Reverse Aging : Menjadi semakin muda

Satu topik yang saya tengah nak kaji dan hangat menjadi perbincangan antara saya dan partner biz saya adalah Reverse Aging. Ini semua sebab kami baru masuk melangkau umur 40 tahun. Dan pada umur 40 tahun ini biasanya kita akan mula fikir tentang kesihatan kita secara serius black. Yelah…. penat kerja cari duit untuk family last-last mati awal. Pejadah. Memang la semua orang tarikh mati dia dah tertulis, tapi kalau kita tak buat apa, sapa tahu mungkin tarikh mati ni lagi dicepatkan? Lega boh.

So, kerana itu saya akan masukkan research saya ke dalam blog ini sebagai salah satu subjek. Harap dengan perkongsian ini saya akan menemui banyak hal yang membantu kita ke arah hidup yang sihat.

Maka dia ada tiga benda disini. Pertama, ke arah kehidupan yang sihat. Which mean, based line adalah a good health dimana absence of decease atau tidak ada penyakit. Dan kedua, bila based line tu OK, next adalah ke arah fitness level yang baik, which is dah lah sihat, malah bertenaga pula. Maknanya umur 40 takde hal nak lari 10K atau umur 50 pun tade hal nak lari FM. Nak dukung anak tak sakit pinggang malah nak dukung bini pun tadehal. 😀

Tapi ada threshold yang ketiga yang saya lebih berminat dan harap dapat belajar hal ni serta dapat achieved level tu. Menjadi semakin muda.

Sihat, fitness level ngam, malah, makin tua makin muda!

Dem siapa tanak bro?

Tapi kawan saya hari tu masa kitorang berborak dia kata gini. Yang ko susah susah nak study benda itu ini nak jadi muda, senang je cara dia. Saya tanya apa dia?

Kawan ngan orang muda la…. (cari la awek muda sorang, barulah muda).

Saya tak boleh nak kata apa la tapi memang betul bab ni. Sejak kawan saya tu ehem ehem, dia punya reverse aging lain maciam. Rambut makin lebat. Muka makin senyum. Bahagiaaaaa je. Jilake untungla…..

Anyway masing2 ada cara tersendiri, so terpulanglah. As for saya, saya baru nak start research pasal ni melalui kaedah larian, makanan dan mindset. Maybe ada lain siapa tahu?

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *