Race : Tokyo Marathon 2017 Pt 20 – Asics Gel Nimbus 19

Dalam post yang lepas, saya ada tulis pasal kasut yang saya nak pakai masa lari nanti. Mungkin sebab minda saya agak selalu dok terfikir dan dok ingat kasut apa nak pakai, tetiba saya dapat email daripada seseorang.

Email ini adalah daripada sebuah syarikat PR, yang memberitahu saya bahawa depa nak bagi saya sepasang kasut untuk testing dan review. Saya macam tak percaya je tapi bila baca balik rupanya memang betul. Ini adalah satu perkara yang sangat menggembirakan saya secara mengejut, ia seperti pertukaran aerobik kepada anaerobik dalam dada!

Hampir 3 tahun menulis blog, saya kira ini adalah antara pencapaian tertinggi yang saya dapat kerana kalau nak ikut tahap kelajuan saya lari, taklah laju mana pun (@tak sayur mana juga). Saya consider saya ni average runner dan kebetulan saya mempunyai sebuah blog. Kira cam ada hasil jugak rupanya tulis blog ni bila dapat kasut free untuk review.

So dipendekkan cerita, kasut yang saya dapat ini patutnya saya amik awal sebelum raya cina lagi. Tapi sebab masa saya terhad dan ditambah pulak asalnya nak kena amik kat Sunway Velocity dan kemudian tukar ke Tropicana Mall, akhirnya saya dapat amik kasut ini beberapa hari sebelum saya fly ke Tokyo.

IMG_4337

Oleh kerana kesuntukan masa juga, tak sempat untuk saya test kasut ini properly untuk race Tokyo Marathon. Yelah. Biasa saya pakai kasut lain untuk race, kalau tetiba kita tukar kasut baru untuk race agak bahaya tu. Walaubagaimanapun, saya bawa juga kasut ini ke Tokyo untuk saya test di sana bagi menghormati dan sebagai tanda terima kasih saya diatas kasut percuma untuk review ini.

Now. Saya akan tulis detail kasut ini dalam beberapa posting. Pertama adalah tentang kasut ini secara detail. Kedua, testing kasut ini pada pertama kali beberapa hari sebelum ke Tokyo. Ketiga, saya akan tulis testing kasut ini semasa saya di Tokyo. Dan keempat (yang mungkin akan masa sikit) adalah selepas saya cecah 100 KM dengan kasut ini.

Oh ya. Lupa nak bagitau. Kasut yang saya dapat adalah Asics Gel Nimbus 19. Dan kebetulan, kasut ini juga adalah warna merah seperti yang saya angan-angan untuk bawa ke Tokyo sebelum ini. Bezanya kasut ini merah hitam, berbanding yang saya dok sketch kat Nike ID, merah putih.

Apapun terima kasih kepada Maisarah (yang contact saya untuk kasut itu) dan juga Asics kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk buat review kasut tersebut.

So mana reviewnya??? Next posting…… seram ni. First time nak tulis review kasut orang bagi.

IMG_4339

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *