Route : Raub Pt 2

Last year masa balik Raub saya ada lari tawaf dari rumah mak abah saya pusing UITM – simpang Kallang dan balik ke rumah ikut jalan bandar. Semalam, saya lari lagi tapi jalan yang lain pula.

So alkisahnya balik Raub memang selalu bawak balik kasut dan baju lari. tapi yang tak selalunya adalah keluar lari. Cabaran tu. Pertama bila duduk rumah mak abah ni suasana dia sejuk lain macam. So level malas dia naik level Gaban.

Tapi mengenangkan training plan saya tak berapa nak molek, maka saya keluar lari juga. Kali ini, keluar dari rumah mak abah saya, saya teruskan sahaja berlari ke bandar. Matlamat saya nak lari sampai Semesta (bukan alam semesta tapi sekolah sains raub) dan bila sampai di pintu gerbang saya nak snap pic dan hantar kepada kawan saya Irfan.

So saya lari straight bandar sampai ke Tong Fat. Tak silap saya tak sampai 5 KM pun lagi so saya teruskan lari juga sampailah waktu berubah dari cerah menjadi senja dan menjadi malam.

Sebenarnya sebelum keluar lari tu saya macam tak sedap hati betul. Ntah kenapa. Pertama mungkin saya fikir saya lari di bandar, maka ada banyak kereta lalu lalang. So saya macam risau kena langgar dengan kereta. Manalah tau, malang tidak berbau. Untuk lebih berhati-hati, saya lari menentang traffic. tapi still, kereta laju dan paling bahaya adalah motor.

Sampai di satu area kedai lepas sekolah cina dalam bandar tu, sebelum kedai toyota tak silap saya, tengah-tengah saya lari ada pulak anjing duduk depan. Hai…. saya bukan takut anjing apa tapi pengalaman lepas kena kejar dengan anjing buat trauma betul.

So bila nampak anjing, saya terpaksa mendoublekan perasaan berhati-hati dan awas sepanjang masa. Tapi anjing ni cam rilek je dia macam tengah nak melintas jalan. Saya pun berhenti kejap. Jalan slow-slow, lalu belakang anjing ni.

IMG_4035

Rasa cam selamat so saya pun sambung lari. Lari punya lari punya lari, hati saya makin tak sedap. Saya kata, eh, apahal ni rasa tak best. Dia kalau rasa tak best ni memang tak best sungguh. Macam ada something nak jadi. Tapi saya pedulikan dan terus saja berlari.

Hari dah makin gelap dan saya dah lepas Petronas lepas Tong Fat. Bila saya teruskan lari disitu, baru saya perasan. Di belah kiri adalah kubur cina. Dem……

Screen Shot 2017-01-31 at 1.02.40 AM
Gambar amik semula dari google map. Semoga anda semua tenang disana.

Saya buat bodo je tapi waktu tu memang dah magrib. Dalam hati kata, happy new year…. gong xi fa cai. Tahun ni tahun ayam ok.

Saya teruskan juga larian. Tapi sebelum jadi apa-apa yang tak seronok, saya tarik nafas dalam-dalam dan set mental : Jauhkan dari segala unsur negatif. Hari dah makin gelap.

Tiba-tiba dari jauh ada macam satu susuk tubuh berjalan dalam gelap depan saya. Slow and steady. Saya macam ok. Saya lari juga. Bila sampai tepi lah…. orang gila. Orang gila tu senyum kat saya dan saya pun senyum balik. Saya teruskan larian juga.

Tak sampai beberapa meter lepas tu tiba-tiba saya ada bau macam satu bau yang sangat familiar.  Alamak. Apsal ada bau kemenyan ni. FYI, kemenyan adalah bau famous masa majlis orang melayu mati.

Agak kuat bau dia. Saya pun berhenti lari. Saya tarik nafas, hembus. Tarik nafas hembus. Bau makin kuat pulak. Yelah. Yang kau gatal tarik nafas hembus tu memanglah tak ke sedut nama dia. Saya jalan dan saya tengok jam. Dah lebih 5 KM sikit.

Bila saya tengok jalan semakin suram, dari banyak kedai dan bandar, jalan ke depan mulai gelap dengan hutan-hutan. Depan sikit lagi tu saya agak Sekolah Semesta, namun hati macam berbelah bagi nak teruskan atau tidak. Tiba-tiba sedang saya mengalamun, saya tengok belah kanan saya ada kubur orang melayu.

Screen Shot 2017-01-31 at 1.04.28 AM
Gambar amik semula dari google map. Semoga anda semua tenang disana.

Lah… tadi kubur cina. Ni kubur melayu pulak. Saya pun berhenti berdiri duduk tegak. Suasana sunyi tidak ada kereta dan yang terdengar adalah bunyi anjing-anjing menyalak.

Saya tanya hati saya, amacam. Nak teruskan atau patah balik. Hati terus saja kata, patah balik. Saya pun berpusing, dan terus berlari patah balik.

map

Sambil lari tu teringat cerita P Ramlee pendekar bujang lapok. Kena pergi bertapa atas kubur. Geng hantu jepun bangun dan kejar dia sampai balik rumah. Yang peliknya hantu jepun ni tak masuk dalam rumah pulak.

Anyway bila nampak Petronas semula, saya pun lari masuk dan pergi beli air. Sementara tunggu waktu berlalu, saya minum air dan rehat kejap. Lagipun awek yang kat kaunter ni macam comel juga. Opss. Agak macam rasa ser.. tu dah hilang semua, saya pun sambung keluar lari semula.

Larian pulang ni macam ada laju sikit. Mungkin sebab saya nak kejar makan malam dengan mak abah. Isteri saya assist mak saya masak gulai asam tempoyak. Ada petai lagi. So kalau lambat karang tak sempat pulak.

Sampai di bandar raub, saya terjumpa pulak pakcik saya di depan Watson. Agaknya nak beli ubat so saya kejar kereta pakcik saya yang masuk parking. Pakcik saya keluar dari kereta lalu bertanya, apa kejadahnya kau lari tengah-tengah magrib senja ni.

Saya katakan kepada saya yang saya training. Feb nanti nak pi Tokyo untuk marathon. Pakcik saya kata apsal tak lari belakang atas bukit sana, lebih baik dan lebih kurang kereta. Saya katakan maybe next time sebab ni tak prepare sangat. Kami berbual panjang lagi dan akhirnya sebelum berpisah, pakcik saya pesan nanti di Tokyo belikan baju yang ada tulis Tokyo. Bereh boh!

Saya kemudian berlari pulang. Beberapa KM kemudian saya sampai di rumah. Ini route larian itu, 10KM, gagal sampai Semesta. Takpe. Maybe next time.

Screen Shot 2017-01-31 at 12.49.57 AM

Sebelum masuk rumah, saya habiskan minum air dulu. Sambil itu saya terfikir. Di dunia ini ada 2 jenis kaum yang dominan duduk berkongsi sama-sama. Kaum yang zahir dan kaum yang batin. Namun antara dua ini, kaum yang zahir status dia lebih tinggi dari kaum yang batin. Kaum yang zahir memerintah alam ini.

Namun begitu, kaum yang batin ini kadang-kadang menyebok dalam hal kaum yang zahir. Misalan menjadi faktor kepada menyusahkan hidup kaum yang zahir. Ada yang mengikut duduk makan tidur sekali. Ada yang duduk jadi hamba kena jaga itu ini.

Saya tidak tahu sama ada kaum yang batin ini duduk dia di mana. Mungkin dalam hutan. Tapi saya pernah dengar cerita dimana kaum yang batin ini mana yang tak lepas, ada yang bersibai duduk tepi jalan. Keja depa ni dok tunggu geng baru yang khayal bawak kereta, langsung eksiden dan join depa duduk bersibai kat situ. Sebab tu kadang-kadang kita dengar ada sesetengah jalan (misalnya ada satu jalan di Cyberjaya tu) selalu makan orang. Kalau nak eksiden, balik-balik kat situ. Pasti, ada faktor fizikal (corner maut atau jalan tak level) dan juga pasti ada faktor non-fizikal.

Apapun prinsip saya dalam hal ini senang sahaja. Aku tak kacau kau, kau jangan mengada nak kacau aku. Lu, lu punya cite, gua, gua punya cite. Kalau lu nak join lari marathon, lu pergi itu online form lu register sendiri.

Sebelum masuk, saya cuci kaki di luar, dan menghembus nafas, macam orang terbersin tu. Petua. Kita ni mata tak nampak. Dah la ada anak kecik kat dalam tu.

Oh ya. Ini heat map untuk seksyen Raub. Harap nanti berkembang biak. Tak berapa nak merah sangatlah sebab balik Raub asyik tidur je.

Screen Shot 2017-01-31 at 12.59.14 AM

Ini pula saya check balik di google map. Rupanya dari Tong Fat ke Semesta Raub ada lagi 5 KM. Maksudnya kalau saya teruskan lari hari tu, pergi balik boleh dapat at least 20 K. Takpe. Next time. Nanti gua lari pakai kopiah.

Screen Shot 2017-01-31 at 1.07.03 AM

 

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *