Route : Tanah Rata – Brinchang, dan pulang

Saya membesar di Cameron Highlands sejak lahir hingga ke 7 tahun pada tahun 1986. Kemudian abah bawa kami pindah ke Johor Bahru. Di Cameron, mula-mula abah sewa rumah flat di Brinchang sebelum berpindah (sewa juga) di Kampung Taman Sedia. Rumah yang abah sewa itu sekarang dah jadi homestay Dr. Ayob. Dua rumah ini saya tidak ada memori langsung sebab saya masih kecil.

Dari Taman Sedia abah pindah lagi ke quarters kerajaan di Hilltop atau Langgak Mercu. Jika anda lalu di Tanah Rata, anda akan dapati ada satu jalan diantara hospital dan balai polis. Itu adalah jalan naik ke Langgak Mercu. Di situ baru saya ada memori dan ingat bagaimana petang-petang keluar bermain menjadi ahli G-Force.

Kenangan Silam : G-Force

Di situ juga adalah memori saya paling awal sejak hidup dimana saya terkurung sendirian dalam rumah dan hanya nampak tangan makcik saya cuba cungkil pintu dari tingkap. Waktu itu saya tak boleh berjalan lagi rasanya. Di rumah ini juga saya mengenali Thundercats.

Opah saya juga duduk di Cameron Highlands. Untuk lebih specific, rumah arwah Opah adalah di Taman Sedia, rumah paling hujung belah kiri sebelum simpang ke jambatan untuk ke Brinchang. Bila arwah Opah meninggal, abah telah membuat keputusan untuk jual rumah taman sedia itu. Hasil daripada duit jualan dibahagi sama rata dengan adik beradik lain agar masing-masing dapat beli rumah sendiri, instead of duduk menyewa selamanya. Konsep dia jual satu rumah, dapat lagi 5 biji rumah.

Menjual rumah pusaka jika dalam drama dilihat satu tindakan yang sangat keji. Namun realitinya keputusan ini saya pasti abah fikir dengan sangat masak demi kepentingan semua orang. Tak pasti ada adik beradik yang membantah atau tidak tapi mesti ia adalah keputusan yang diepersetujui bersama. Ketika itu tidak ada option lain yang lebih baik sebab adik beradik abah bukan orang yang berada. Tidak ada siapa yang sanggup beli rumah taman sedia yang waktu itu sekitar RM600 – RM700 ribu.

Saya juga waktu itu baru sahaja kerja dan untuk buat loan beli rumah itu mesti tak lepas langsung. Akhirnya rumah itu dibeli oleh orang cameron juga dan hari ini telah diconvert menjadi ladang strawberi. Entah mengapa, setiap kali ke Cameron, saya akan lalu rumah arwah Opah yang telah menjadi ladang strawberi ini lalu hati akan menjadi sentimental dan sayu serta sedih. Pengajaran yang perlu diambil adalah jika kita mesti kaya raya, agar kita jangan sampai tergadai tanah kepada orang lain. Hari ini jika mahu beli balik saya ingat harga sudah jadi RM1 juta lebih.

***

Now, ini adalah catatan larian saya pada pagi itu setelah berjaya menewaskan nafsu tidur musim sejuk.

Tapi EL Lukh kecik lagi. Kena duduk rumah dgn ibu father pegi dulu

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Kebetulan, homestay yang kami duduk kali ini adalah terletak di awal-awal masuk tanah rata. Which mean, kalau saya mula lari dari sini, ibarat saya mula lari dari garis mula Tanah Rata. Homestay ini saya sewa RM800 sehari. Duduk 2 hari bermakna RM1600. Keadaan dalam rumah adalah so-so sahaja tapi ada 4 bilik yang lengkap dengan katil yang boleh cover untuk 16 orang tidur. Boleh google “Highlands Villa Resort” untuk maklumat lebih lanjut.

***

OK. Ini adalah catatan larian pagi itu dengan gegambar. Sikit dari gambar ini telah saya upload di IG. Oleh kerana hari ini saya dah demam masuk hari yang kedua, so saya akan tulis dengan kadar cepat sebab macam letih dan tak berapa nak sihat sangat.

Start lari dalam 7:45 pagi rasanya.

2016-12-07-07-53-05-hdr

Sign board batu selamat datang ke Cameron Highlands.

2016-12-07-07-54-20-hdr

Memasuki bandar Tanah Rata.

2016-12-07-07-56-42-2

Toleh belakang jap boleh nampak Sekolah Convent atas bukit.

2016-12-07-07-56-51-2

Antara yang tak pernah berubah dari zaman saya kecik sampai la ni (bangunan dia). Pejabat Pos.

2016-12-07-07-58-26-hdr

Suasana bandar Tanah Rata (toleh belakang).

2016-12-07-08-00-20

Menuju ke Brinchang.

2016-12-07-08-01-51-hdr

Masa ni discover yang kalau bercakap, masih lagi keluar asap sikit-sikit.

2016-12-07-08-04-14

Sampai simpang nak turun ke Kampung Taman Sedia. Tapi tak turun situ. Ikut jalan atas.

2016-12-07-08-05-35

Teruskan larian.

2016-12-07-08-09-26

Stop jap sebab dah tercungap-cungap. Tengok sebelah ada bunga sekuntum. Teringat pada pepatah bunga bukan sekuntum…. tapi yang ni betul-betul sekuntum.

2016-12-07-08-09-36

Daripada satu spot boleh tengok overall Kampung Taman Sedia. Tak pasti rumah arwah Opah yang mana tapi rasa macam yang hujung tu.

2016-12-07-08-11-13-hdr

Meneruskan larian lagi.

2016-12-07-08-19-10-1

Brinchang lagi 2 KM…

2016-12-07-08-23-04

Sekarang dah lalu sebelah padang golf. Setentang dengan padang golf ni hotel Merlin. Tu nama lama. Nama baru apa ntah.

2016-12-07-08-25-07

Dah sampai Brincang. Lepas ni nak naik bukit.

2016-12-07-08-34-22

Brinchang. Zaman dulu KFC tu Carl’s Junior. Abah beli burger RM21 satu lepas tu menyesal sebab beli 3 untuk kami semua dulu.

2016-12-07-08-37-48

2016-12-07-08-39-00

Last sebelum pusing. Ini paling jauh di Brinchang saya lari. Landmark dia Balai Bomba kat belah kanan tu.

2016-12-07-08-40-24-1

Patah balik, masuk belah kiri untuk lalu kedai Brinchang. Ini gambar toleh belakang.

2016-12-07-08-42-50

Otw balik ke Tanah Rata.

2016-12-07-08-44-08

Belah kiri ada Kuil. Baru perasan yang belakang kuil ada Tokong. (tapi tiada dalam gambar)

2016-12-07-08-45-59-hdr

Tadi datang Brinchang ikut jalan atas. Sekarang balik ke Tanah Rata ikut jalan bawah. Ini simpang nak ke Tanah Rata sebelum padang golf.

2016-12-07-08-48-00

Rumah misteri belah kiri. Dari kecik sampai besar dok fikir sapa la yang tinggal kat rumah ni.

2016-12-07-08-49-38

Larian diteruskan. Suasana sunyi.

2016-12-07-08-50-53

Belah kiri ada “Taman Kebijaksanaan”. Tak pernah naik. Tengok saja dari bawah.

2016-12-07-08-52-19

Manakala belah kanan masih lagi padang golf.

2016-12-07-08-53-36

Larian diteruskan…

2016-12-07-08-53-42

Suasana sejuk tiba-tiba. Sejuk macam ada orang buka aircond level peti ais. Bulu roma pun berdiri tegak hasil dari tindakbalas suasana sejuk. Oleh kerana terlalu sejuk dan dingin tiba-tiba saya berhenti kejap untuk meninjau kawasan sekitar.

2016-12-07-08-53-51-hdr

Larian diteruskan. Instead of lari atas jalan, saya tukar lari atas laluan pedestarian.

2016-12-07-08-54-31

Kejap je dah sampai roundabout. Mungkin saya mula buat speedwork sebab sejuk sangat.

2016-12-07-08-55-26

Turun bawah ke Taman Sedia. Sebelah kiri atas ada gereja. Sweet Mary of Jesus.

2016-12-07-08-56-34

Sebelah kanan ada sungai.

2016-12-07-08-56-44

Depan sikit ada jambatan. Dikatakan zaman dulu malam-malam ada awek main air atas jambatan ni. Dia duduk kat tepi jambatan. Kaki dia sampai bawah sungai tu. Kalau korang jumpa tolong kirim salam.

2016-12-07-08-57-15-hdr

Pintu masuk Taman Sedia. Dulu rasanya takda.

2016-12-07-08-57-38

Ex rumah arwah Opah. Sekarang dah jadi ladang strawberi. Sumpah saya tak singgah.

2016-12-07-08-58-06-1

Larian diteruskan. Belah kanan adalah Tanah Perkuburan. Arwah atuk lepak kat belakang ni.

2016-12-07-08-58-33

Toleh belakang. Goodbye Ex rumah arwah Opah. Satu hari nanti kalau zizi jumpa harta karun bernilai 2.6 billion, zizi beli satu taman sedia ni sebagai tanda kesyukuran.

2016-12-07-08-59-10

Lalu depan homestay team conquer, Yad Intel. Maklong dia punya ni. Homestay Cikgu Mahpot.

2016-12-07-09-00-14

Larian diteruskan. Sekarang sampai pada persimpangan turun ke Taman Sedia. Kalau turun sini nanti ending dia jumpa balik ex rumah arwah Opah saya. So, 2 kali sedih. Better teruskan larian ke depan sahaja.

2016-12-07-09-01-09

Turun bukit akan nampak surau.

2016-12-07-09-02-08-1

Teruskan larian ke simpang kanan untuk ke Tanah Rata.

2016-12-07-09-04-04-hdr

Sampai bukit nak naik ke Taman Rata. Tapi instead of ikut jalan sama, kita masuk kiri ikut trail.

2016-12-07-09-04-53

Ini jalan shortcut ke Tanah Rata ikut hutan.

2016-12-07-09-05-32

Jalan masuk ke trail.

2016-12-07-09-05-49-hdr 2016-12-07-09-06-462016-12-07-09-07-19

Sebelum nak teruskan masuk dalam hutan ni, baca doa sikit. Dibuatnya hilang macam Jim Thompson lega. Pagi-pagi ni orang dah la tade.

2016-12-07-09-08-23

2016-12-07-09-08-50

Belah kiri sungai.

2016-12-07-09-09-10

Tengah-tengah lari ada halangan. Agak power kayu balak yang melintang ni.

2016-12-07-09-09-50-1

Larian diteruskan.

2016-12-07-09-10-25

Rasa cam menyesal pun ada lalu sini. FYI, jalan agak licin dan mara-bahaya.

2016-12-07-09-10-37

Tiba-tiba ada macam terowong. Rasa macam hobbit pulak bila kat sini.

2016-12-07-09-11-45-1

Trail hutan tamat.

2016-12-07-09-12-15

Sampai sudah di Tanah Rata. Tengok signboard rupanya 400 meter je. Patut la rasa dekat.

2016-12-07-09-13-23-hdr

Kelihatan ada sekumpulan atlit tengah training jogging.

2016-12-07-09-13-58

Dari sini cross jalan masuk ke Taman Tanah Rata yang ada tugu jam berzaman tu.

2016-12-07-09-16-01

Ikut jalan belakang sebelum cross balik ke bandar Tanah Rata.

2016-12-07-09-17-55

Sekarang dah sampai balik Sekolah Convent. Cuaca dah panas.

2016-12-07-09-23-21

Last pic sebelum tamat larian. Rupanya kalau nak lari ke Lata Iskandar kalau mula dari Brincang boleh buat Full Marathon.

2016-12-07-09-24-35-hdr

Sampai homestay, EL dah mandi. Sebelum saya mandi, geletek jap perut dia tu.

2016-12-07-10-17-45

OK. Now, ini adalah data dari Strava. Total distance adalah 10.5 KM.

screen-shot-2016-12-12-at-6-12-32-pm

Ini pula route larian. Pergi ikut jalan atas, balik ikut Taman Sedia dan masuk short cut Parit Waterfall. Basically lari pagi kereta tak banyak sangat. Tapi memang sejuk jugaklah. Hasil dia, bila balik KL saya start demam dari semalam sampai hari ni. LEGA.

Sama ada sejuk sangat, stress, atau letih driving dari 2 minggu lepas. Saya pun tak tau. Harap malam ni sihat balik.

Dari tanah rata ke brinchang, dan kembali pulang. #lariansebuahkitab

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *