Realiti Check

Semalam 1 May 2016. Saya kira waktu untuk berehat dan pulih rohani jasmani saya sudah tamat. Sejak #werunkl hari tu, total hari saya berehat adalah 2 minggu. Ini adalah tempoh yang paling lama saya berhenti berlari sejak tahun 2016. Kalau tahun dulu, ada lagi banyak hari. Sampai tak terkira.

Screen Shot 2016-05-02 at 4.15.56 PM

Semalam juga saya telah mula semula training. Matlamat training saya kali ini adalah untuk #scklm 2016, yang akan diadakan pada 7 Ogos 2016. Ada 96 hari lagi to go. 96 ini bersamaan lebih kurang dengan 13 minggu. 13 minggu mungkin cukup untuk training HM secara serius. Paling tidak pun, saya kena cari training plan yang tempohnya 12 minggu.

3 minggu selepas #scklm pula adalah Maybank Bali Marathon. Untuk race itu, saya telah sign up FM.

***

Sejujurnya saya bertekad dalam hati untuk buat SUB 2 dulu untuk HM, sebelum naik FM. Boleh baca sini kenapa. Walau bagaimanapun, kelayakan saya (secara preribadi) untuk naik FM pada saat ini adalah sepatutnya tidak benar dan sangat jauh sekali. Ini kerana ketiga HM yang saya telah masuk, semuanya tak mencapai pun SUB 2. Ada banyak sebabnya dan saya telah tulis sebelum ini, tapi sebab yang paling utama yang saya telah finalizekan adalah :

Badan (body) tidak dapat bertahan untuk maintain pace SUB 2 pada jarak yang semakin bertambah.

Saya akan mencari jalan dan cara bagaimana agar #scklm 2016 ini saya SUB 2. Jika saya berjaya, saya akan masuk FM di Bali dengan senyuman yang menggembirakan. Jika saya gagal, saya akan lari di Bali dengan hati yang pudar atau mungkin lebih teruk, saya akan batalkan sahaja participasi saya itu nanti. Mungkin saya ke sana sebagai penyokong kawan-kawan saya sahaja atau mungkin sekadar bertindak menjadi jurugambar. Yang itu jauh lagi, lalu biar Allah yang tentukan.

***

Boleh jadi di dalam hidup ini, jika kita gagal untuk mencapai sesuatu untuk mencapai satu lagi sesuatu, kita kena ubah strategi. Instead of menunggu sambil berusaha bila untuk mencapai sesuatu itu sebelum sesuatu yang satu lagi itu, saya cuba buka pintu sesuatu yang kemudian itu agar sesuatu yang sebelum ini tercapai jua akhirnya.

Saya tidak tahu sama ada strategi ini menjadi atau tidak. Bulan Ogos ini, kita akan tahu sejauh mana realiti alam ini, boleh dilenturkan melalui asa seorang manusia, yang pasti memerlukan bantuan tuhannya.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *