Route : Mynmar, Kandawgyi Lake

Screen Shot 2015-01-06 at 8.14.34 PM

Ntah macam mana, tahun ini saya ada peluang untuk try lari di luar Malaysia. Walhal saya tak expect pun. Saya rancang nak masuk race kat oversea tahun depan. Tapi tahun ni dia bagi “feel” untuk cuba lari dulu.

So beberapa minggu sebelum new year saya travel ke Mynmar. Lalu saya ambil peluang untuk cari route larian. Walhal, tak pernah umur saya pergi travel bawak kasut jogging atau apparel yang berkaitan. Pelikkan? Kadangkala kita takkan terfikir masa depan kita macam mana. Along the way, kita try macam macam. Dan kerana kita try macam macam tu, maka ia lead tu something yang lebih besar, dan something beerti.

So saya stay di Yangon dalam 4 hari. Sebelum pergi saya ada semak. Didapati ada 2 lake disitu yang kita boleh cuba lari. Pertama Inya Lake dan kedua Kandawgyi Lake. Antara dua ni Inya Lake lagi besar tapi Kandawgyi lagi dekat dengan hotel saya tumpang.

Screen Shot 2015-01-06 at 7.50.52 PM

So sedikit info pasal Kandawgyi Lake :

1. Total radius adalah 8KM (5 miles)
2. Ada naga bawak bangunan terapung tengah air, hari ini dijadikan restoran.
3. Dibuka untuk semua tapi foreigner kena bayar 2000 kyat tak silap. Tapi saya tak bayar pun sebab takde orang nak mintak kat saya.

Dibawah ini adalah data dari runkeeper.

Screen Shot 2015-01-06 at 8.04.15 PM

Anyway, saya agak kecewa kerana runkeeper gagal merekod data yang sebetulnya. Sebab saya tak rasa saya lari sampai 13K. Maybe dalam 3K sahaja. So bila saya habis lari saya tengok apa kejadah data macam ni. Dan saya sangat dukacita. Oleh kerana data yang gila ini juga, membuatkan saya No 1 di strava 10K kategori Malaysia. Buat malu je. So saya delete entry strava saya tu. Tak logik langsung saya boleh lari 3:30 average pace. Kalah monk monk di Mynmar. Apapun, saya gembira kerana ini larian saya pertama di luar negara.

Lagi satu saya tak boleh buat pusingan untuk pusing satu tasik. Masa saya lari tu last sekali saya sampai ke jalan mati. Sama ada saya salah jalan atau saya tak jumpa jalan yang betul. Tapi bila saya berbual dengan mamat di hotel, kebanyakkan orang yang nak buat satu pusingan complete kena lari trek luar. Bukan lari trek dalam. Saya lari trek dalam. Patut le tak boleh complete pusingan.

Screen Shot 2015-01-06 at 8.16.35 PM

Later saya akan cuba update trek dengan gambar. Sekarang tak sempat. Sorry.

Bacaan Lanjut :
http://en.wikipedia.org/wiki/Kandawgyi_Lake
http://www.lonelyplanet.com/myanmar-burma/yangon-rangoon/sights/lakes-rivers-waterfalls/kandawgyi-lake



Kongsi di :