Route : Taman Rekreasi Bukit Jalil

Sabtu malam hari tu saya dating dengan bini saya tengok movie Interstellar. Sebabkan filem itu sangat ohsem, lalu besok paginya saya dah terbangun subuh-subuh. So saya decide untuk pergi jogging dan cuba explore semua simpang yang ada di Taman Rekreasi Bukit Jalil atas semangat Interstellar. Mana tahu saya boleh jumpa lubang gelap (Black Holes)

Walaupun dah 2 tahun lari di sini, rupanya masih ada simpang yang saya tak pernah masuk. Dan saya baru perasaan yang ada satu jalan lurus dari hujung ke hujung dalam Taman Rekreasi Bukit Jalil ini. Later saya akan cuba lari di jalan lurus ini dan update findings dia disini.

Untuk kefahaman lebih kepada semua, saya bandingkan 3 route yang anda boleh buat di Taman Rekreasi Bukit Jalil. Dua daripada route ini memang saya selalu lari. Route terakhir itu yang saya baru explore semalam.

1. Basic Lap
Full lap basic taman rekreasi bukit jalil. dalam 2.75 km. kalau pusing dua kali dapat 5.5 km

924156_1560085797560334_1013395860_n

2. Basic Full Lap
Yang ni kalau masuk tasik panjang instead of ambil route asas. ada masuk hutan sikit turun bukit nak ke tasik. distance 3.99 km atau 4 km. 5 kali pusing boleh buat almost half marathon bg yg berminat

924057_1659209600972303_485425680_n

3. Full Lap semua lorong
Yang ni takde lorong saya tak masuk, tak de hutan yang saya tak redah. Asal ada jalan semua saya pergi. So boleh tengok route dia dari screenshot yang saya ambil dari Strava. Detail sikit berbanding Runkeeper.

Screen Shot 2014-11-24 at 9.43.23 PM

Maka, kesimpulan yang saya boleh buat, walaupun saya selalu lari di tempat yang sama tidak bermakna saya khatam semua lorong yang ada di tempat itu. Dan bila saya dah khatam semua lorong, saya dapati ada macam-macam lorong (of courselah) dan juga ada macam-macam jenis orang yang memilih lorong kesukaan mereka.

Misalnya, dalam hutan saya terjumpa Grandmaster Qigong mengajar teknik Qi kepada anak muridnya dimana lokasi sedikit rahsia daripada terbuka. Mungkin Grandmaster tanak orang lain tahu kaedah ultimate dan rahsia senaman Qigongnya.

Misal lagi, di bahagian bulatan tersorok di bahagian atas, ada sekumpulan wanita-wanita melayu bersenam dan melakukan aksi tongengan yang tidak mahu dilihat oleh public melainkan yang sampai ke situ.

Misal lagi, di bahagian hutan tertentu, ada sepasang kekasih bagaikan Adam dan Hawa (juga melakukan tongengan cuma bezanya tanpa seluar) membuat eksplorasi zahir dan batin, tanpa disedari ada mata helang yang memandang…

Maka benarlah pepatah melayu, jauh perjalanan, luas pemandangan. Maka benarlah jua, ada black holes yang dapat saya tengok walau dari jauh :D

Kongsi di :