Runkeeper : 5K Challenge Pt 2

Pagi ni bangun macam awal untuk hari ahad. 7:15 dah celik mata. Sejak akhir-akhir ini saya dah jarang tidur lewat macam dulu. Saya tidur awal dan bangun awal. Petanda baik untuk tahun baru 2016.

So kerana dah sign up Runkeeper 5K challenge, pagi ni saya bagun awal untuk ke Taman Rekreasi Bukit Jalil. Dan saya bukan seorang diri, tapi dengan isteri, dan waris tunggal saya EL Lukh.

Sebenarnya saya sign up challenge ini untuk El Lukh. Saya bajet dalam hidup saya ini jumlah KM yang saya akan lari takkan mencecah jarak ke matahari. So saya kena turunkan agenda dan misi keluarga ini kepada EL Lukh. Saya tahu EL Lukh pun takkan dapat menambah KM saya hingga ke matahari, so EL Lukh pun kena wariskan agenda dan misi keluarga ini kepada anak dia kelak. Kalau EL Lukh poligami lagi bagus. So anak-anak dia dari bini-bini yang berbeza akan turut menjayakan matlamat datuk dia ini. Kalau anak-anak dia pun tak sempat cover jarak ke matahari, then anak-anak kepada anak-anak dia kena buat. Mungkin makan beberapa generasi, tapi yang penting, jumlah jarak larian kami semua akan sampai ke matahari.

So, saya angkut EL Lukh dan isteri saya ke Bukit Jalil, dan nyata, hari minggu ini memang ramai gila orang lari kat sana. Tapi saya tak pasti ada ke tidak yang lari untuk 5K challenge. Sepatutnya Runkeeper boleh detect hal ni dan tambah function baru dalam apps dia. So bila kita pi lari sana, kita boleh detect runner lain yang turut sama menjayakan program online ini.

12353258_938635932882041_526984188_n

So ini adalah larian pertama EL Lukh. Tengok muka dia tu. Macam protes je. Anyway, walaupun kau tak lari hari ni tapi kau baring je dalam stroller tu, bapak harap bila kau baca blog bapak ni kau akan tau betapa pentingnya untuk “berlari” dalam hidup. Dan keturunan kita, mesti lari sampai matahari. Barulah macam keturunan Kar EL dan Jor EL. 😀

12317725_442639672608806_1972399567_n

Saya gilir-gilir dengan isteri saya tolak stroller ni, dan ini juga first run isteri saya selepas beliau habis bersalin kan EL. Eloklah. Boleh kurus semula em em.

12298932_575085189309990_1566057950_n

Setelah lari 5K, challenge Runkeeper ini pun dah tamat. Mari tengok result dia. Actually saya sakit kaki sebenarnya tu yang lari 5K sampai sejam. Tambah lari dengan stroller lagi kang ada yang masuk gaung OPS nauzubillah.

Screen Shot 2015-12-06 at 8.35.51 PM

Lepas lari EL Lukh pun macam penat. Ini gambar dia tengah hisap susu. 4 bulan dah pandai pegang botol. Tak sia-sia saya train dia pegang botol tiap-tiap hari sejak umur 3 bulan ari tu.

12292876_1529173960741203_1256219699_n

Lepas lari tu kami lepak cuci mata sambil isteri saya sambung semula larian dia.

12338580_403094709899669_1270256801_n

OK, ini daripada FB runkeeper. Nanti saya cuba cari berapa participant dari Malaysia. Tapi confirm ada 3 orang la. Saya, bini saya dan EL Lukh. Cuma EL Lukh tade apps sendiri sebab takde iPhone lagi. Kira cam passport zaman dulu la. Baby lekat muka dia dalam passport bapak dia. Dalam hal runkeeper, sama la. 😀

12339204_10153500546066144_3286767779324930764_o

OK EL… tengok. Malaysia takde pun. Harap melalui larian hari ini, nanti satu hari kau faham erti “GLOBAL”, maksud bapak, bersaing GLOBAL. Betapa seriusnya bapak dalam hal ni, nama kau tu pun bapak dah global kan.

Kongsi di :