Route : Larian di Putrajaya

Lari di Putrajaya memang seronok. Banyak bangunan cantik. Kereta pun tak laju sangat (ikut timelah). Banyak orang naik basikal. Dan banyak juga orang lari. Tapi trek mana yang nak kita lari ikut jalan yang tepat-tepat 5K, 7K, 10K, 21K dan 42K? So saya listkan dibawah ini. Kalau ada masa, saya update sekali dengan route Runkeeper.

Setakat ini saya tak jumpa lagi route untuk 5K dan 42K. Nanti bila-bila saya free dan mampu, saya cuba buat dan update disini. Tapi untuk 3K, 7K, 10K dan 21K dah ada. Boleh follow sahaja.

3K (2.7km)
putrajaya_running_route_3K
Yang ni tak sampai 3K pun sebab kurang 300m, tapi lari dari jambatan ke jambatan.
Strava Ranking

7K (7.3km)
putrajaya_running_route_7k

Yang ni saya check di Strava rupanya ada Milo Breakfast Run. So saya tengok 7k, saya masukkan dalam ni. Ramai orang lari dalam route ni. So kalau nak masuk ranking boleh cuba.
Strava Ranking

Ini map saya ambil dari website Milo kalau nak tengok secara lebih lanjut.

7km

10K (10.34km)
putrajaya_running_route_10k

Route ni saya buat sendiri pakai Runkeeper then saya test lari untuk saya punya first 10K. Then saya upload ke Strava untuk jadikan route. Setakat ini saya baru lari route ini 2 kali dan kedua-duanya pada malam hari.

Kebiasaannya saya akan park kereta berhampiran dengan Masjid Putra dan kemudian buat stretching bagai. Then, saya terus menghala ke jambatang dari bulatan Masjid Putra tu, dan mula lari start dari crossing line. Awal-awal akan jumpa mini roundbout dan kemudian terus sahaja ke roundbout yang besar. Roundbout ini yang nampak dalam map tu.

Selepas roundabout, ada lari straight lagi sampailah anda nampak PICC tersergam indah. Sini agak naik bukit sikit. Sampai hujung traffic light depan PICC, masuk ke kanan dan terus lari sampai traffic light. Di situ turning point. By right kalau sampai situ dah dalam 5KM. So hati-hati tengok kereta, pusing kat traffic light dan lari jalan patah balik seberang sana.

Bila malam area sini sunyi sikit. Satu lagi tempat sunyi adalah dekat roundabout besar. Then along the way jalan lurus tu pun ada sunyi sikit lepas kedai minum. Tapi dekat area jambatan mana-mana pun memang banyak kereta berhenti. Tataulah depa buat apa maybe syok duduk dalam kereta.

Saya sengaja buat route ni majoritinya jalan lurus sebagai tanda kenangan jalan-jalan lurus yang saya lalui dalam hidup. Route ni sentimental sikit bagi saya dan saya akan selalu lari di route ini bila ada masa. Route ni pun kalau tengok dari atas dalam peta seolah-olah macam jarum kompas. Semoga, dalam kesusahan dan kesulitan, kita menemui jalan yang benar.

Strava Ranking atau Runkeeper Route

21K (21km)
putrajaya_running_route_21k

Route ni saya jumpa kat Strava jugak, event Ironman.
Strava Ranking



Kongsi di :