Race : World Kidney Day 2013 Fun Run

*Tulisan dipetik dari blog lama dan dipindahkan kesini. Tulisan ditulis pada 29.04.2013

Kali terakhir saya lari dengan serius adalah di zaman sekolah dulu. Waktu itu ada 3 fasa larian. Pertama larian sukantara dimana semua pelajar dipaksa lari untuk mendapatkan mata untuk rumah sukan. Kategori larian adalah 100 meter dan 800 meter. Fasa kedua adalah larian merentas desa. Ini juga wajib untuk semua pelajar cuma bezanya instead of berlari dalam trek sekolah, pelajar kena lari trek luar sekolah iaitu sekitar kampung-kampung di Pekan Pahang. Jarak larian berkilometer rasanya.

Fasa terakhir pula adalah road riley. Fasa ini adalah dimana setiap rumah sukan menghantar 2 team ( 4 orang setiap team ). Peserta harus lari keliling sekolah dan untuk pengetahuan anda, sekolah saya agak besar saiznya dan untuk mengelilingi sekolah setiap petang masa latihan sangat menguji kesabaran dan kekuatan mental. Tambahan lagi waktu itu dunia kita masih kecil. Maka disebabkan perspektif jumud ini, ruang yang kecil dirasakan sangat besar.

Saya terlibat dengan semua fasa ini dan akhirnya saya ketahui yang saya bukan pelari jarak dekat, tetapi lebih kepada jarak jauh. Boleh jadi kaki saya pendek dan kurang pantas maka untuk beradu kepantasan bukan kelebihan saya.

Tadi, selesai sudah larian Kidney 2013 di Putrajaya. Saya, isteri dan beberapa ahli keluarga secretgroup dan ahli keluarga extension menyertai larian ini. Kebanyakkan kami menyertai larian 5KM (fun run) dan tiga orang sahaja dari kami yang masuk kategori 12 KM (not so fun run). Ini merupakan kali pertama saya menyertai larian awam selepas beberapa tahun meninggalkan arena perlarian. Secara pribadi, saya menyertai larian ini sebagai tanda sokongan kepada semua pesakit kidney di dunia. Ini termasuk isteri saya yang mempunyai masalah kidney peringkat awalan. Moga dengan usaha kita yang sedikit tuhan beri kesembuhan dan kesihatan kepada kita semua, terutamanya pesakit kidney. Positive thinking secara berjemaah adalah doa juga walaupun diterjemah dalam bentuk larian. Terima kasih juga kepada azreenchan, pencetus fenomena larian di secretgroup.

Dibawah adalah gegambar dari instagram tentang larian siang tadi.

e7ba27b4af9d11e29edf22000a1e9a73_7

Larian bermula di Istana Kehakiman Putrajaya, Parcel 3.

7147de54af9e11e2ac7c22000a1f96a8_7

Banyak muka champion.

d57650d6af9e11e2972d22000aa82023_7

Peserta pakai pampers pun ada. Ini yang buat saya rasa boleh menang dengan bergaya!

1b5ffc1eaf9f11e2b53822000a1f96e6_7

Suasana larian di pagi hari.

7492d6c6af9f11e2995322000ae9029f_7

Salah seorang pesakit kidney dan penderma organ. Saat ini sedikit sentimental bagi saya, tidak tahu kenapa.

6c4a90daafb811e28a8922000a1faffc_7

Map larian saya pinjam dari pelari tegar Azmi, adik Azreenchan.

1be131a2afa011e28f8522000a1fb838_7

Wajah kegembiraan isteri saya setelah berjaya menamatkan larian. Kita semua adalah pemenang!

Screen Shot 2013-04-29 at 12.28.45 AM

Ahli keluarga Secretgroup yang sempat bergambar selepas larian. (gambar dari Azreenchan)

Screen Shot 2013-04-29 at 12.28.27 AM

Berlari, di fasa lepas sekolah mengajar saya beberapa perkara. Pertama kita lari bukan untuk mendapatkan mata dan bukan kerana terpaksa. Kita lari, atas agenda personal masing-masing. Ada yang lari untuk mengisi masa lapang. Ada yang lari untuk membuang tenaga berlebihan dalam diri. Ada yang lari untuk kurus. Ada yang lari untuk kesihatan. Ada yang lari sebab dah terdownload apps runkeeper dan nak baiki rekod leaderboard. Ada yang lari kerana kasih dan sayang. Apa jua agenda, kita berlari bersama. Matlamat dalaman cuma asas kepada matlamat luaran. Sampai ke penghujung garisan. Namun, tanpa matlamat dalaman, kita takkan dapat berlari bersama. Hakikatnya, semua bermula dari dalam diri. Dari dalam hati. Apa jua yang kita hendak lakukan, tidak akan berlaku jika kita tidak ada titik mula dalam diri.

Kedua, larian, tidak kira sejauh mana sama ada 5km, 7km atau 12km, yang penting adalah fokus dan konsisten dalam larian. Kita jangan fokus kepada jarak yang jauh tapi fokus pada apa yang ada didepan mata. Saya suka melihat jalan depan mata daripada melihat pemandangan yang jauh. Ia membuatkan saya rasa kurang letih kerana sentiasa ada perasaan “dekat”. Dan perasaan “dekat” ini membawa saya lebih “jauh”. Ia mengajar agar dalam hidup ini kita jangan fokus sangat kepada long term atau masa depan yang tidak ketentuan tetapi lebih kepada enjoy apa yang ada sekarang. Dalam erti kata lain, “the now moment”.

photo

Akhir sekali, yang paling penting, larian kali ini mengajar saya erti pengorbanan. Ia bukan perlumbaan antara kita dengan orang lain, tetapi perlumbaan dalam diri kita menewaskan keegoan diri. Saya menghabiskan masa 46 minit untuk lari dengan isteri saya sejauh 5km walaupun saya tahu saya boleh lari lebih pantas dari itu sekurang-kurangnya 45 minit :P. Boleh jadi, kadang kala dalam hidup ini, instead memilih untuk berada di tingkat lain, kita pilih untuk berada di tingkat bawah sedikit asalkan kita gembira dan bahagia, bersama orang tersayang. Inilah mata yang paling berharga saya perolehi sepanjang hayat saya. Inilah mata yang melebihi segalanya dan melebihi setiap fasa larian yang ada.

Saya akan menyambung kerjaya larian saya selepas ini, dan kepada pelari-pelari tegar secretgroup… jangan selesa sangat dengan rekod yang ada. Kita kasi “can” dulu sebelum bikin havoc. Kah Kah Kah….

Bacaan Lanjut
http://www.myraceonline.com

Kongsi di :