Route : Sebelah, menyebelah

Setelah 2 hari rehat, hari ini saya cuba menggerakkan otot yang telah liat. Disebabkan kerja super-banyak maka saya decide untuk lari kawasan office saya sahaja. Lagipun, hari ini hujan rintik-rintik ayam, so hujan hanya reda dalam jam 6:40 gitu.

Lalu saya lari di kawasan ofis ini buat kali kedua. Dulu pernah sekali tapi short distance sahaja. Kali ini cuba pergi jauh sikit bawa diri. Di sini ada balai bomba dan balai polis. So saya lari kawasan pejalan kaki, pusing sampai flat dan terus maju ke taman orang kaya apa nama ntah dan patah balik sebelum buat 2 pusingan building

Akhirnya saya stop run keeper dan lihat jarak larian dalam 3KM sahaja. Saya naik atas untuk tengok dashboard runkeeper, saya baru dapati, kawasan larian ofis ini adalah sebelah menyebelah dengan kawasan larian Taman Bukit Jalil yang saya lari setiap hari! Ini adalah satu penemuan yang hmmmm tak berapa nak ada nilai sangatlah tapi kira a thought of the day.

alam_sutera
Alam Sutera

bukit_jalil
Taman Bukit Jalil

Secara fizikal, mungkin kerana jalan yang bersimpang siur, dari ofis ini kelihatan Taman Bukit Jalil adalah berhadapan. Namun, tak pernah terfikir yang sebenarnya dalam sudut yang berbeza, ia adalah selari.

Ini, lalu membuatkan saya terfikir. Kadangkala kita terlalu lihat sangat hadapan, tapi rupanya, kita dah selari dengan masa hadapan itu…



Kongsi di :