Race : Tokyo Marathon 2017 Pt 2 – Your Name

Saya terfikir, untuk bib Tokyo Marathon yang akan datang, bagaimana agaknya rupa dia. Adakah nama runner akan ditulis dalam bahasa jepun? Dan kalau nama saya dalam jepun, bagaimana tulisannya? Bagaimana pula bunyinya?

88325808676b48888686cfbb6e5ca0bbccdefd5f_hq

Melalui carian google, saya menemui gambar ini untuk bib Tokyo Marathon. Nampaknya memang jelas tulisan dia bukan dalam rumi.

tokyomarathonreview

Anyway, satu gambar lagi saya jumpa di google adalah gambar deo ( source dari blog deorunner.com). Deo masuk Tokyo Marathon 2015. Tapi menurut isteri saya, macam tak ada print nama pun pada bib jepun ni. Mungkin print nama di bib optional agaknya.

20150222-105934_24264405-1-1_31-5691016_alldatax1-1

Untung saya ada isteri yang boleh bercakap jepun. Dulu dia masa di sekolah dia (Jenan-Ho) ambil bahasa jepun sebagai elektif. Sensei dia memang diimport dari Jepun dan kerana itu, dia sangat beruntung kerana belajar terus dari lidah native. Berbanding saya yang hanya tahu perkataan “itai”, pasti kelak saya sangat bergantung harap kepada dia kalau kami ada rezeki ke sana tahun depan.

Lalu, melalui isteri saya, rupanya nama saya di dalam bahasa jepun berbunyi begini:

Ka hi ru Han sa mu

eh silap

Ka hi ru A zi zi

Bahasa jepun tidak ada huruf L rupanya dan tidak ada perkataan Khai sebab semuanya suku kata. Ini pula nama saya dalam bahasa jepun yang ditulis oleh isteri saya.

unnamed-1

Untuk nama EL LUKH anak saya, bunyinya pula begini :

E ru  atau? E ru ku

Actually isteri saya pun tengah nak cari lagi betul ke tidak bunyi nama EL macam gitu kalau anda lagi expert, bolehla tolong suggestkan.

Basically, bahasa jepun ada 3 kategori. Pertama, Hiragana (abjad jepun), Katakana (abjad jepun untuk bahasa asing) dan Kanji (tulisan yang satu bentuk tu membawa maksud satu perkataan). Apabila mendengar ceramah perkataan Hiragana Katakanlah isteri saya ini, saya terbayang di dalam kepala saya seorang samurai jepun sedang merodok diri dengan pedang samurai – Harakiri.

***

Semalam kawan saya datang lepak rumah sampai hari ini. Masa minum lepak kedai mamak, banyak kisah keluar dari cerita Elon Musk sampai ke kisah bagaimana visi dan misi itu penting bagi sesebuah company agar surviving rate lebih lama dan kisah bahawa misi hidup mesti kena besar baru ada sebab kenapa nak teruskan hidup.

kiminonawa01

Ada juga selitan tentang planning dan preparation saya ke tokyo. Dan bila dah terbuka cerita jepun (bukan hantu jepun) kawan saya bagitau yang dia baru tengok satu anime film yang memang #deep luar kawalan minda. Tajuk dia KIMI NO NA WA atau YOUR NAME. Saya terus google dan lihat score filem itu di IMDB, dan ini yang saya jumpa.

screen-shot-2016-10-03-at-10-59-42-pm

Saya lalu tanpa membuang masa terus balik rumah dan layan anime ini sampai subuh. Filem ini membuatkan saya mahu menghidupkan balik blog review filem saya yang telah lama berkubur. Bagi saya ini bukan sekadar anime. Cerita ini ada unsur kiasnya dan kita boleh ketawa dan menangis dalam satu sessi menontonnya. Ketika saya menulis posting ini, isteri saya sedang menunggu di sebelah untuk repeat balik cerita anime ini sebab semalam saya run solo.

Untuk rekod, filem ini telah mengutip 10 billion yen (kira-kira USD$98 million) dalam masa 28 hari. Dan kalau google All time anime ranking, ini jawapan dia.

screen-shot-2016-10-03-at-11-19-19-pm

So, kalau anda nak tonton, boleh tengok terus kat sini. Jangan baca review apa sebab nanti spoiler. Semoga terhibur, mengingati semula, dan menemui sesuatu.

http://watchcartoonsonline.eu/your-name-2016-full-movie/

***

Kongsi di :

Comment 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *