Reverse Aging : Umur 100 tahun

Zaman dulu kalau baca kisah nabi manusia hidup beratus tahun. Sebagai contoh Nabi Nuh. Kalau tak silap sampai umur nak cecah 1000. But then maybe sebab saiz dunia tak berubah compare tu bilangan population manusia, so umur manusia menjadi semakin pendek. Sampai zaman Nabi Muhammad umur jadi 63 tahun.

Now. Kalau ikut sains fiction movie, ada satu cerita ni bila depa boleh integrate umur dengan bank account. So sapa kaya, umur dia lagi panjang. Boleh check cerita In Time.

Manakala ada pulak cerita orang tak mati-mati unless kepala dia kena penggal, which mean kepala berpisah dari jasad. Ini pulak boleh tengok cerita Highlander.

Ada pulak cerita yang dah mati tapi nak idup dalam internet. Yang ni boleh tengok cerita Transcendence. Mat Joni berlakon.

Ada yang kena mati dulu untuk hidup lama. Jadi hantu. Yang ni favorite saya. Boleh tengok Interview with a Vampire. Power cerita ni.

Satu lagi worth listing. Cerita ni dah tua, pastu nak mati dia transfer consciousness dia masuk ke badan orang muda. Dem lupa tajuk dia apa. Jap nak ingat……

Ok. Dapat. Self less.

Now, tu semua cerita science fiction tapi kalau duduk dengan orang-orang tua kat kampung dia punya level science fiction boleh tahan jugak. Misal kata, saya pernah dengar cerita macam mana Mat Kilau hidup tak mati-mati, kesimpulan dia daripada semua movie kat atas, Mat Kilau ada ilmu camna nak transfer consciousness ke badan orang lain.

Dia gini la. Mat Salleh buat cerita mesti ada science. Melayu punya cerita mesti ada mistik. Matlamat sama, cara berbeza.

Dia kalau cerita orang tak mati-mati ni zaman nabi dulu level Firaun la. Hidup tanak mati. Padahal yang kita nak adalah mati dalam hidup ni, agar kita hidup, sebenar hidup. That’ is another story.

So, mukadimah panjang, masuk bab seterusnya.

Kawan saya tanya, ko agak-agak ko mati umur berapa? Saya kata kalau saya tahu bila saya mati, saya ni mesti level jedi. Dah boleh prepare. Rasanya persoalan yang lebih tepat, bukan tahu mati umur berapa tapi orang kata at least, kalau mati tu nak umur berapa?

Menjadi manusia yang bersfiat tamak haloba dan best memanjang so saya kata ke kawan saya, kalau boleh umur 219 tahun la. Dia tanya kenapa 219? Sebab. 219 ni nombor ong saya. 😀

Itu adalah perbualan orang dah kenyang balik lunch. Ini perbualan yang mengikut fakta, bukan faktab.

First sekali kita kena tahu, what is global life expectancy?

Besar Berapa umur global manusia di muka bumi, pada ketika ini?

Jawapan dia 72 tahun. Sumber dari WHO.

Ada tak umur orang yang lebih dari ni atau cecah 100 tahun?

Ada. Kalau umur kita cecah 100 tahun, rupanya kita dipanggil centenarian. Pada tahun 2012, mengikut kajian UN, ada 316,600 orang di dunia yang level ni. Pada tahun 2015, estimate ada 451,000 orang.

Negara mana yang juara centenarian?

Jepun. Seramai 80,450 centenarian dilaporkan hidup di Jepun pada tahun 2020.


Contoh orang jepun tapi tatau la yang ni idup lama ke tak

Ada tak yang lagi up dari centenarian ni?

Ada. Nama dia Supercentenarian. Umur dia cecah 110 tahun. Ratio dia daripada 1000 orang centenarian, ada 1 Supercenternarian. So kalau ada 451,000 centenarian, ada 415 Supercentenarian.

Adakah semakin lama, jangkahayat hidup manusia semakin panjang atau semakin pendek?

Semakin zaman berubah, semakin panjang umur manusia. Ini graph dia.

Pada tahun berapakan umur manusia menjadi standard centenarian?

Yang saya jumpa adalah ini. Pada tahun 2080.

2080 ni kalau saya hidup lagi umur saya 101. AMIN x infinity semoga saya hidup lagi AMIN AMIN AMIN sebab nak tahu betul ke 2080 average umur orang centenarian. 😀

Tapi ada satu research ni saya lupa mana. Dia kata gini. Kalau kita sekarang umur 40 (atau younger), getting 100 is easy because of technology. AMIN x infinity.

In term of agama, adakah umur 100 tahun ini logik?

Kalau ikut agama, dalam cerita nabi zaman dulu memang lebih dari logik cumanya sampai ke zaman kita ni umur nabi 63 tahun.

Namun begitu, dalam Quran ada cakap umur manusia matang adalah 40 tahun. Ada ayat pasal ni specific pasal umur 40 tahun. That’s why masuk 40 tahun level dia jadi lain macam.

Now, kalau 40 tahun baru matured, saya berpendapat perlu 40 tahun lagi untuk serve alam ini. So 40 + 40, = 80 tahun. Kira, 40 tahun belajar….. 40 tahun lagi implement.  Tapi maybe yang berjaya serve alam sampai umur 80 tahun, atau implementation dia tu bagus dan tuhan suka, harapnya dapat bonus untuk hidup lagi 40 tahun which is total umur adalah 120 tahun.

So 120 tahun lagi lebih dari 100 tahun, maka saya berpendapat, untuk hidup sampai umur 120 tahun adalah logik dan munasabah. 120 tahun adalah lebih dari Supercentenarian, so sebabkan takde kajian atau term pasal ni, saya namakan 120 tahun adalah golongan Ultra-supercentenarian. Harap saya dan anda yang membaca ni achieve level ni. 😀

Sekian posting hari ini.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *