Route : Taman KLCC / KLCC Park

Awal tahun hari tu saya decide untuk larian pertama tahun 2016 adalah di KLCC. Ini semua sebab antara kekurangan yang saya analisa pada saya adalah saya kurang lari di route yang berbeza. So harap tahun ini paling tidak pun boleh explore beberapa route untuk lari.

Maka pada 3 Januari itu saya lari di Taman KLCC bersama anak isteri. Lari sambil menikmati menara berkembar kononnya.

Screen Shot 2016-03-03 at 11.13.06 PM

So kat mana taman ni? Taman ni kat KLCC le. Nama pun taman KLCC. Macam mana nak pergi taman ni? Camna nak gi KLCC?

1724427_441372619405263_989764625_n
Masa otw nak pegi KLCC tu

Ok. Ni nak cite sejarah sikit.

Taman KLCC ni rupanya adalah part yang paling akhir dibina lepas menara jagung tu siap. Yang design taman ini nama dia  Roberto Burle Marx orang Brazil. Mat Brazil ni design taman ini bukan sekadar dapat job dan deploy tapinya siap dengan matlamat terpenting kendiri atau personal mission. En. Roberto (buat suara garau translate sikit) berharap, melalui taman ini, beliau dapat menyampaikan mesej : “meninggalkan dunia yang lebih peka sedikit dan lebih terdidik sedikit mengenai kepentingan alam semula jadi”. Taman KLCC ini antara masterpiece En. Roberto sebelum kontraknya dengan alam ini tamat. Beliau kembali arwah pada tahun 1994 ketika berumur 84 tahun. En.Roberto ini bukan sekadar pereka taman, beliau malah seorang artis (painter) dan juga pemuzik, selain daripada seorang naturalist dan ecologist.

Patut taman tu cam power. Orang yang buat dia pun power.

440px-Roberto_Burle_Marx_1981
Arwah Roberto

So, kerana En.Roberto seorang yang artistik dan cintakan alam, maka karya beliau bukan lagi sekadar taman bunga tapi dah level masterpiece. Salah satunya adalah sidewalk sejauh 3 batu di pantai Copacaba di Rio. Cam… errr painting atas tanah yang sangat cubism dan abstrak.

Screen Shot 2016-03-03 at 11.24.15 PM

Ok. Dah kenal pencipta dia, so sekarang kita tengok pulak taman ni canne untuk orang lari.

So taman ni satu pusingan lengkap dalam 1.2 KM. Elevation 46 meter satu pusingan. Ini screenshot dari Strava saya.

Screen Shot 2016-03-03 at 11.32.53 PM
Screen Shot 2016-03-03 at 11.33.59 PM
Elevation bukit warna kelabu tu

So kalau nak buat Half Marathon kat taman ni, anda kena lari 17.5 kali pusing. Kalau Full Marathon, 35 kali pusing. So kalau anda dah buat Full Marathon kat Taman ni, elevation yang anda lalui adalah 1610 meter. Tinggi mana ni? Bayangkan bangunan KLCC tu boleh cabut. Susun dari tanah ke langit 4 kali. So kurang sikit dari ketinggian 4 kali bangunan KLCC. Tak sampai awan lagi rasanya.

Ok, since hari tu saya lari dengan anak dan isteri, agak safe juga lari dengan stroller. Malah seronok pulak sebab dia bukan atas tar tapi atas simen getah tu apakenamanya. Cam pijak lembut tak lembut, keras tak keras. Kalau saya dah financial freedom esok saya nak buat track jogging kat kampung saya, saya nak import material ni. Jatuh tak luka. Maklumlah, masa tu mesti dah tua bangka.

925479_476263665832138_1981341749_n
Sebelum lari

12393938_797048523756655_447429127_n
Masa lari sambil tengok muka EL LUKH

Tapi track simen getah ni bukan 100% sebab ada selang seli sikit dengan batu bata. Kira ok lah tu. Anyway, masa saya lari tu saya perasan something. Yang duduk saja lepak menonton ada dalam 14 juta orang. Yang lari 4 orang je.

10954839_938518962905130_131544595_n
Runner hari tu sikit je. Tak tau la hari lain canne

So lari kat sini apa yang ada? Pertama trek dia tu cam saya kata tadi. Special material sikit.

a

Kedua, kalau penat lari boleh lepak kat taman menikmati suasana alam sekitar hijau birau yang menenangkan nasib. Oh ya ada juga wakaf atau pondok nak duduk-duduk sembang masa depan yang cerah dan cemerlang.

c

Ketiga, sambil lari boleh tengok KLCC.

b

Keempat, kalau ada anak dah besar sikit boleh lepak teman anak main gelongsor. Kalau bawak spender lebih boleh teman anak mandi kolam. Tapi tak sempat lak saya amik gambar sorry. Lagipun takut terambik gambar orang pakai spender. Tanaklah.

d

Kelima, kalau dahaga ada water cooler.

e

Dan akhir sekali, kalau tengah lari kasut tercabut tapak, boleh pergi KLCC Mall beli kasut baru.

By the way, since ini cubaan larian saya yang pertama kat route ni so saya tak explore habis pulak satu taman canne tapi memadailah kalau nak lari pusing satu tu cuma 1.2 KM. Tak jauh la. Petang tu elok habis lari je hari hujan lebat. Kelam kabut saya dan isteri lari masuk Isetan bawah tu. Ye lah sebab ada EL LUKH. Nasib baik ada stroller boleh cover dari kena hujan.

Saya ingat itu saja, oh ya kalau nak pi taman ni, kalau nak park ada dua tempat. Satu parking bertingkat tu kalau takde touch n go jangan harap nak parking kat dalam tu. Tapi belakang sikit (lepas lalu masjid) ada satu lagi tempat parking open space. Situ banyak kucing lepak petang-petang. Tak tau tunggu apa. Tunggu kiamat kut.

Kongsi di :