikit. Tokyo Marathon ni kira cam pergi Mekah jugaklah cuma dia jatuh kategori larian.

Atas alasan kegembiraan wajar diagihkan bersama keluarga, saya ada belikan jugak jaket untuk isteri saya sebab nanti masa lari tu kang mesti dia nak datang sokong jugak (#pujukbininampak). Dia dengan EL untungla. Lain orang yang lari, lain orang yang dapat jeket baru. Anak sorang boleh la. Esok kut EL ada adik, adik dia pakai baju abang dia aku tak kira.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *