Route : Sebelah, menyebelah Pt 2

Hari saya lari lagi dan cuba explore satu bulatan penuh area Alam Sutera ini. So dari depan kedai mamak Afiz ni saya lari straight dekat kawasan masjid yang tengah buat tu dan masuk kedalam taman orang kaya. Tiada guard jaga kat post belakang so saya redah masuk dan keluar balik di post guard pintu masuk taman orang kaya. Dari situ saya naik balik ikut jalan lurus yang tutup tu sebelum masuk ke kanan kawasan flat belakang sana. Akhirnya saya keluar balik dan lalu traffic light sampai kedai laksa dan masuk corner balai polis dan bomba serta terus memecut ke starting point saya tadi.

Gaya cerita macam anda semua tahu area Alam Sutera ini tapi abaikan. Yang penting, satu pusingan semua ini distance dia adalah 3.11 KM.

Saya attachkan map larian saya dibawah ini compare dengan larian posting semalam.

alam_sutera_2
Hari ini

alam_sutera
Hari semalam

Tak lama lagi saya ingat nak buat pusingan yang lebih besar dan tengok macam mana bentuk dia dalam map. Agak seronok juga. Boleh jadi, keseronokan adalah kerana melihat ada kemajuan pada jarak larian kita di sesuatu tempat itu. Ibarat menyemai benih tanaman. Pokok itu, semakin hari semakin tinggi dan semakin membesar.



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_