Race : Tokyo Marathon 2017 Pt 3 – Family House

Beberapa minggu ini saya ada buat bacaan tentang apa itu “Family House” yang dimaksudkan. So, dari pemahaman saya adalah :

“Family House adalah homestay untuk para pesakit yang datang dari jauh (luar Tokyo) dan tidak mempunyai tempat tinggal sementara menunggu anak mereka menerima rawatan di hospital.”

screen-shot-2016-10-25-at-1-06-07-am

Basically kira cam ginilah. Kita ada hospital HUKM, tapi kita ada terima ujian anak kita sakit critical, kita pulak datang jauh dari Perlis dan tak da tempat nak stay sementara tunggu rawatan di HUKM. So ada rumah berhampiran hospital, dan kita boleh pilih untuk duduk disitu sampai rawatan  untuk anak kita settle.

1. Adakah duduk di Family House percuma?
Pada awal penubuhan dia kena bayar sikit tapi bila ramai orang menderma, kemudian ia jadi percuma. Tapi sekarang kena bayar balik sekitar 1000 yen sehari untuk satu family (RM40 sehari).

2. Kenapa kena duduk di Family House semasa anak menerima rawatan? Tak boleh ke duduk di Hotel?
Tidak semua keluarga bernasib baik dan mampu untuk duduk di hotel dan biasanya hotel di Tokyo memang mahal. Lebih-lebih lagi jika keluarga itu turut mempunyai ujian kewangan. Dan sesuatu rawatan untuk anak mereka biasanya lama kerana rawatan critical illness bukan sekejap.

3. Sejak bila Family House ditubuhkan?
Sejak tahun 1991.

4. Siapakah yang layak untuk duduk di Family House?
Keluarga yang mempunyai anak sakit critical dan kena dirawat di hospital untuk tempoh yang panjang. Maksudnya anak warded.

5. Ada berapa jumlah Family House kesemuanya?
Ada 7. Dan kesemua 7 rumah ini ada 53 bilik.

6. Apakah facility yang ada di Family House?
Bilik ada katil tempat tidur. Ada peralatan elektrik, ada mesin basuh dan ada yang ada mesin pengering baju. Ada tempat memasak. Boleh tengok gambar bilik disini atau lihat salah satu gambar rumah melalui screenshot dibawah.

screen-shot-2016-10-25-at-1-35-42-am

7. Apa yang keluarga perlu bawa untuk stay di Family House?
Baju sendiri. Toiletries sendiri. Dan lain-lain yang difikirkan perlu.

8. Apakah hospital yang berhampiran dengan Family-Family House ini?
National Center for Child Health and Development. Klik sini untuk web tersebut atau sini untuk google map.
screen-shot-2016-10-25-at-1-31-16-am

9. Bagaimana saya boleh membantu Family House?
Ada 2 + 1 cara. Pertama jadi supporting group member dengan yuran keahlian 2000 Yen setahun (RM80) atau lebih. Supporting group member akan bertugas sebagai volunteer untuk assist dalam perjalanan / pengurusan Family House.

10. Bolehkah saya lihat wajah salah seorang volunteer Family House?
Boleh. Lihat screenshot bawah ini atau pergi sini untuk lihat lebih ramai lagi.

screen-shot-2016-10-25-at-1-25-43-am

11. Saya duduk di Malaysia dan agak mustahil untuk jadi volunter melainkan makcik saya Oshin atau datuk saya Mr.Miyagi. Ada cara lain tak?
Cara kedua adalah melalui derma. Berikut adalah nombor account yang discreenshot dari web Family House.

screen-shot-2016-10-25-at-1-22-53-am
12. Ada cara lagi senang tak sebab nak keluar pergi bank buat TT malas. Lagipun tadi kata 2 + 1. Apa lagi satu tu?
Satu lagi itu adalah derma melalui saya sebagai wakil pelari charity. So anda tak payah susah nak pergi Western Union buat TT bagai atau bank sebab saya dah rasmi dah jadi charity runner untuk Family House Japan. Baca sini untuk cara derma.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *