Rekod : Remin dah Sub 2

En. Remin, pelari muda dari Sungai Petani nampaknya telah mengganas. Terbaru, pada larian Alor Setar hujung minggu lepas, beliau telah membuat PB Sub 2, iaitu 1:57:39. Ini sangat mengujakan lalu telah memberi semangat kepada saya untuk berlatih dengan lebih serius black lagi!

Screen Shot 2016-03-08 at 2.21.23 PM

Kami pelari bukan atlit negara dibawah kategori perlari-self-taught, mempunyai matlamat catatan masa yang mungkin mudah bagi Mo Farah tapi tak mudah mana bagi kami. Bukanlah kami nak kata yang kami ini pemalas dan tidak mahu usaha lebih, tetapi kejadian diri kami yang bukan sportman tingkat tinggi, cukup untuk mempunyai matlamat masa yang realistik dan boleh capai dengan usaha dan minat, iaitu :

Level 1 : 10 K – Sub 1 atau bawah sejam
Level 2 : 21K – Sub 2 atau bawah 2 jam
Level 3 : 42K – Sub 4 atau bawah 4 jam

So level 1  tu saya dan En.Remin memang dah dapat achieve tahun lepas. Tahun ni nak lepas Level 2 pulak dan nampaknya En.Remin telah mendahului dalam mencapai level baru ini. Baiah kami awal tahun lalu, kena dapat Sub 2 baru nak join FM dan nyata En.Remin bakal beraksi pada first FMnya di Borneo International Marathon (FM) bulan 5 ini dengan kacak dan bergaya sekali!

Saya lalu membuat panggilan telefon dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani untuk mendapatkan tips dan cara serta mengetahui apakah rahsia kejayaan beliau. Maka, boleh disimpulkan 3 hal utama yang perlu dilihat kembali dengan jelas dan tepat iaitu :

1. NAFAS
2. CADENCE
3. Jumlah KM larian mingguan

Minggu ini saya akan buat kajian lanjut tentang NAFAS dan CADENCE buat bekal Nike WerunKL yang semakin mendatang. En. Remin telah membuktikan bahawa kesungguhan dan minat mengatasi segalanya. Tahniah sekali lagi diucapkan atas kejayaan yang sangat membanggakan ini!

Screen Shot 2016-03-08 at 2.25.56 PM

Kongsi di :