Rak Larian : Bagaimana nak susun barang-barang larian

Sejak 3 tahun mula lari ni tidak dapat dinafikan yang barang-barang larian saya semakin banyak. Kalau ikut list, yang paling banyak adalah t-shirt larian. Kedua seluar pendek. Ketiga kasut. Keempat stokin, kelima bib dan medal. Yang lain-lain tu keenam.

Makanya barang larian saya bersepah-sepah dalam rumah ni. Kejap kat bawah. Kejap kat bilik belakang. Kejap kat tingkat dua. Paling lemau kalau nak kena naik tingkat tiga lagilah sakit jiwa.

Tapi kebanyakkan barang larian saya seperti jam dan HR serta barang lain yang kategori keenam tu seperti googles dan spek memang ada atas almari sebelah pintu rumah. Ada juga beg larian saya letak di situ. Lama kelamaan kawasan tu bersepah dan kepala saya pening tengok kawasan tu.

SO, saya ingat saya kena kemas sikit apa yang patut, so ini kisahnya.

1. Catalyst
Punca kepada hal ini adalah bila saya terperasan masa saya ke Great Ocean hari tu saya baru teringat yang saya ada beli bib button. Tapi malangnya saya terlupa saya simpan kat mana lalu saya lupa nak bawa. Maka saya terpaksa guna pin untuk lekatkan bib pada baju yang saya beli khas untuk race tu. Memang tak rasa apa sangat tapi bila cucuk pin tu ke baju yang kita baru beli rupanya ada juga rasa tajam kena kat hati. So saya berazam bila balik Malaysia nanti saya nak buat satu sudut larian dalam rumah saya agar semua barang setempat dan senang untuk prep saya lari lain kali.

2. Pusat pengumpulan sementara
First, saya kena kumpulkan dulu semua barang saya setempat. Ini termasuk tempat letak iPhone, hydration beg, tali skipping, kotak-kotak kasut, bib-bib lama yang tak lekat kat dinding, gel amani, plaster, iPod, jam, cable jam, googles, bib button, ubat-ubatan dan lain-lain lagi kecuali pakaian larian dan kasut lari. Sebab dua ni memang dah duduk kat almari baju dan almari kasut. So tak payah la nak kumpul sekali.

3. Menentukan sudut
Seterusnya saya nak cari dalam rumah ni kat mana yang saya nak letak rak larian saya ni nanti. Kalau saya letak kat tingkat 3, saya takut lama kelamaan saya berhenti lari sebab saya jarang naik tingkat tiga. Kalau letak kat tingkat bawah sekali nanti serabut pulak bila tetamu datang kang banyak pulak ceritanya kita ni bukan atlit.

So saya decide untuk letak kat tangga kat otw naik tingkat 3. Kat sini kalau tetamu ada kat rumah depa tak perasan sangat dan untuk saya akses ke sini senang je sebab sebelah bilik tidur saya.

4.  Rak Larian
Memula tu saya agak cheapskate nak recycle je balik apa yang tak guna dalam rumah ni untuk dijadikan rak larian. Tapi bila saya guna tempat letak CD batu kapur paleolitik ni saya rasa cam sakit mata pulak tengok. So semalam saya pergi IKEA dan beli rak yang sepatutnya.

IMG_0172

Ini rak larian yang saya beli. Nama dia ALBERT. Harga RM59. Kira oklah tu.

Screen Shot 2016-06-24 at 5.42.39 PM

5. Proses pemasangan rak
Disebabkan kena pasang sendiri, so kerja-kerja pemasangan rak Albert masa puasa ni makan tempoh 2 hari. Memula saya pasang suku je lepas tu hari ni saya sambung sampai habis. Nak pasang dia tak susah pun cuma kena pulas skru dalam 56 kali.

IMG_0173

EL pun ada bantu saya pasang rak ni so terima kasihlah EL tolong abah. Esok abah dah tua jangan lupa tolong abah kalau abah dah sakit lutut tak boleh berjalan.

IMG_0183
IMG_0184
IMG_0185

6. Pemindahan barang 
Bila rak dah siap pasang, so sekarang adalah untuk pindahkan barang-barang larian ke tempat yang sepatutnya. Home sweet home for you guys. Disebabkan kotak kasut saya masih ada dan tak buang lagi, so saya amik kotak tu untuk isi barang-barang. Takdelah barang-barang tu bersepah tak tentu hala. Sebab rumah ni cepat berabuk. Simpan barang dalam kotak agak habuk-free.

BTW, ruang paling bawah saya bubuh beg jogging saya. Bila tengok pic ni rasa nak letak paling atas pulak. Hmmm…

IMG_0208

Ini pula barang yang saya letak dalam setiap kotak kasut mengikut priority. Yang paling atas yang selalu buka dan seterusnya hingga ke paling bawah, paling jarang buka.

IMG_0209 IMG_0210IMG_0211

7. Alteration.
Bila dah siap semua saya dapati yang macam tak berapa nak best pulak sudut larian tu kat tempat yang saya letak ni. So saya ubah sikit agar tersembunyi dan tidak kelihatan oleh mata yang datang.

IMG_0214

Now, lepas ni sepatutnya tak de masalah dah barang larian merata. Oh lupa. Saya ingat nak letak buku-buku pasal larian pun dekat sini. Setakat ni saya cuma ada 2. Yang Sakyong Mipam dan yang mamat gila lari 367 marathon dalam satu tahun tu.

IMG_0213

***

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *