Route : Taman Tasik Permaisuri

10483424_674500139324134_2047946716_n

Mak saya dah duduk di Cheras hampir 14 tahun lamanya, dan baru hari ini saya pergi Taman Tasik Permaisuri untuk jogging. Gila punya sengal. Anyway, FYI alasan saya adalah sebab saya balik Cheras 2 minggu sekali. Dan jogging bukan amalan saya 14 tahun yang lampau.

Saya kira, hari ini saya telah achieve “When was the last time you did something for the first time”. Tak pernah umur balik kampung dan pergi jogging. Biasa balik kampung sebab nak beraya je. 😛

Ok, ini route Taman Tasik Permaisuri. Ada banyak simpang siur sebenarnya dan saya pilih untuk lari route yang paling jauh. Tapi saya macam ada rasa yang saya lari ni tak cukup jauh lagi sebab rasa macam ada tertinggal je jalan luar yang lain. Maybe next time.

Taman Tasik Permaisuri

Ok. Satu kali pusing distance dia 3.7KM. Saya pusing 2 kali so distance saya lari dalam 7.48KM campur tersalah jalan sikit. Cabaran route ini adalah bukit naik turun. Dan dia punya bukit, mak aiii… silap lari boleh tertonggeng dan kalau pelari depan ada buang angin anda sangat lega!

Ini Elevation Chart dari runkeeper untuk anda bayangkan naik turun dia. Cuma sebab saya pusing 2 kali, so chart ni repeat 2 kali. Maximum climb 90M dan minimum climb 49M.

Screen Shot 2014-10-06 at 11.43.26 AM

Dengan average Pace larian 8.17/km dicampur dengan kandungan perut yang penuh dengan rendang dan lemang, saya menghabiskan larian selama 1 jam.

Kalau malas lari route besar boleh lari route kecik. Yang route kecik ni lari keliling tasik. Total distance untuk 1 pusingan adalah 1.3KM. 4 kali pusing dapat 5.44KM. Jalan biasa takde naik turun bukit.

unnamed-5

Secara kesimpulannya trek ini sangat bagus untuk yang nak menambah stamina sebab konturnya berbukit bagai. Keadaannya pada waktu pagi ramai orang siap ada orang berlatih tarian lagi. Cuma kawasan route yang saya amik ada part yang sunyi tak ramai orang sangat tapi still ok. Ada satu part tu lalu dekat traffic light Bandar Tun Razak. Ada satu part lalu belakang Masjid Saidina Othman. Then ada satu kawasan tu dekat dengan pencawang elektrik so terpaksa lari bawah radiasi sikit.

Untuk xs ke Taman Tasik ni, ada banyak tempat parking. Ada yang dekat Stadium Cheras yang depan HUKM tu. Ada xs dari sebelah kompleks renang. Ada xs dari depan Sekolah Sains Selangor. Ada xs dari sebelah DBKL punya kandang kuda. Dipendekkan cerita, tak luaklah parking space Taman Tasik ni. Oh ya, ada banyak toilet tapi saya tak masuk pun. Surau pun ada kalau nak solat lepas jogging.

Ok saya ingat itu sahaja. Saya tutup posting ini dengan 5 gambar pemandangan route Taman Tasik Permaisuri ini.

Taman Tasik Permaisuri

Taman Tasik Permaisuri

Taman Tasik Permaisuri

Taman Tasik Permaisuri

Taman Tasik Permaisuri



Kongsi di :