Rumah Baru

6a00d83452034969e2014e6014ee1e970c-800wi

Ada sebuah rumah. Kita pindah masuk. Mulanya, kita setuju yang rumah ini, kita akan amalkan konsep “minimalist”. Kita pilih itu, sebagai tema rumah kita. Kerana itu, adalah falsafah baru yang kita mahu puja dan makam dalam hidup kita. Kita pindah masuk dengan gembira. Minimalist.

Hari demi hari. Bulan demi bulan. Dan tahun, berganti tahun. Hidup kita semakin berwarna. Macam-macam yang kita lalui, macam-macam pula yang kita tempuhi. Macam-macam yang kita pelajari.

Dan rumah, adalah “sarang” kita kembali setiap hari.

Oleh kerana kita belajar macam-macam, bawa pulang dan simpan, tanpa kita sedar, rumah kita semakin lama semakin penuh. Semakin banyak barang-barang. Semakin banyak kenang-kenangan. Semakin banyak……

Pada satu hari kita bangun tidur. Kita cuci muka dan mata. Kita tarik nafas dan kita duduk bersila di tengah rumah kita. Kita pejam mata, kemudian, kita buka….

Ahhh… kita lantas baru tersedar. Kita terjaga dari lena. Rumah yang kita pindah masuk dulu, hari ini, bukan lagi “minimalist”. Tetapi rumah kita sudah menjadi “muziumist”. Banyaknya barang, tidak terkata. Hendak dibuang, sayang…..

Blog ini seingat saya cuma baru beberapa tahun. Tapi theme yang saya guna adalah theme dari blog saya yang satu lagi. Theme itu saya design tahun 2011 tak silap saya dan staff saya Ihsan yang tolong buat coding dia. Kiranya, agak 4 tahun lamanya design theme yang saya pakai.

Lalu, sempena harijadi saya yang menjelang tiba beberapa hari lagi, saya fikir ada baiknya saya revamp theme blog ini. Paling penting adalah kerana theme yang lama itu tidak responsive langsung pada iPad atau iPhone. Saya terpaksa guna plugin mobile. Ini, nyata akan menyebabkan mata para pembaca sakit lebam lebih-lebih lagi kalau content dalamnya berterabur bagai.

Tapi, harijadi saya lambat lagi. Lagi 2 minggu. Kalau nak tunggu rasa macam lama. Maka saya fikir, ahhh… kenapa mahu tunggu?

2016 bakal menjelang beberapa bulan lagi. Untuk dan agar, kita lari lebih jauh lagi, saya kemas dan buang apa yang perlu, agar “rumah” ini, sentiasa kemas dan menenangkan hati.

Orang kata, rumahku syurgaku. Bagi seorang penulis, barangkali blogku, syurgaku.

P/S Saya cuba siapkan blog ini secara konstruktifnya sebelum 2 minggu lagi. Kalau ada yang under construction tu harap maaf. Dan by 29 November, blog ini siap sepenuhnya.

Kongsi di :