Runkeeper : Lari bermatlamat

Lepas 16 hari mula lari semula saya perasan yang Runkeeper dah ada update baru. Kalau dulu bila kita pilih aktiviti Run, kita cuma Run ikut matlamat dalam hati kita. Semalam masa saya buka Runkeeper, saya dapati yang bila kita pilih Run, kita boleh sub-pilih lagi detail untuk larian itu, sama ada larian target jarak, larian target masa, lari suka hati, lari berselang dan lari percuma. Acah je, bukan lari percuma. Lari bebas.

IMG_0794

Sebagai contoh semalam saya target lari 3KM saja, so saya masukkan distance 3KM

IMG_0795

Then start lari.

IMG_0796

Tepat-tepat 3KM dah lari, Runkeeper pun bagitau, “Awang, hang dah lari 3 kilo dah. Boleh brenti dah kut noo”



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_