Race : Tokyo Marathon 2017 Pt 8 – Persalinan Larian

Screen Shot 2017-01-20 at 2.19.22 AMZaman dulu masa kesultanan melayu melaka, kalau sultan panggil laksamana datang mengadap, maka laksamana mesti mau jumpa tailor dan tempah baju sepersalinan khas untuk majlis mengadap sultan, lebih-lebih lagi kalau majlis mengadap itu adalah majlis perlantikan laksamana naik ranking lagi tinggi.

Adat sebegini tak berubah hingga ke hari ini. Misal kata, seseorang kalau nak bertukar status dari bujang kepada berkahwin, mesti mau cari baju pengantin esp. untuk baju akad nikah. Jarang kalau baju masa akad nikah ni pinjam atau sewa, sebab baju ini biasanya tempah dan akan menjadi sebahagian daripada sejarah hidup peralihan zaman bujang kepada zaman berkahwin.

Saya juga melihat adat begini sangat perlu dan sangat penting dalam hidup saya. Misalnya dulu, sebelum berkahwin, semasa majlis konvo di MMU, saya beli baju kemeja baru semata-mata untuk majlis tersebut. 4 tahun belajar macam orang gila, apalah salahnya pada hari penamatan belajar macam orang gila, kita pakai baju baru?

Dan masa baru kahwin pula, selain dari baju akad nikah yang ditempah baru, saya juga ada masukkan bajet untuk beli sehelai tshirt dan seluar jeans baru, begitu juga dengan isteri saya sebagai tanda permulaan hidup baru.

14145561_1221959314526298_1776459389_n

Rupanya sedar tidak sedar, saya terpraktikkan juga dalam larian. Semasa virgin FM saya di Bali dahulu, saya beli sehelai t-shirt nike putih dan sehelai seluar pendek hitam baru semata-mata untuk meraikan pencapaian peribadi saya melangkah masuk alam marathoner. Kenapa putih? Aish… namapun virgin FM. Dan malah, serkup kepala yang saya beli itu specific coraknya ala- Bali walaupun serkup kepala itu Mat Salleh yang buat.

SO, untuk ke Tokyo Marathon, saya sedang survey baju apa yang saya nak pakai lalu kelmarin saya ke NIKE Sunway Pyramid untuk membuat kajian. Tidak saya sedari, pemergian saya ke NIKE Sunway itu telah memberi satu kesedaran baru untuk saya dan juga mungkin tips baru untuk anda jika mahu membeli barangan NIKE.

So saya ada tengok singlet running ini. Design baru, warna hitam. Dia punya klim tebal sikit grey color. Then dia punya depan tu ada dual tone bahagi 2. Saya cuba cari gambar tapi tak jumpa. But anyway, apa yang saya nak kongsikan adalah, harga running singlet ni kat NIKE Sunway adalah RM180.

Kebetulan dalam masa yang sama, saya nak cari baju sejuk gemuk untuk EL, so tak jumpa. Oleh kerana itu, kami kemudian ke OU untuk misi yang sama.

Bila saya singgah NIKE Store OU, running singlet yang sama harga dia RM159. Saya tanya awek NIKE tu apsal baju yang sama harga dia lain dari NIKE Sunway. Sekali dia kata sana management lain, sini management lain. That’s why ada perbezaan harga.

So sekarang baru saya perasan yang tak semua NIKE Store, harga dia sama.

***

Saya tengah fikir lagi baju apa nak pakai untuk Tokyo Marathon. Kalau pakai singlet mau sejuk gila tapi saya pun sebenarnya tak pernah lagi lari pakai singlet. Biasanya saya pakai baju yang ada lengan pendek.

Saya juga tengah fikir serkup kepala apa nak pakai. Tak ada idea langsung nak cari macam mana atau apa corak nak bubuh. Rasa macam nak letak muka Gaban je.

Apapun idea belum mari tapi masa kat kedai NIKE tu saya terbeli singlet, seluar pendek dan stokin. DEM!

P/S Teringat pada kata-kata spiritual tak tau mana. Tuhan tidak melihat pakaian kita tapi tuhan melihat hati. Betul sangat tu. Tapi kita kena ingat satu hal. Kita bukan tuhan dan kita hanyalah manusia. Kalau pergi interview kita pakai lebih kurang comot bagai, agak bakal majikan tu ada selera tak nak amik kita? Kalau kita nak mengorat anak dara orang, kita pakai pun lebih kurang then kita jumpa dengan mak bapak dia, kalau mak bapak dia jenis particular, tengok kita dress up untuk diri sendiri pun lebih kurang, so apa lagi nak jaga anak dia nanti. Mesti 2×5 lebih kurang.

So saya melihat larian adalah satu majlis improve diri. Bila tuhan beri peluang untuk capai certain level, saya takkan ambil dengan lekeh dan cincai boncai. Dan Tokyo Marathon adalah salah satu Big 6 marathon dunia. Ia bagaikan ke Mekah bagi kategori Marathon, setelah puas buat Umrah di race-race lain sebelum ini.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *